BAB 7

2.1K 68 4
                                    

T


TENGKU Danish melangkah santai ke arah pintu lif sambil menjinjing briefcase di tangan kanan. Tangan kirinya dilipat ke perut, menyepit sut hitam yang bakal digayakan dengan kemeja putih dan tali leher berwarna biru gelap itu. Seluar slacknya berwarna hitam pekat dilengkapi dengan kasut hitam berkilat. Sudah seminggu dia tidak hadir ke pejabat semata-mata ingin mencari ketenangan yang hilang di dalam hidupnya itu.

Dia pulang ke ibu kota dengan azam baru. Hala tuju hidupnya tidak akan diterajui sesiapa lagi. Dia bakal menentukan dengan siapakah dia bakal berkahwin dan dengan siapakah dia akan bekerja. Dia tidak akan tunduk hormat dengan kehendak nenda lagi. Berbekalkan azam baru itulah, dia mengorak langkah dengan penuh keyakinan di setiap urat sarafnya. Karismanya sebagai ketua syarikat terserlah.

Dia berselisih bahu dengan beberapa pekerjanya yang keluar bersarapan di warung mamak atau di kafe berdekatan. Para pekerjanya menyapa mesra sementara Danish hanya mengangguk kecil dengan senyuman nipis. Tidak semena-mena, perutnya juga mula berdendang sayang. Sudah terbayang-bayang nasi lemak di gerai Nasir yang amat digemarinya itu. Namun, dia melepaskan keluhan kecil kerana sedar dia tiada pembantu peribadi untuk melayan kerenahnya lagi.

Butang lif ditekan kasar sambil matanya memandang gerakan nombor lif yang bergerak ke atas itu. Sebelah tangannya naik menyelak juntaian rambutnya yang jatuh terurai menutupi sebahagian dahi luasnya itu. Sesekali dia mengerling jam di tangannya yang sudah menunjukkan angka 8.15 pagi.

Bunyi dentingan lif membawa langkah kaki Danish ke dalam perut lif. Sewaktu pintu lif hampir tertutup rapat, tiba-tiba pintu lif kembali terbuka. Terpacak seorang gadis yang berpakaian blouse hitam serta seluar slack berwarna biru gelap. Gadis itu sedang menyelongkar sesuatu di dalam beg tangannya. Di bahu gadis tinggi lampai itu tersandang beg galas. Manakala sebelah bahunya yang menggalas beg tangan itu turut memegang secawan kopi yang mengeluarkan aroma yang cukup menyegarkan. Kembang rongga hidung Danish di saat menghirup aroma kopi Starbucks di genggaman gadis itu.

Sewaktu pintu lif hampir tertutup barulah gadis itu mengangkat wajah. Terpegun dengan sepasang mata bulat berwarna hazel itu, segera Danish memanjangkan tangan menekan butang buka. Pintu lif kembali terbuka luas.

Terkocoh-kocoh Khayla melangkah masuk ke dalam perut lif sambil membetulkan tali beg tangannya yang melorot turun ke sikunya itu. Ketika dia berusaha untuk menolak naik tali beg tangannya itu dengan tangan kirinya, tidak semena-mena secawan kopi di genggamannya terlepas daripada tangannya.

"Aduh!" Suara garau seorang lelaki membuatkan dunia Khayla bagaikan berhenti berputar dari paksinya. Mulutnya ternganga luas. Matanya terbuka luas memandang percikan air kopi panas yang menyimbah sebahagian baju kemeja putih bertali leher biru itu. Lelaki berdada bidang itu terlompat-lompat kecil sambil mengibas jari jemarinya di dadanya yang mula melekit dibasahi air kopi milik Khayla itu. Si gadis semakin kalut.

"Encik...encik...saya..saya minta maaf. Saya..." Seiring dengan ungkapan maafnya itu, tangan Khayla lekas menjamah baju kemeja yang kotor dan melekat di dada lelaki itu. Segera dilarikan jari jemarinya cuba mengurangkan kotoran yang mula berbekas itu. Tiba-tiba tangan kirinya itu ditangkap oleh tangan kasar milik lelaki berbadan sasa itu.

SEPARUH CINTA SEPARUH DENDAM (READY STOCK)Where stories live. Discover now