BAB 17

1.3K 53 2
                                    

           

Fikiran Danish terganggu. Dia tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap kerja. Hatinya masih panas dengan kunjungan bekas tunangannya itu. Kalau diikutkan rasa hatinya itu, mahu saja dia lempang betina sundal itu. Dia tidak akan kutip balik bekas orang lain. Dia mencampakkan pen ke atas meja sebelum bangun bercekak pinggang. Helaan nafas kasar berlumba-lumba keluar dari rongga hidungnya.

            "Please, tolong I Khayla..." Damia masih merayu-rayu.

            "Tapi Damia...saya..." Khayla semakin serba salah.

"Apa kau buat tu Khayla?" Tiba-tiba, suara Danish melengking di udara. Hatinya semakin panas melihat Khayla yang masih melayan kerenah Damia itu.

Pantas Khayla berdiri sambil menggeleng laju. "Huh? Tak...tak ada apa-apa Boss!"

Danish mengetap rahang bawah sekuat hati. "Kau buat apa lagi kat sini Damia? Pergi! Berambus!"

"Fine! Tapi I akan buat you menyesal putus tunang dengan I!" Damia menunjuk jari telunjuk ke arah Danish. Merah mukanya menahan malu dihalau oleh lelaki yang berhati batu itu.

"Huh! Siapa yang datang merayu-rayu depan aku sekarang? Kau ke aku?" Danish menempelak geram.

"Huh!" Damia membentak marah dan terburu-buru melangkah keluar dari medan pertengkaran itu.

Danish memalingkan mukanya ke arah Khayla yang termangu menyaksikan kemelut di dalam hidupnya itu. "Khayla. Ingat, kau jangan kasi muka dekat perempuan miang tu. Kau jangan benarkan si Damia tu masuk pejabat aku lagi. Faham?"

"Faham, boss."Khayla mengangguk laju. Dia sendiri sesak nafas melihat suasana tegang tadi. Si Danish ni garang macam singa lapar.

"Good. Now, cancel meeting I today." Danish memberi arahan sambil menyeluk poket seluarnya.

"Tapi boss..."

"Shh...I need to calm down. Just do what I say."

"Okey boss."

Danish melangkah keluar dari pejabat dan memandu ke arah Tasik Titiwangsa. Di situ dia cuba mencari ketenangan diri. Sesekali hatinya mula rindukan Humaira. Cinta pertamanya yang dihalang oleh nenda itu. 

KHAYLA memeluk tubuh sambil menebar pandangan ke arah bangunan yang bercerakan di depan matanya itu. Entah kenapa, dia rasa tenang ketika berada di atas rooftop. Bagaikan tempat itu menjadi tempat rahsianya menenangkan fikiran pula. Mindanya berputar ligat merencana apakah peluang untuknya mendapatkan bukti bahawa Tengku Danish adalah orang yang bertanggungjawab di atas apa yang terjadi terhadap Zulaikha. Ya, dia perlukan rambut Danish untuk buat ujian DNA. Barulah dakwaannya itu akan terbukti. Lelaki itu pun tidak akan dapat menafikan kesilapannya lagi.

"Ehem...ehem..." Suara seorang lelaki dari arah belakang membuatkan Khayla terlompat kecil. Segera dia memusingkan badan menghadap lelaki yang sedang tersenyum mesra ke arahnya itu.

"Oh...Tengku Zayyad."

"Jauh awak mengelamun. Saya duduk sebelah awak dari tadi lagi, tapi awak tak perasan pun." Zayyad berjalan beberapa langkah merapatkan jurang antara mereka berdua.

"Sorry...saya tengah fikir pasal hal kerja tadi." Khayla memberi alasan. Dia turut melarik senyuman nipis, cuba menutupi keresahan di hatinya itu.

"Dan buli awak ke?" Zayyad senang melihat gadis cantik yang ingin didekatinya itu berada di tempat sunyi sebegini. Senang sikit untuknya memulakan operasinya. Dia merenung sepasang mata hazel yang mengocak sekeping hatinya itu.

"Err...tak ada lah. Biasalah kerja. Saya pun baru kerja P.A, tak ada pengalaman. Memang patut kena marah." Khayla melarikan pandangan ke arah lain. Tidak betah membalas renungan hangat Zayyad yang bagaikan ingin menerobos benteng hatinya itu. Apa yang Zayyad nak daripada aku?

SEPARUH CINTA SEPARUH DENDAM (READY STOCK)Where stories live. Discover now