Bab 9

15.3K 518 10
                                    

Bercekak pinggang Darleena memandang Mona. Pasti ni rancangan Mona, ajak dia walaupun tahu ada Izz dan Rose sekali. Tapi, Mona mengeleng.

"Ingat dah tak kenal jalan ke kantin. Tahu jalan ke library je." Sindir Izz apabila Mona berjaya memujuk Darleena untuk duduk sekali. Darleena mengeraskan badannya semula, enggan duduk. Mona mengeluh kerana usahanya gagal.

Keadaan di meja mereka senyap seketika. Tapi, keadaan yang janggal itu berubah apabila Rose menyiku lengan Izz yang duduk di sebelahnya.

"Duduk sini, Leena, Darleena kan? Boleh akak panggil Leena je?" Walaupun tidak suka Darleena mengangguk saja.

"Join la kitorang. Jangan salahkan Mona. Akak yang sebenarnya tarik Izz datang rehat sekali dengan Hamdi. Akak beritahu Hamdi yang Mona patut ajak Leena sekali. Akak yang rancang semua ni." Muka Izz berkerut, mungkin tidak mempersetujui idea Rose itu. Darleena pula yang naik bengkak di sini. Apa hal dia nak heret orang sana-sini?

" Akak panggil ni ada apa ya? Saya sebenarnya nak ke library ni, ada something nak study ni. " Sesopan yang boleh dia mengucapkan kata walau hatinya tidak suka.

"Akak selalu tengok Leena hari-hari ke sana, tak datang rehat ke? Tak makan? Tak lapar?" Tapi, Izz tergelak.

"Orang gila study macam dia ni mana tahu lapar. Mata tu hadap buku je memanjang. Entah-entah, jodoh lalu nanti pun tak perasan, sebab bercinta sangat dengan buku." Sekali lagi lengan Izz disiku Rose.

"Apa cakap macam tu? Macam Leena ni takde feeling. Biarlah dia nak study." Izz dengan muka bersahajanya mendengar saja apa yang dikata Rose, tapi tak mencuba untuk meminta maaf.

"Buat apa awak nak risau, saya perasan ke tak jodoh lalu kat depan? Awak berharap awak jodoh saya ke? Sibuk je dia." Darleena terus menutup mulutnya. Apa aku buat ni? Nanti apa pulak Rose fikir aku cakap macam tu depan boyfren dia?

Dia terus berlagak biasa walaupun dia sedar  semua mata di mejanya memandang dia. Kecuali Izz. Laki tu bagi dia jelingan maut. Kecut perut Darleena untuk bertentang lebih lama.

"Mona, aku balik kelas dulu la. Selera aku hilang." Tu jawapan yang dia dapat fikir dalam keadaan itu, keadaan untuk menutup malu sendiri. Terburu-buru dia berlalu.

Mona mengerling tajam Izz. Izz mengangkat kedua bahunya bertanya kenapa.

"Tahniah, ni first time Leen rela hati datang kantin rehat. Tapi, sia-sia sebab mulut pedas awak tu. Bie, sayang pun takde selera la. Bye." Mona mengikut jejak Darleena yang sudah menjauh.





Selesai waktu kerjanya, Darleena kini berseorangan berjalan di dalam mall. Niatnya bukan untuk membeli belah, cuma untuk membuang masa dan melihat ragam orang ramai.

Beberapa kali juga dia masuk ke kedai, membelek-belek baju, bila ditegur penjual, dia mengeleng dan keluar. Penat berjalan, dia duduk di sebuah bangku yang disediakan. Dia mengeluarkan telefon yang sebentar tadi berdering tapi tak dipedulikan. Pastinya mama la tu, yang bertanya kenapa dia masih tidak pulang walaupun masa sudah melepasi magrib. Tapi tidak. Ianya..... Izz.

Dia berkira-kira sebentar sama ada perlu atau tidak dia menjawab panggilan itu. Tapi, dia berfikir lagi. Kenapa dia perlu mengelak, sedangkan yang salah Izz. Dengan yakin, dia menjawab panggilan tersebut.

"Nak apa?" Darleena menggigit mulutnya. Padahal dalam fikirannya tadi sudah memutuskan tak nak nampak sangat dia sedang marah.

"Izz mintak maaf." Darleena menunduk dan menarik nafas.

"Benda dah jadi, dah terlambat nak mintak maaf. Kalau maaf Izz tu boleh kembalikan maruah Leen dengan mama takpe jugak." Kini giliran dia pula yang mendengar Izz menarik nafas panjang.

Hati Yang Tersakiti (Complete) Where stories live. Discover now