Bab 43

11K 453 20
                                    

Fizz tidak tenteram. Matanya tajam melihat kereta yang dinaiki Darleena. Yang penting, ketawa Darleena yang sangat manis di matanya ketika dia bercakap dengan pemandu kereta itu di tingkap sebelum masuk ke tempat duduk penumpang sebelah pemandu.

Tanpa berfikir panjang, dia mengikut kereta yang dinaiki Darleena. Dia perlu tahu siapa pemandu tadi dan ke mana mereka pergi.

"Papa, lambat lagi ke? Fira nak eskrem." Kata Fira sambil menguap. Matanya terkedip-kedip menahan mengantuk.

"Kejap ye sayang. Jap, jap. Firash, pakai seatbelt." Arah Fizz dari pandangan tepi. Dia sekarang cukup fokus melihat kereta di depannya.

Sehinggalah kereta itu berhenti di depan sebuah hotel ternama. Dia mengikut secara perlahan apabila melihat kereta tadi berhenti di depan pintu hotel. Kiranya untuk diserahkan kepada jockey.

Tepat sangkaannya, Darleena keluar seiring dengan pemandu tadi. Laki? Siapa tu ya? Macam pernah nampak. Eh kejap.... Tu Aafi kan? Dia mula berpeluh. Terasa sakit hatinya melihat saat-saat ini. Tidak menyangka perempuan seperti Darleena boleh berlaku curang.

"Papa! Papa! Papa!" Firash dan Fira sama bising di dalam keretanya. Mereka sudah mula merengek kerana lama di dalam kereta.

Fizz mengundurkan keretanya. Takpe, dia akan tanya sendiri Darleena. Dan kali ini mereka akan berjumpa. Dah takde berhubung melalui telefon.









"Aafie, siapa ni?" Darleena tersenyum, agak panik di sebelah Aafi. Tapi Aafie cuma tergelak.

"Tokma, ni Darleena kawan Aafie. Ling, erk. Leen, ni my tokma, Madam Lini." Darleena mengambil tangan tokma Aafie dan diciumnya.

"Kawan je? Hmm, ingatkan your workaholic dah habis. Tp isokay. Aafi, yang ni tokma approve." Segan Darleena mendengarnya apabila dia dan Aafi cuma berkawan.

"Korang duduk dulu. Kejap lagi majlis start." Dengan perlahan Darleena mengikut Aafi ke satu meja bulat yang pasti dipenuhi sanak saudara Aafi.

"Wow Aafi, who's this? Tak pernah nampak pun sebelum ni." Seorang wanita yang sudah di meja tadi menegur sebaik saja mereka duduk.

"Maksu paksu, makngah pakngah, ni kawan Aafi, Darleena. Since majlis ni tokma dah insisted Aafi bawak kawan, so here is she." Darleena tersenyum kecil melihat ibu dan bapa saudara Aafi tersenyun melihat dia.

"Hmm, nampaknya topik hangat tahun ni Aafi bawak kawan datang family occation. First time ni."

"Mana tak first time kalau selama ni asyi sibuk dengan kerja." Mereka semua bersetuju dan tergelak.

"Mana parents awak?" Bisik dia perlahan apabila family Aafie sudah tidak menumpukan perhatian kepada mereka.

"Kenapa? Saya datang bawak datang jumpa family saya, awak terus nak jumpa mak ayah saya? Wow, laju betul awak ye." Aafie ketawa melihat muka masam Darleena.

"Saya tanya je. Lagipun bukan saya nak datang tau, awak yang beria nak ajak."

"Ya, ya, sorry. Tapi, bukan nak hampakan awak, cuma nak cakap saya seorang anak yatim." Tergamam Darleena seketika.

"Tokma yang jaga saya dari saya sekolah rendah. Parents saya meninggal dalam accident." Teragak-agak Darleena untuk meminta maaf.

"Tak payah cakap pape. Benda dah lama dah pun." Seperti mengerti apa yang cuba dikata, Aafie sudah menghalang Darleena.

"Tokma awak mesti yang paling penting dalam hidup awakkan?" Aafie mengangguk tanpa banyak soal.

"Shhh." Paksu Aafie menegur mereka kerana Madam Lini sudah mula untuk berucap.

Hati Yang Tersakiti (Complete) Where stories live. Discover now