"Ape?!" Darleena tidak peduli jika cara dia makan sekarang agak tidak sopan bagi perempuan. Ini kerana dia lapar.
Izz mengajaknya berjumpa di tempat mereka selalu date dahulu. Dia diam saja ketika Izz mengorder makanan yang akan selalu dia makan jika mereka ke sini. Makanan faveret dia, Izz tahu semuanya.
Sebelum atau ketika makan, Izz cuma merenungnya sambil menghirup kopinya. Dan kadang kala, dia akan mengeluh tiba-tiba. Dan untuk hilangkan rasa janggal, dia memilih untuk makan.
"Tak boleh makan elok-elok sikit ke? Tengok tu, comot betul makan sampai ke pipi." Izz menarik tisu dan mengelap ke pipinya dengan kasar.
"Issshhh, apa benda yang awak nak cakap sebenarnya? Dah dekat tiga puluh minit kita kat sini, awak tak cakap pape pun. Satu lagi, cakap je la pipi comot, tak perlu nak lap kasar macam tu." Dia mengambil tisu di tangan Izz dan mengambil cermin di dalam handbagnya.
Dia mengeluh di dalam hatinya. Kenapa la dia bersetuju untuk berjumpa Izz hari ni. Tanpa pengetahuan Fizz pulak tu.
"Awak serius ke nak kawin dengan abang." Dia berhenti touch up dan melihat Izz yang bermuka keruh di depannya. Oo, so sebab ni ke dia nak jumpa.
"Kawin? Macam over sangat tu. Saya terima dia pun tak, macam mana nak kawin." Izz perlahan-lahan mengangguk.
"Hmm, good good. Jangan terima abang." Darleena geram melihat wajah keruh Izz tadi bertukar lega.
"Nape pulak tak boleh?" Izz membalas renungannya dalam-dalam.
"Awak nak terima dia? Biar betul?" Darleena memeluk tubuhnya sambil merenung Izz.
"Antara kita dah takde pape. Saya boleh terima je sape saya nak. Awak dah move on, kenapa tak saya? Kita dah lebih setahun pun putus." Izz tidak berkata apa, dan Darleena menyambung makannya.
"Kenapa abang? Pilih la orang lain?" Darleena melihat Fizz dengan mee separuh masuk ke mulutnya. Dia tidak berkata apa, malah menyambung makan. Dia tidak peduli apa yang orang sebelah meja mereka fikir apabila melihat dia makan bersungguh sebegini. Dengan Izz, semua benda memalukan dia sudah buat.
"Makan la elok-elok!!" Sekali lagi Izz mencapai tisu dan mengelap mukanya dengan kasar. Darleena menjeling maut Izz yang seperti mencari gaduh dengannya.
"Tau la!!" Pergaduhan mereka terhenti seketika bila telefon Darleena berbunyi. Dia tanpa sedar merungut dan mengurut kepalanya sedikit bila melihat nama pemanggil. Sekarang adik, lepas tu abang dia pulak? Omelnya di dalam hati lalu menjawab panggilan.
"Hello, assalamualaikum." Izz yang merenungnya tidak dipedulikan.
"Waalaikummussalam. Jom keluar, Fizz dah sedia nak cerita semua dekat darling. Darling kat rumah ke? Fizz datang ambik?" Dia teringat yang hari tu Fizz ada kata dia akan menerangkan semua kepadanya.
"Eh takpe, Leen dah ada kat luar ni. Datang kat Bistro Cafe kat bandar ni, kita jumpa kat sini terus."
"Okay." Dia menutup telefon dan menyedut airnya sehingga mulutnya penuh. Izz mengeleng saja melihat perangainya.
"Ada nak jumpa sesiapa ke lepas ni?" Dia mengangguk. Fikirannya memikir kemungkinan apa yang akan berlaku jika mereka berdua berjumpa. Tak, itu takkan berlaku. Entah apa yang berlaku kalau mereka berdua terserempak satu sama lain.
"Dah takde apa kan? So, awak boleh la. Silakan beredar."
"Eh eh, menghalau pulak. Suka hati la bila masa saya nak pergi pun." Dia memikir idea macam mana untuk membuat Izz beredar sebelum Fizz sampai. Dan dia sudah dapat. Izz agak kurang gemar bila dia hendak membayar makanan mereka terutama bila Izz yang mengajak keluar. Kalau dia yang mengajak Izz keluar, tu takpe.
YOU ARE READING
Hati Yang Tersakiti (Complete)
Romansa"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sep...