"Oh my darling, I love you. Oh my darling.... I love... Youuuuu." Darleena menutup telinganya kerana bingit dengan nyanyian Faiz.
"Ei, dah la. Suara tak sedap tak payah nyanyi la. Kalau Husna dengar nanti, apa pulak dia cakap." Katanya dengan ketawa kecil.
"Alah, kalau Husna dengar, aku cakap la yang aku practice nyanyi untuk dia tapi guna nama kau. Easy peasy!" Dia mengeleng melihat perangai happy Faiz. Kalau Husna merajuk, mula la gelabah.
"Faiz, aku ada berita gembira nak share!" Faiz berhenti bergerak untuk mendengar berita happy Darleena.
"Tapi, kau jangan marah tau. Tunggu sampai habis aku cerita." Faiz sepertinya sudah mengagak apa yang cuba diberitahu Darleena kepadanya. Sebabnya cuma ada satu benda je yang boleh membuatkan dia berasa tidak suka sebagai topik.
"Aku.... Official dengan Izz!" Muka terkejut yang tidak baik ditunjukkan oleh Faiz kepadanya.
"Wait, kau biar betul?" Dia masih lagi tidak percaya. Tapi, melihatkan Darleena yang beria-ria mukanya, membuatkan dia ragu-ragu.
"Kenapa dia nak pilih kau? Sedangkan selama ni, bukan main benci lagi dia tengok muka kau." Darleena bercekak pinggang.
"Faiz, kau rasa aku tak layak ke dengan dia? Seriously, kau rasa macam tu? Maigad! Sampai hati.... Aku"
"Leen, dia... Bukan kau yang tak layak untuk dia, tapi dia yang tak layak untuk kau. Percaya pada aku." Darleena mula masam.
"Kalau kau bff aku, kau support, bukannya reaksi macam ni! Kau tahu aku dah lama suka dia kut. Sejak zaman sekolah lagi!"
Faiz mati akal apabila Darleena mula berpaling darinya. Haih, degil betul la Leena ni. Aku care pasal kau. Macam mana aku nak buat eh? Tiba-tiba matanya terpandang sesuatu di belakang mereka.
" Ok fine. Kalau betul kau dah official dengan dia, buktikan." Darleena berpaling sedikit menghadap Faiz.
"Macam mana?" Tanya dia perlahan.
"Tu, Izz dengan geng-geng dia." Mereka berdua sama-sama melihat Izz dan kawan-kawannya yang sedang melepak di padang uni.
"Kalau kau panggil dia datang, or dia at least lambai, aku.... Okay." Darleena menelan air liur pahit melihat Faiz yang kini berpeluk tubuh melihat Izz dari jauh.
Tak payah takut, darling. Kau dengan dia sekarang dah girlfren boyfren. Kenapa dia tak perasan kau pulakkan? Dia sendiri yang memang nak couple dengan aku semalam kan? Okay, come on Darleena, you can do it.
Dengan bismillah, dia melambai dan memanggil nama Izz dari jauh. Dia tak suruh rahsiakan benda ni kan? So, of course, geng-geng dia mesti tahu.... Right?
Setelah beberapa kali cubaannya menarik perhatian orang lain, bukannya Izz, boyfrennya akhirnya berpaling. Tapi itu pun setelah ditunjuk-tunjuk oleh geng-gengnya.
Izz pada mulanya berpaling, tapi setelah beberapa saat, bercakap semula dengan kumpulannya sebelum mereka beredar dari situ. Dia kelu tiba-tiba. Kenapa Izz berpura-pura tidak nampak dia? Dia tengok kut aku yang tengah lambai tadi.
Oh no! Kelmarin tu mimpi je ke? Mimipi sebab aku nak sangat jadi girlfren dia? Seriously?
"Wow, official... la sangat. Nampak macam dia still benci kau je. Kau yakin kau tak mimpi... jadi girlfriend dia? Tak berangan?" Darleena memeluk tubuh menjeling tajam Faiz.
"Ling, aku dah cakap dia tak layak. Tengok apa dia buat, dia malukan kau depan kawan dia macam tu je. Dengan pura-pura tak kenal kau. Kau jangan cakap tak tengok geng-geng diorang gelakkan kau sebelum diorang blah tadi."
YOU ARE READING
Hati Yang Tersakiti (Complete)
Romance"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sep...