Bab 8

15.8K 551 13
                                    

"Kenapa murung je ni?" Darleena pura-pura ambik peduli kerana dari tadi Mona asyik mengeluh seolah-olah ingin dia berhenti study dan tanya apa masalah dia.

"Kita ada lagi 4 bulan sebelum sekolah tutup, kita habis periksa." Darleena mengangguk-angguk walau matanya di buku latihan. Mona mengeluh lagi.

"So?" Soalan itu sebagai jawapan dia sedang mendengar.

"Kau ni, pandang muka aku. Asyik tengok buku, patut la sampai hari ni takde orang nak. Pandang sini." Darleena terpaksa berpaling apabila kedua pipinya dikapit Mona.

"Lagi 4 bulan kau boleh jumpa Izz tu. Kau tak sedih ke? Lepas ni dah berpisah." Darleena menolak tangan Mona yang masih di pipinya.

"Masalah kau sekarang ni kau takut kau berpisah dengan Hamdi?" Mona mengangguk laju.

"Alah, kalau korang lari hujung dunia sekali pun, kalau dah jodoh tak ke mana jugak." Katanya lalu menumpu perhatian kepada buku latihan semula.

"Kalau jodoh. Kalau tak?" Dengan sinis, Darleena senyum.

"Redha je la." Sakit hati Mona mendengar ayat senang dari Darleena. Dia mengapit semula pipi Darleena.

"Aku mintak kau tak jodoh dengan Izz tu." Darleena diam.


Darleena tersenyum tipis. Mungkin apa yang dikata Mona menjadi kepadanya. Walaupun dia tahu Mona cuma main-main. Tapi, apa yang dikata itu betul-betul terjadi. Beberapa jam sebelum tiba akad nikahnya, Izz menarik diri. Tiada jodohkah mereka berdua? Darleena mengeleng beberapa kali. Cukup imbas kembali dia dan Izz.

Dengan lafaz bismillah, dia keluar dari kereta dan dengan muka tebal dia masuk ke pejabat. Dia takkan peduli, orang nak mengata dia, nak kesiankan dia, whatever. Dia datang sebab nak siapkan kerja. That's all.

Semua mata yang dia lepasi Darleena bileh rasakan melihat dia dengan rasa simpati. Dia tidak suka hal ini. Dia tak mahu disimpati orang lain.

"Leen, sori akak tak datang hari tu. Akak dengar"

"Takpe kak. Majlis kecik je tu. Kebetulan akak datang ni, Leen nak mintak fail projek P.W.I.R.A. hari tu. Belum siap lagi rasanya part Leen."

Kak Norma mengangguk dan pergi ke mejanya. Darleena menarik nafas. Kak Norma cuma wakil daripada semua kawan-kawan pejabatnya yang tak berani nak tanya dia tentang benda tu.
Datang kembali kak Norma, Darleena boleh melihat senyum paksa di wajahnya. Kak Norma nampaknya ingin meneruskan perbualan, tapi dia cepat-cepat duduk di meja dan memulakan kerja.

Kemudian, baru dia teringat. Telefon langsung tidak dipedulikan sejak kelmarin. Ditekan-tekan, tidak hidup. Eerrgh, habis bateri la ni. Dia menyelongkar begnya dan mengeluarkan charger lalu segera mengecas telefonnya. Dia terdiam apabila telefon mula dihidupkan. Untuk apa dia menelefon? Nak pujuk ke? Dah terlambat.




Seperti biasa dia ke tempat lepaknya di pusat sumber. Segera dia berpatah balik apabila melihat Izz dan Rose berbual di situ.

Dia melihat meja-meja di situ, semua sudah dipenuhi. Terpaksa dia beralah, dan mencari port lain. Akhirnya, ada satu tempat di lantai yang tiada siapa di situ. Dia melihat sekeliling sebelum membuka buku dan alat tulis.

"Kenapa tak join kitorang?" Dia mengangkat muka melihat Rose yang bertanya dia dan Izz yang berpeluk tubuh di belakangnya.

"Oh, takpe. Tak nak kacau. Lagipun, saya cari tempat takde orang tadi." Rasanya ini kali pertama dia bercakap dengan Rose.

"Kalau cari tempat takde orang, masuk hutan la. Kat situ takde orang." Balas Izz, masih berpeluk tubuh. Darleena mengetap bibir. Dah kenapa nak marah dia pulak ni?

Hati Yang Tersakiti (Complete) Where stories live. Discover now