Fikirannya tidak bersama dia hari ini. Tapi di satu wajah yang murung pagi tadi. Hasilnya, kertas yang sepatutnya ditulis nota diconteng-contengnya tanpa sedar.
"Hmmm, faham ke tulis tulis tu?" Darleena berpaling melihat kawan sekerjanya menegur.
"Eh akak, mestilah faham, ni idea...." Baam, buku ditutup dan dia tersengih malu mendapati apa nota yang ditulis sebenarnya.
"Saya tengah mencari idea kak. Susah sangat, tu yang sampai conteng-conteng macam tu." Dia menutup muka apabila perasan kakak itu ketawa melihat dia gelabah.
"Dah, tak payah nak cari idea sangat. Boss panggil meeting tu. Nak bincang pasal projek." Dia mengangguk laju lalu mengambil apa yang patut untuk dibawa ke mesyuarat.
"Aku tahu aku hensem, tapi tolong jangan tenung aku macam tu. Aku dah berpunya." Darleena berpaling ke kiri dan kanan dan baru dia perasan semua orang sudah mula beredar. Tinggal dia dan Faiz masih di kerusi.
"Ok, saya faham boss. Nanti saya akan usahakan." Jawab dia tanpa rasa malu ditangkap berkhayal ketika mesyuarat.
"Tak payah nak kelentong. Aku sure satu apa info pun kau tak dapat tadi. So tell me darling, apa benda yang kau fikir sampai kerja terganggu?" Mereka berdua memandang satu sama lain.
"No way aku nak membawang kat pejabat dengan boss sendiri waktu pejabat. So boss, if you may excuse me, saya ada kerja lagi nak siapkan." Dia bangun sekali lagi.
"Come on la ling, macam tak biasa pulak kau ni." Darleena menjeling Faiz.
"Saya tak dibayar gaji untuk membawang....tentang hal peribadi saya, pada boss saya. So bye." Faiz merungut geram dan itu cuma membuatkan Darleena ketawa lebih lagi.
"Hello?" Dia menjawab telefon dengan mata masih tetap di blueprint bangunan kerjanya.
"Kat mana?" Darleena menjauhkan telinga dan melihat nama pemanggil. Fizz?
"Kat office la. Kenapa?"
"Tak turun lunch ke?" Dia melihat jam di tangannya dan sudah masuk waktu makan tengahari.
"Ooh, tak sedar tadi. Kejap lagi kut Leen turun, nak siapkan something sikit." Sekali lagi dia melihat jam di tangan dan mengira masa secukupnya.
"Ok, Fizz tunggu." Talian dimatikan. Darleena keliru mendengarnya tapi dibiarkan kerana sekarang fokusnya pada kerja.
Tak lama kemudian, kerjanya akhirnya selesai. Dia menggeliat membetulkan uratnya sebelum melihat jam di tangan.
"Alamak, dah tak sempat nak lunch ni. Tinggal lagi 15 minit ni. Haih la darling, tak pasal perut lapar." Dengan sedih dia mengambil beg solat untuk menunaikan solat zuhur di tingkat bawah. Tiba-tiba telefonnya berdering lagi. Melihatkan nama Fizz terpampang, dia teringat kembali.
"Hello, Fizz?"
"Kat mana?"
"Kat office la, tadi Fizz dah call tanya kan?" Dia mengeleng, apa pasal la Fizz ni.
"Dah lunch ke belum?"
"Tak sempat la Fizz. Tadi sibuk sangat buat kerja tengok dah nak habis dah masa lunch. Kenapa? Nak belanja ekkk?" Dia tersenyum panjang dengan niat bergurau.
"Kenapa tak turun makan? Penting sangat ke kerja tu sampai lupa nak makan? Dah la pagi tadi makan sikit je kan? Kalau sakit pengsan siapa susah?" Berkerut muka dia dimarahi Fizz tiba-tiba.
"Eh eh, tak Fizz ni kenapa nak marah-marah Leen pulak ni? Pandai-pandai la Leen jaga diri sendiri. Leen tak mintak pun kan Fizz risau. Hissh, bye." Haa, tak pasal-pasal kena marah. Dia mencampak telefonnya ke dalam beg solat dengan perasaan marah.
YOU ARE READING
Hati Yang Tersakiti (Complete)
Romance"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sep...