BAB 29

1.1K 50 7
                                    

           

BAB 29: SWEET MOMENTS IN LONDON

Usai mesyuarat petang Selasa itu, Khayla dan Danish menaiki teksi untuk pulang ke hotel. Separuh perjalanan, suara Khayla memecah kebisuan antara mereka berdua. 

"Boss, hotel kita dekat je kan dengan Hyde Park?" Jauh di benak fikiran, Khayla sudah merancang untuk ke tempat yang diidamkannya sejak alam remaja. Sejak dia mula meminati genre 'historical romance', dia sudah memasang impian untuk melawat Hyde Park, salah satu tempat yang sering disebut di dalam novel-novel itu. Jadi, ini adalah peluangnya untuk ke Hyde Park dan lari daripada kehadiran Danish yang sering kali menggangu ketenangannya itu.

"Yes. 7 minutes by car? Why?" Sedikit ceria dengan soalan Khayla itu kerana sedari tadi gadis itu lebih senang berdiam diri atau menjadi 'Yes Boss!' saja. Dia buntu. Kenapakah si minah comel itu tidak seceria dulu? Apakah yang mengganggu fikiran Khayla.

"Nothing." Khayla menggeleng laju. Dia kembali menalakan pandangan ke luar tingkap teksi.

"Kau nak pergi sana?" Berusaha menarik perhatian si gadis adalah antara keutamaannya sekarang. Maka, Danish ingin memenuhi keinginan gadis itu.

"Nak!" Tanpa sedar, ayat itu terpacul daripada mulut Khayla. Setelah menyedari kekhilafannya itu, Khayla terpaksa menggigit bibir bawahnya. Alamak, macam mana aku boleh tersasul ni? Khayla mula tidak senang duduk.

"Jom." Danish segera memberitahu pemandu teksi tentang destinasi terbaru mereka berdua.

Hyde Park ialah salah satu taman bersejarah dan terbesar yang terletak di tengah-tengah Kota London. Mereka menyelusuri jalan yang dipenuhi orang ramai yang menikmati suasana waktu petang sambil berbual bersama teman dan taulan. Kehadiran pelancong juga turut memeriahkan suasana. Cuaca yang agak baik tanpa hujan atau salji itu membuatkan ramai orang memilih untuk menghirup udara segar.

Mereka berhenti seketika di Tasik Serpentine. Kelihatan beberapa ekor Swan putih berenang di tasik. 

"Wow! This is it! I love this place." Senyuman lebar menghiasi wajah cantik milik Khayla. Tangannya mencapai telefon pintar untuk merakam gambar pemandangan yang memikat hatinya itu.

"Kenapa?" Danish memasukkan kedua tangannya ke dalam kocek seluar. Matanya tidak lepas memerhati gelagat si buah hati.

"Because I always read about Hyde Park in historical novels. Tapi sekarang baru boleh tengok depan-depan. Cantik." Tangannya masih ralit merakam keindahan alam semula jadi itu.

"Meh sini aku tolong ambik gambar kau." Jejaka itu menawarkan diri untuk menangkap gambar Khayla. Segera Khayla menghulurkan telefonnya ke arah Danish. Si gadis mula menggayakan beberapa pose kegemarannya.

"Hmm. Lawa." Pujian mula meniti di bibir Danish. Dia gembira meluangkan masa bersama Khayla. Jauh dari nenda serta warga pejabat. Dia rasa amat serasi bersama gadis bertudung itu. Tenang hatinya setiap kali melihat senyuman di bibir Khayla.

"Thanks boss!" Telefon pintar bertukar tangan. Khayla mula sibuk melihat gambar-gambar yang dirakam oleh Danish sebentar tadi. Hmm. Ada bakat fotografi. Dia berpuas hati dengan hasil kerja Danish.

"Boss, jom pergi sana." Khayla menuding jari ke arah pepohon rendang, di bawahnya terletak beberapa bangku untuk pelawat.

"Khayla, kejap. Jom selfie." Danish mengeluarkan telefonnya dan menggamit Khayla rapat ke sisinya.

Khayla rasa amat kekok sekali. Ini adalah kali pertama dia berbual mesra dengan jejaka tampan itu tanpa ada sengketa di antara mereka. Tambahan pula, ini adalah kali pertama mereka berswafoto bersama. Senyuman yang cuba diukir agak kaku.

SEPARUH CINTA SEPARUH DENDAM (READY STOCK)Where stories live. Discover now