Bab 34

11.3K 404 13
                                    

Darleena keluar dengan rasa segan kerana ramai yang memandang meja mereka. Sebelum dia sempat sampai ke keretanya, Fizz bersaing dengannya dan berhenti.

"Kita baru jumpa... Maksud Fizz kita tak habis cakap lagi."

"Okay, tapi kita pergi tempat lain. Bukan kat sini." Dia mengeluh lemah.

"Abang, kau takde orang lain ke nak kejar nak buat bini?" Darleena mengeluh lagi. Dia dah mula lagi. Dia berpaling ke belakang melihat dua beradik itu yang saling menjeling.

"Suka hati aku la aku nak kawin dengan sape pun. Kau sibuk apehal. Benda ni takde kaitan langsung dengan kau. Kaitan kau dengan darling dah lama habis sebaik saja kau tinggal dia untuk pompuan tu."

Izz kelihatannya mengepal kedua tangannya beberapa kali. Darleena memandang sekeliling. Setelah dipastikan orang takde mana, dia melihat saja mereka berdua bertikam lidah.

Benda ni kena habis hari ni. Dah lama sangat dah diorang berdua tak rapat. Sekarang, lebih baik diorang settle semua kat sini.

"Memang bukan urusan aku bang. Tapi, kenapa Darleena? Kau tahu dia...." Fizz tersenyum sinis.

"Aku jadi curious, kenapa kau kat sini hari ni? Kenapa kau sibuk sangat tak nak bagi aku kawin dengan Leen? Tapi, sekarang aku tahu sebabnya. Sebabnya kau masih ingat dia milik kau!! Dari masa kau girlfren, tunang, kau control dia. Sekarang kau ingat kau ada hak lagi ke hah?!!"

Satu tumbukan tiba-tiba mengena pipi Fizz membuatkan dia terundur ke belakang. Terlopong Darleena melihatnya. Bertikam lidah yang dia sangka takkan terlibat dengan fizikal. Tapi di sini, Fizz sudah terkena.

Baru saja dia hendak menolong, Izz menarik kolar Fizz supaya abangnya bangun semula. Tapi tidak lama apabila Fizz pula tiba-tiba menumbuk Izz, juga membuat Izz terundur ke belakang. Kedua mereka mengesat kesan darah yang sedikit di mulut.

"Kau memang selalu macam tu kan bang. Kau selalu nak rembat apa yang aku ada. Semua! Sejak kita kecik lagi. Apa yang aku nak aku kena mengalah sebab kau!" Fizz ketawa perlahan.

"So, kau tumbuk tadi sebagai nak lepas marah kau sepanjang 25 tahun kau hidup la ni? Tapi, aku nak tanya kau Darleena tu kau dah takde. Kau buang Darleena dari hidup kau. Jadi, takde masalah kalau aku ambik dia. Melainkan kau?" Fizz dan Darleena memandang Izz. Izz ada hati lagi ke?

"Tak! Jangan salah faham! Aku tak nak kau pilih Darleena sebab aku fikir tentang malu dia, malu family dia. Cukup la sekali aku yang buat." Muka Fizz bertukar dingin. Dia berjalan ke arah Izz dan melaga dada Izz.

"Aku bukan kau. Disebabkan kau, mama dia, darling, family dia malu. Disebabkan perbuatan bodoh kau, family kita malu. Dan sebabkan kau, aku akan baiki semua salah kau. Aku takkan malukan dia macam mana kau buat. Semua salah kau. Kalau aku jumpa dia dulu, semua ni takkan jadi macam ni."

Apabila nampak Fizz cuba bertindak ganas kepada adiknya sekali lagi, Darleena cepat-cepat menghentikan niat Fizz. Dia mendekati Fizz lalu menariknya agar tidak dekat dengan Izz. Semua ini baginya bodoh dan kebudak-budakan. Benda dah berlalu. Takkan boleh ulang lagi.

"Dah-dah. Stop it korang, stop it." Dia menahan Izz dan Fizz dari mendekat antara satu sama lain.

"Izz, stop. Saya belum dengar penjelasan dari Fizz lagi, so selagi tu, Fizz bukan sape-sape. So, please stop."

"Penjelasan apa? Penjelasan apa yang awak harapkan dari abang?" Suaranya yang agak kuat membuatkan Darleena beberapa kali berpaling memastikan tiada yang melihat mereka.

"Dah! Korang tak penat ke bergaduh dari kecik lagi? Benda ni cuma hal kecik yang korang besar-besarkan. So please, please la." Dia memegang kepalanya yang serabut. Kedua Izz dan Fizz meludah darah yang tersisa dari tumbukan tadi.

Hati Yang Tersakiti (Complete) Where stories live. Discover now