"Hai dari tadi bersiap, tak sudah-sudah lagi? Darling nak pergi mana ni? Kata nak study dekat library je kan? Yang bersiap bukan main ni kenapa?" Tersengih Darleena di depan cermin sambil melihat pantulan mamanya di pintu.
"Dah, dah nak siap dah ni. Ok done. Jom mama." Nani berpeluk tubuh melihat anak daranya yang terlebih jangak.
"Cakap betul-betul, awak nak pergi study ke nak pergi mengorat orang?" Darleena memuncungkan mulutnya.
"Apa pulak mengorat mama? Nak pergi study la. Kan mama jugak yang nak Leen upkan markah math kan? So?" Nani masih tidak berpuas hati.
"Ok fine. Tapi, awak tak beritahu mama lagi dengan siapa awak study. Siapa?" Teragak-agak Darleena menjawab. Ini kerana ingatannya terhadap mama yang pernah memberitahu dia tidak berapa suka Darleena dekat dengan Izz.
"Dengan.... Izz, anak auntie Nia." Nani menjatuhkan tangannya ke sisi dan membulatkan matanya.
"A, a, a. Sebelum mama nak marah kenapa Leen study dengan dia, Leen ada sebabnya. Hari tu kat sekolah, dia tengok homework Leen. Sekilas pandang je mama, dan dia bagitahu jawapan Leen salah, siap dengan jawapan dia bagi. Tak guna kalkulator pun ma. Bila Leen cek dekat cikgu, aah memang betul salah. So, sebab tu la Leen nak belajar dengan dia." Muka Nani agak masam walaupun mendengar penjelasan Darleen.
"Ok fine. Tapi belajar je. Jangan nak lebih-lebih." Kata Nani lalu beredar dari bilik Darleen. Darleen cuma tersengih. Nak lebih-lebih macam mana kalau lelaki tu asyik marah dia je.
"Habis study call mama." Darleena mengangguk dan melambai mamanya yang berlalu. Dia berpaling dan masuk ke perpustakaan. Ada seminit sebelum pukul 10. Duduk saja dia di satu meja, datang Izz dengan wajah mencuka.
"Lambat!!" Darleena melihat jam di tangannya.
"Tapi, ni baru pukul 9.59. Ada seminit lagi." Aduh, baru datang pun dah kena marah, apehal ni?
"Ada aku kisah? Yang aku tahu, jam aku dah pukul 10. Kau betulkan jam kau sekarang." Dengan keluhan dia membetulkan jamnya yang lambat seminit. Angkat saja muka, Izz sudah tiada di depannya.
"Eh, mana pulak dia? Tadi kata lambat. Lepas tu dia pulak entah ke mana." Bebel Darleena. Tiba-tiba Izz datang dari rak buku belakang mengejutkan Darleena.
"Membebel ada masa pulak kau eh. Buat latihan muka surat 12-16. Pukul 10.30 aku datang balik. Kalau tak siap jugak, kita cancel hari ni." Membulat mata Darleena melihat Izz yang hendak pergi.
"Jap jap. Kata nak ajar. Ajar apa macam ni?" Katanya perlahan. Izz berpaling semula.
"Buat je la dulu. Banyak songeh la kau ni. Sapa cikgu kat sini? Aku ke kau? Aku kan? So? Jangan ingat aku nak bazirkan masa untuk kau je hari ni. Dah buat cepat!" Terdiam Darleena dimarahi Izz. Aduh payah ar, cikgu garang macam ni. Tapi, dia nak sangat Izz jadi cikgu dia. Terima je lah. Berusaha keras dia menjawab semua soalan yang diberi.
"Salah, semua salah. Macam mana kau boleh jadi top student PMR kalau macam ni jawab matematik." Darleena mendiamkan diri. Tak guna dia menjawab kalau apa yang dijawabnya itu salah.
"Tengok aku buat macam mana." Darleena akhirnya memandang Izz yang mula memegang pensil.
Dia merenung ke luar tingkap. Majlis dua hari lepas alhamdulillah berjalan okay walaupun ramai yang tanya kenapa berubah. Tapi, sebab mama dia kuatkan diri terangkan masalah sebenar kepada siapa saja yang bertanya.
Najwa yang tidur di sebelahnya tidak digerak. Dia melihat telefon sekali lagi walaupun dia tahu tiada gunanya. Izz langsung tidak ada menelefonnya selepas itu. Panggilan terakhir adalah ketika dia memberitahu majlis perkahwinan mereka tidak jadi.
YOU ARE READING
Hati Yang Tersakiti (Complete)
Romance"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sep...