"Hello sayang, ada kat mana tu?" Darleena mencebik apabila Fizz menelefonnya seperti mereka tiada masalah. Dah lupa ke yang gaduh semalam.
"Ada kat luar."
"Dengan sape? Kat mana?"
"Ling, ambik selipar tu, nanti hanyut air karang." Kebetulan pula suara Faiz kedengaran di belakang.
"Eh nak jalan lagi ke? Jap-jap." Cepat-cepat dia mengambil seliparnya sebelum ombak menarik. Soalan Fizz dibiarkan seketika tidak dijawab.
"Sape call tu?" Aafi berjalan di sebelahnya, membiarkan pasangan pengantin baru berjalan di depan.
"Darling kat pantai ke? Tadi tu suara sape?" Fizz bertanya lagi. Hampir terlupa Darleena yang dia sekarang sedang berhubung dengan Fizz.
"Aah kat pantai. Dengan Faiz dengan Husna. Kenapa call ye?" Dia masih sakit hati dengan peristiwa kelmarin.
"Ooh, tak cakap pun nak pergi. Kalau tak Fizz boleh join sekali." Darleena mendiamkan dirinya.
"I'm sorry darling. Pasal semalam, kelmarin, everything." Aafi melanggar bahunya bertanya siapa di talian. Dia menyebut nama Fizz tanpa bunyi membuatkan Aafi mengangguk dan tersenyum lebar.
"Tapi apa yang Fizz nak cakap, diorang penting bagi Fizz. Diorang dah macam family Fizz. Dan Fizz mintak sangat darling boleh terima diorang. Bukan setakat kembar, tapi Mai sekali."
Kepalanya mulai sakit kembali. Dia tetap tidak faham apa kaitan keluarga Mai dengan mereka berdua. Sampaikan Fizz sangat-sangat bersungguh untuk dia menerima mereka.
"Darling, darling, sayang, darling." Pantas Darleena berpaling melihat Aafi yang menguatkan suaranya memanggil dia darling dan sayang. Dia cuba menutup mikrofon supaya Fizz tidak mendengarnya, tapi dia terlambat.
"Suara siapa tu?" Keras suara Fizz bertanya.
"Er, em Faiz ni. Dah la. Shhh." Dia menggapai-gapai tangannya cuba membuat Aafi berhenti tapi lelaki itu semakin kuat mengejeknya.
"Macam bukan suara Faiz je." Darleena berhenti berjalan.
"Fizz tak pernah dengar suara Faiz, macam mana Fizz boleh agak tu suara Faiz ke tidak?" Fizz terdiam.
"Leen kat mana? Kita kena jumpa. Cakap dalam fon macam ni tak boleh selesaikan masalah kita. Biar Fizz datang dekat Leen." Darleena merenung laut dalam. Matanya masih pedih, suaranya masih serak dan hatinya masih sakit.
"Why not awak bawak your beloved little family tu jalan-jalan? Spent time sama-sama. Bawak Mai tu jumpa mama papa ke? Mama papa pun tentu seronok nak jumpa cucu-cucu rahsia diorang. Kan? Bye." Terus dimatikan talian. Barulah dia boleh menarik nafas dengan lega.
"Stress?" Dia mengangguk melihat Aafi. Kepalanya terasa agak pening. Mungkin ke dia mendapat darah tinggi disebabkan hal ni? Entah la. Aafi tiba-tiba memercikkan air pantai ke muka dan bajunya beberapa kali.
"Ei, ei, Aafi. Tak nak. No! Dia nii..." Makin dia mengelak, makin kuat Aafi ketawa dan memercikkan air kepadanya. Dia tidak menunggu lama untuk membuat serangan balas.
"Hai laaa...." Nia mengeluh perlahan melihat album lama keluarga mereka.
"Apa benda yang awak keluhkan tu?" Suaminya di sebelah perasan dengan keluhnya.
"Tak la bang, dah besar dah anak-anak kita. Rasa macam baru kelmarin kita jaga diorang, besarkan diorang. Sekarang masing-masing dah ada kehidupan sendiri dah. Masing-masing pun dah start jauh dari kita dah. Rindunya saya masa diorang kecik-kecik lagi." Syad mendengar saja isterinya meluahkan perasaan.
YOU ARE READING
Hati Yang Tersakiti (Complete)
Romance"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sep...