BAB 28

1.1K 59 3
                                    

           

BAB 28

Sungguh indah ciptaan tuhan. Gumpalan awan yang memutih itu memenuhi pandangan. Langit biru terbentang luas. Di dalam hati, dia bersyukur dengan nikmat tuhan. Jelas Khayla terpesona dengan keindahan alam semula jadi.

Terasa gerakan kecil di sisinya. Dia mengalihkan pandangan dari luar tingkap kapal terbang ke arah Danish yang sedang menggosok kelopak matanya itu. Sesekali pemuda itu menguap kecil tapi terus menalakan pandangannya ke skrin kecil di depannya itu. Danish masih lagi leka menonton filem Black Panther. 

Sedetik hati kecil Khayla bagaikan dihentak realiti kehidupan. Serentak mindanya memutarkan kembali perbualannya dengan Zulaikha beberapa hari lepas sebelum dia berlepas ke Kota London.

"Khayla janji akak, Danish akan jaga akak dengan baik. Dia lelaki bertanggungjawab, akak. Akak tak perlu takut." Khayla merenung dalam anak mata Zulaikha, menanti persetujuan daripada kakaknya yang masih berbolak balik, gagal membuat keputusan itu. 

"Tapi Khayla..." Zulaikha mengetap bibir geram sebelum bergerak ke arah tingkap di bilik tetamu itu. Di situ, Zulaikha sekali lagi bagaikan tenggelam dalam perasaannya sendiri.

Khayla bangun dari birai katil dan bergerak merapati Zulaikha yang sedang merenung jauh ke luar tingkap. Memandang titisan hujan yang turun menyembah bunyi di waktu malam itu.

"Tak ada tapi-tapi lagi akak, Khayla dah sembang dengan Kak Dina, bestfriend akak yang kerja kat lab tu. Dia boleh tolong buat DNA test untuk Daniel. Once Danish dah tahu hal sebenar, dia tak boleh nak lari lagi akak..."

Khayla mencapai kedua tangan Zulaikha dan menggenggam kemas sambil merenung tepat ke dalam anak mata hazel milik kakaknya itu. Di situ, dia temui ketakutan dan rasa bimbang. Khayla menghela nafas kasar. Buntu. Kenapa dia masih gagal meyakinkan kakaknya yang semakin suka berahsia itu?

"Tapi Khayla, what if... what if..." Zulaikha menggeleng resah. Dia melarikan pandangannya daripada terus direnung oleh adiknya itu.

"Dah tak ada what if lagi akak. Semua akan terbukti tak lama lagi." Khayla sudah bosan berbincang dan memujuk kakaknya itu. Dia nekad. Dia akan meneruskan rancangannya itu walaupun tidak mendapat persetujuan kakaknya.

Sesungguhnya dia rasa cukup tersepit dengan perasaannya sendiri yang mula mengkhianati dirinya itu. Entah kenapa, dia bagaikan mula pasti bahawa dia sebenarnya mula jatuh suka terhadap Danish. Ya, Danish yang sepatutnya menjadi bakal abang iparnya itu. Oh, kenapa dia perlu merasai segala getaran di jantungnya sedangkan lelaki itu adalah jodoh kakaknya?

Pap! Tiba-tiba bahu kanannya terasa berat ditimpa sesuatu. Segera dia menoleh ke sisinya. Nafasnya singkat apabila menyedari kepala Danish melekat di bahunya. Dadanya juga mula berdansa keriangan. Tidak! Dia tidak boleh membenarkan perasaan halus itu menguasai dirinya.

"Boss! Boss!" Tangannya mula menolak kepala Danish menjauh. Huh! Tidur mati. Setelah beberapa kali menolak kepala Danish supaya menjauh dari bahunya, barulah kepala pemuda itu tersadai di kerusi yang di dudukinya. 

Khayla menarik nafas lega dan mengurut dadanya yang masih bergetar hebat itu. Dia berbisik perlahan, mengulang ikrar di dalam diri bahawa dia akan menyelesaikan tugas berat yang dipikulnya itu sebelum menjauhkan diri daripada Danish. Gerak geri pemuda itu perlu diawasi sebelum dia memberitahu hal yang sebenar.

Bosan. Penerbangan ke Kota London masih jauh lagi. Dia mencapai novel di atas riba dan mula meneruskan pembacaannya. Lama kelamaan, kelopak matanya mula memberat. Dia mula tersengguk-sengguk ke kiri dan ke kanan. Tiba-tiba, kepalanya mula mendarat di bahu lebar milik Danish.

SEPARUH CINTA SEPARUH DENDAM (READY STOCK)Where stories live. Discover now