BAB 13

1.9K 63 3
                                    


"Kau siapa sebenarnya?" Danish mengulang kembali soalan yang berlalu sepi tidak berjawab itu. Dia mengamati raut wajah Khayla yang semakin kelat itu. Seperti menyimpan suatu rahsia besar. Hatinya semakin curiga.

"Kau siapa sebenarnya, Khairunnisa Khayla?" Sengaja Danish menekan sebutan nama si gadis supaya dia dapat menarik perhatian gadis itu untuk menjawab soalan yang mengasak mindanya itu.

"Err...saya P.A boss lah." Kalut saja jawapan yang meniti di bibir Khayla. Sekaligus membangkitkan kemarahan Danish. Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab!

"Huh, aku tahulah kau tu P.A aku sekarang. Tapi kau tak jawab soalan aku lagi. Kau siapa sebenarnya?" Danish mendesak. Dia semakin tidak puas hati dengan jawapan bodoh perempuan itu.

"Err...saya Khayla, P.A boss yang baru masuk kerja hari ni." Damn! Ingin saja Danish hentak tangannya ke meja. Namun, dia menarik nafas panjang. Nampak gayanya, si Khayla tidak akan berterus-terang dengan mudah.

"Kenapa kau terhegeh-hegeh sangat nak kerja dengan aku?"

Khayla menelan air liur yang berpasir. Ke mana perginya semua jawapan yang dihafal sejak beberapa hari lepas? Otaknya kosong disergah suara garau itu. Tangkai jantungnya sudah mahu tercabut digertak sebegitu rupa.

"Sebab saya sangat-sangat perlukan kerja ni. Saya orang miskin. Susah nak dapat kerja sekarang. Jadi, saya tak boleh tolak peluang yang ada." Entah daripada mana idea itu datang, dia hanya mereka-reka cerita. Sengaja dilayukan kelopak matanya agar dapat menarik simpati majikannya itu. Kedua tangannya dirapatkan ke bawah dagu.

Danish terkesima melihat mimik muka polos yang ditonjolkan si gadis itu. Cute!

"Jadi apa yang nenda dah suruh kau buat?"

Kali ini soalan Danish itu benar-benar memerangkap Khayla. Dia tersepit. Perlukah dia berterus-terang tentang arahan nenda supaya dia dapat meraih kepercayaan daripada Danish?

"Err...nenda suruh saya report tentang aktiviti boss."

Khayla memilih untuk berterus-terang. Ah, lantaklah apa yang akan jadi selepas ini. Dia sudah pening kepala. Asalkan Danish tidak mengesyaki tujuan sebenarnya untuk menjadi P.A lelaki itu dia sudah bersyukur.

"Huh." Hanya dengusan kasar yang terzahir di bibir Danish. Dia sudah dapat mengagak apa yang nenda mahukan.

"Kau jangan memandai report yang bukan-bukan. Sebelum kau report dengan nenda, kau kena beritahu aku dulu. If I say okey, baru kau boleh beritahu nenda. Faham?!" Danish bersuara tegas.

Khayla mengangguk bagai burung belatuk saja. Dia sanggup berbuat apa saja, asalkan dia dapat terus bekerja di firma gergasi itu. Misinya baru saja bermula. Tidak mungkin dia mengalah begitu saja.

"Good. Now, tell me about yourself." Danish menyambung bicara sambil sepasang matanya masih ralit memerhati setiap riak wajah si gadis cantik itu. Hatinya tertarik-tarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi.

"Err...I'm 26 years old. Graduan UTM." Khayla kembali resah dengan soalan terbuka oleh Danish itu. Sejauh mana dia perlu berterus-terang?

"Enough with the C.V. Beritahu aku apa yang kau tak tulis kat resume kau."

Danish mencelah. Dia sudah membaca resume Khayla. Apa yang dia mahu tahu, adalah sesuatu yang amat peribadi. Jadi dia menggunakan peluang yang ada untuk mencari informasi.

SEPARUH CINTA SEPARUH DENDAM (READY STOCK)Where stories live. Discover now