BAB 2

3.1K 64 3
                                    

           


KHAYLA resah menunggu giliran untuk mendapatkan teksi. Sesekali dia mengerling jam di tangan sambil mengeluh resah. Panggilan yang ditunggu-tunggu tidak akan diterima selagi dia tidak menghubungi lelaki yang telah melanggarnya tadi. 'Semua ni salah mamat sekor tu!'. Dia semakin panas hati.

            Geram yang mencucuk-cucuk tangkai hatinya itu terpaksa diusung sehinggalah dia menapak ke rumah sewanya yang dikongsi bersama Balqis dan Syifa. Sejak kedua ibu-bapanya berpindah ke sebuah kampung di Perak bagi mengelak dari ketemu rakan kenalan dan saudara mara selepas kejadian hitam lima tahun lepas, dia terpaksa menyewa dengan teman sekuliah. Masing-masing sudahpun berjaya menyandang jawatan di syarikat swasta.

Di usia 26 tahun, dia sudah dipertanggungjawabkan untuk mengemudi syarikat percetakan milik bapanya itu. Abi dan Umi kini lebih senang menghabiskan masa di kampung, jauh dari hiruk pikuk kota raya.

"Hei, awalnya kau balik rumah Khayla? Tadi kau kata nak jumpa kawan lama kau?" Khayla terlompat kecil dengan teguran Balqis yang sedang berdiri sambil meneguk air di mug itu.

Khayla mengurut dada menenangkan debaran hasil teguran rakannya itu. "Ish, kau ni Bal, terkejut betul aku..."

"Yang kau duk mengelamun tu kenapa? Ada problem ke?" Balqis berjalan merapati Khayla yang mula melabuhkan punggung di sofa itu.

"Ha'ah. Telefon aku tertukar dengan mamat sekor tu." Khayla mengangguk sambil tangannya menarik keluar iPhone yang sudah retak seribu itu. Dengan wajah mendung, dia menunjuk telefon pintar itu kepada Balqis yang mula duduk di sisi Khayla itu.

Berkerut dahi Balqis melihat skrin telefon pintar yang retak itu sebelum kalih pandang ke wajah Khayla.

"Siapa mamat sekor tu? Kau jumpa someone special ke? Handsome tak?" Suara Balqis naik beberapa oktaf dek kerana teruja untuk mendengar cerita daripada Khayla.

Manakala Khayla pula mendengus geram. Dia menggeleng sebelum mencemik bibir tanda tidak puas hati dengan apa yang terjadi tadi. "Someone special kau kata? Memang mati hidup balik pun mamat sekor tu takkan jadi special tau tak? Ada ke patut dia buat aku macam ni?" Khayla menggerutu geram.

"Wow! Marah sangat nampaknya kau ni. Apa yang lelaki tu dah buat dekat kau, babe?" Senyuman nakal yang terukir di bibir Balqis itu mula kendur. Sebaliknya dia merenung muka Khayla yang merah menyala itu.

"Ya lah. Mamat sekor tu memang kurang ajar. Ada ke patut dia blah macam tu saja selepas dia langgar aku? Sakit punggung aku ni tak sama dengan sakit hati aku tau tak?" Suara Khayla naik meninggi satu nada lagi dek kerana bahang di dadanya yang masih marah dengan lelaki kacak yang melanggar tubuhnya tadi. Masih terasa impak hebat akibat perlanggaran sebentar tadi. Tubuh sasa lelaki itu sungguh mantap! Lelaki itu memang tinggi, mungkin 180cm! Muka memang kacak. Kalaulah lelaki itu mengucapkan maaf dan membantunya bangun, sudah pasti dia tidak akan sakit hati sebegini rupa.

"Hahaha. Jadi ni kes langgar lari la ni?" Balqis tertawa geli hati melihat reaksi di muka temannya itu. Dia sudah dapat membayangkan apa yang terjadi terhadap Khayla sehingga rakannya itu marah-marah sampai ke rumah.

"Ya. Mamat sekor tu langgar aku semasa aku tengah tunggu grabcar kat depan lobi Mid-Valley tadi. Bukannya nak mintak maaf ke apa...dia blah macam tu saja!" Rasa marah yang membuak-buak di dalam diri Khayla itu dihambur keluar tanpa dapat dihalang lagi.

"Jadi dia memang tak tolong kau ke? Terus blah macam tu saja?" Kini, barulah simpati Balqis terhimpun untuk Khayla. 

"Ha'ah. Memang mamat sekor tu kurang ajar. Dia blah macam tu saja. Yang aku tak tahan, ada ke patut dia ambil telefon aku tadi!" Adu Khayla dengan suara yang masih tinggi berserta alunan dada yang berombak kencang. 'Huh! Nantilah kau, kalau jumpa siaplah nanti!' Janji Khayla di dalam hati.

SEPARUH CINTA SEPARUH DENDAM (READY STOCK)Where stories live. Discover now