BAB 16

1.3K 56 6
                                    




"HELLO! Is your boss around?" Tumpuan Khayla terganggu dengan suara lunak seorang gadis. Dia mengangkat wajah memandang seorang gadis muda, mungkin saja sebaya dengannya itu berdiri dengan senyuman manis di depan meja kerjanya. Gadis itu mengenakan blouse merah jambu dan berskirt labuh dan memakai kasut tumit tinggi yang sedondon dengan warna blousenya itu. Tampak cantik dan bergaya.

"Yes. Boss ada kat dalam." Khayla berjeda seketika sebelum menyambung bicara. "Tapi, kalau cik tak keberatan, boleh saya tahu cik ni siapa?"

"I tunang boss you, Damia!"

Apa? Tunang boss! Pengakuan gadis itu membuatkan Khayla kelam kabut. Segera dia berdiri menyambut kedatangan gadis bernama Damia itu dengan perasaan yang berbelah bagi.

"So sorry...Cik Damia. Saya minta maaf. Saya tak tahu yang Boss saya dah bertunang." Khayla melukis senyuman kelat. Sukar menyembunyikan rasa terkejut yang menghentak jantungnya itu.

"Dia tak beritahu you?" Damia mengangkat kening sambil menatap bening sinar mata berwarna hazel itu. Hish! Cantik pula P.A baru Abang Dan ni. Ini tak boleh jadi. Aku kena cepat-cepat pikat balik hati dia! Getus hati kecil Damia.

"Tak. Tak ada."

"Never mind. What's your name?"

Damia bersuara lembut dengan senyuman nipis di bibir. Jauh di sudut hati, perasaannya mula dijentik resah. Bimbang. Risau. Andainya gadis tinggi lampai di depannya itu mungkin menjadi lawannya untuk menawan hati Danish nanti. Dia perlu berwaspada.

"Saya, Khayla. Hari ni baru hari kedua kerja dengan Boss."

Khayla memperkenalkan dirinya dengan pelbagai persoalan yang mula mengasak mindanya. Kenapa Tengku Danish tidak pernah menyebut tentang Damia? Malah nenda juga tidak memberitahu apa-apa tentang tunang majikannya itu.

Argh, silapnya juga. Tidak bertanya lebih lanjut kepada nenda atau pun Bushra. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Bukankah dulu ada seorang gadis yang bernama Damia pernah menyumpah seranah dia kerana menyangka dia ni tunang Danish? Hish, time tu mungkin Damia tengah marah kut. Sekarang nampak macam baik je tunang Danish ni. Tidak lekang dengan senyuman mesra.

"Okey Khayla. Let me surprise him ya." Damia mengukir senyuman ceria, menyembunyikan keresahan di dasar hatinya itu.

"Okey." Khayla mengangguk lemah. Matanya memandang saja langkah kaki Damia yang menghilang di sebalik daun pintu bilik majikannya itu.

Sementara itu, Danish tekun membaca satu kertas kerja penting yang baru dihantar oleh orang kanannya semalam. Projek itu nampak cukup berpotensi untuk dibincangkan dengan lebih terperinci. Namun, bunyi keriut pintu bilik kerjanya ditolak dari luar mula mengganggu kosentrasinya. Segera dia mengangkat muka. Pandangannya bertembung dengan bekas tunangannya yang berjaya menyakitkan hatinya itu. Serta merta darah mudanya menyirap naik ke kepala.

"Hello Darling!" Damia bersuara manja. Dia melarik senyuman manis khas untuk tatapan Danish. Gerak badannya sengaja dilenggukkan ke kanan ke kiri. Ingin benar dia memikat kembali hati Danish dengan kecantikan yang dimilikinya itu.

"Damia, apa kau buat kat sini?" Bagai halilintar, suara garau Danish melantun, memecah keheningan bilik kerjanya itu. Hatinya kembali menggelegak. Melihat tubuh dan muka Damia saja dia sudah jijik. Tiada niat langsung untuk bertemu muka dengan perempuan sundal itu lagi!

Langkah kaki Damia terhenti. Panahan mata yang berapi-api milik Danish itu direnung dengan perasaan yang tidak keruan. Dadanya mula dilanda ketakutan. Tatkala terbayang wajah ibu bapanya yang mendesaknya cuba berbaik semula dengan lelaki itu, dia terpaksa menebalkan mukanya.

SEPARUH CINTA SEPARUH DENDAM (READY STOCK)Where stories live. Discover now