Sorry korang, terlupa update hri khamis hari tu. Sekarang, sila la baca. Jgn lupa komen n vote yeee... 😘
"Tengok tu boyfren sekadar nama kau tu, merayap dengan perempuan lain lagi hari ni." Darleena tidak mempedulikan kata-kata Faiz sebaliknya dia lebih memilih untuk menyibukkan diri mencari buku untuk dipinjamnya.
Nak cakap pasal perangai Izz, tak payah la. Hati dia dah bengkak, remuk, tak tau nak cakap macam mana. Dia cuma boleh senyap dan tengok dan... sakit hati.
"Ha, perempuan tu siap pegang-pegang lengan baju Izz lagi. Haha.." Faiz menyiku perlahan apabila Husna ketawa mengejek melihat perangai Izz.
"Sayang, tolong jaga sikit perasaan baby I." Membulat mata Husna.
"Baby? Sape baby you!! " Faiz menutup mulutnya apabila dia menyedari tersalah cakap.
"Kau jangan nak lembik sangat boleh tak? Tunjukkan kat dia yang kau tak terkesan langsung dia nak buat apa. Kalau dia curang, kau curang la balik!" Terkejut Faiz apabila dinasihat begitu.
"Oh kalau macam tu kalau I curang, you nak balas yang sama la?"
"Hmm, maybe. Tapi you nak curang dengan I? Cubalah, kita tengok macam mana berani you nak buat macam tu." Faiz diam tidak berani menjawab.
"Hish bising la korang ni! Kalau korang gaduh lagi, aku tak hairan librarian halau kita!" Darleena mengeleng lalu beredar dari celahan rak buku untuk ke meja mereka.
Tapi, jalan tersekat apabila dia berhadapan dengan Izz dan perempuan itu. Dia melihat dari muka Izz ke muka perempuan itu yang pada mulanya takut-takut kepada agak berani apabila tiada tindak balas darinya.
"Izz, bukan ke ni g... stalker you ke? Yang selalu ikut you ke mana-mana tu?" Katanya dengan senyuman sinis. Darleena kini memandang muka Izz dan boyfrennya cuma membuat muka selamba.
"Aah, I la stalker tu. You baru tahu ke?" Matanya kini memandang Izz yang memandangnya.
"Hai Izz. Busy betul you dua tiga hari ni, macam takde girlfren. Ke memang takde?" Mereka berdua merenung satu sama lain sebelum Faiz datang dari belakang dan mengajaknya keluar dari situ.
Cincin di jari ditenungnya. Cincin pertunangan tak jadi yang masih belum dipulangkan. Dia memutar-mutarkan cincin iti beberapa kali dengan fikirannya memikir bekas tunangnya.
Dia melihat ke depan dan matanya membulat tiba-tiba. Lelaki tu.... Izz? Sekali lagi dipandang, bukan Izz. Dia mengeluh perlahan. Sampai bila dia nak macam ni? Still tak boleh move on dengan Izz.
"Bila masa kau nak hantar cincin tu?" Dia berpaling apabila suara Faiz kedengaran. Faiz rupanya memerhati dia sedari tadi.
"Aku nak hantar la." Jawapannya seperti teragak-agak.
"Bila? Bila nak hantar tu?" Darleena merungut seketika.
"Ye la, nanti nanti." Faiz memeluk tubuh melihat muka Darleena yang protes.
"Kau jangan cuba-cuba nak sambung balik dengan dia eh! Aku tak izinkan." Dengan mulut muncung, Darleena menjawab.
"Mana ada aku nak sambung balik!! Ish kau ni!!"
"Stop-stop la tu sayang nak control life dia. Suka hati dia la nak couple dengan sape-sape pun. You sibuk kenapa?" Husna tiba-tiba datang ke meja mereka.
"Eh sayang. Tak la, I bukan nak control ke apa life darling, cumanya darling ni tak tahu la kut mana la dia nampak Izz tu okay. Tengok la apa Izz tu buat kat dia. Tapi dia ni nampak tak serik. Nampak macam taruh harapan lagi."
YOU ARE READING
Hati Yang Tersakiti (Complete)
Romance"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sep...