BAB 26

1.3K 59 19
                                    

           

BAB 26

"Khayla, aku nak kau datang kerja hari ni." Danish terpaksa menebalkan muka menelefon pembantunya di pagi hari Sabtu kerana dia perlu menyelesaikan kertas cadangan dalam waktu yang singkat. Dia rela membuang egonya demi memastikan dia dapat mempertahankan jawatan yang disandangnya itu.

"Tapi boss, hari ni kan hari minggu?" Suara Khayla itu disambut dengan helaan nafas keras. Banyak songeh betullah P.A aku ni.

"Aku tak kira. Ada urgent matter. Come to office. Now!" Dia sengaja meninggikan suaranya agar arahannya itu tidak lagi dipersoalkan oleh Khayla.

Si gadis terdiam. Hembusan nafas Danish menderu keras. Dengan hati yang panas, dia segera mematikan talian. Ada pembantu pun macam tak ada. Tak boleh harap! Danish menghentak tangan ke permukaan meja. Dia kembali memusatkan perhatiannya ke arah skrin komputer ribanya.

Selang 30 minit, tiba-tiba pintu bilik kerjanya diketuk dari luar. Danish segera mengangkat wajah. Huh! Tahu takut.

Tanpa menunggu jawapan Danish, Khayla menolak daun pintu dan masuk ke dalam sarang singa jantan itu. Di situ, Danish berkuasa. Dia hanya tikus kecil yang akan merosakkan takhta tempat lelaki itu bermaharaja lela.

"Assalamualaikum boss..." Khayla memberanikan diri menegur Danish. Lelaki itu tampil bergaya dengan Tshirt hitam dan seluar jeans biru. Nampak santai dan lain dari hari kebiasaannya.

Danish menjawab salam sebelum menyandarkan tubuh ke kerusi empuknya. Dia mengamati raut wajah Khayla yang nampak berseri-seri, ceria itu. Wajah itu tampak cukup indah dengan senyuman di bibir. Cantik.

Bagaikan tersedar dengan kekhilafan hatinya, dia segera berdehem beberapa kali.

"Aku nak kau cari fail projek hotel di Sabah dan Phuket. Urgent!" Dengan sebaris ayat itu, Khayla tampak perubahan ketara Danish yang tadinya santai berubah serius serta merta. Aura gelap lelaki itu juga membuatkan dia terkocoh-kocoh berlari keluar ke tempat penyimpanan fail tanpa sebarang bantahan.

**

Danish meregangkan tubuhnya. Khayla yang sedang menaip kerja di meja bulat di dalam bilik kerjanya itu dikerling sekilas. Perutnya berkeroncong kelaparan. Dia menilik jam tangan. Sudah pukul 1 tengah hari rupanya.

"Jom lunch!"

"Nak lunch kat mana boss?"

"Kat Dolly Dimsum. Jom!"

"Boss belanja?"

"Ya."

Danish mengambil kunci kereta dan bergerak meninggalkan Khayla yang berlari anak mengejarnya itu.

Sewaktu di dalam perut kereta, sempat lagi Khayla menaip mesej kepada Zulaikha.

'Akak. Meet me at Dolly Dimsum, Avenue-K! Urgent!"

'Okey.' Alhamdulillah. Dia menghela nafas lega. Nasib baik Zulaikha tak tanya soalan lebih. Kalau tak mati katak dia nak terangkan rancangan impromptu itu.

Setelah sampai di Avenue-K, mereka berdua duduk di satu sudut yang agak tersorot. Khayla memanjangkan leher ke pintu masuk, mencari-cari kelibat Zulaikha yang mungkin sudah sampai ke Avenue-K itu. Kakaknya itu keluar berjumpa rakan-rakannya di KLCC, jadi tidaklah jauh sangat dari Avenue-K. Sementara Daniel pula ditinggalkan dengan ibunya yang datang ke KL semata-mata untuk berjumpa dengan Zulaikha. Itu pun tanpa pengetahuan abah. Kalau abah tahu, matilah Khayla kena marah dengan abah.

"Kau nak makan apa?" Danish mencuri perhatian Khayla. Si gadis kelihatan agak gelisah, bagaikan mencari-cari sesuatu.

"Err...apa-apa pun boleh boss." Si jejaka menyimpul bibir. Dia melepaskan buku menu yang berada di tangan. Kemudian, dia memeluk tubuh. Tindakannya itu membuatkan Khayla menelan air liur kelat. Dia sengaja pamer muka poyo, biar minah sewel itu tahu bahawa dia tidak suka perempuan itu tidak memberi sepenuh perhatian terhadapnya.

SEPARUH CINTA SEPARUH DENDAM (READY STOCK)Where stories live. Discover now