BAB 20

1.3K 50 7
                                    

           

BAB 20

"Akak... Khayla dah jumpa Tengku Danish!" Diam. Wajah Zulaikha yang amat dirinduinya itu direnung dalam. Dia terus mencari sebarang reaksi daripada kakaknya itu. Namun, hampa. Zulaikha hanya terkebil-kebil memandangnya. Jarang benar kakaknya itu sudi berhubung dengannya melalui Skype. Entah mengapa, kakaknya lebih senang menyendiri. Dia rasa semakin jauh dan asing. Tidak rindukah Zulaikha terhadap mak, abah dan dirinya di semenanjung ini?

"Akak...akak dengar tak apa yang Khayla cakap tadi? Khayla dah jumpa Tengku Danish!"

Khayla menguatkan suara, mungkin Zulaikha tidak mendengar celotehnya tadi. Dia membetulkan kedudukan laptop di atas ribanya sebelum kembali bersandar ke kepala katil. Sebaik saja pulang daripada hospital pukul 8 malam tadi, dia terus menghubungi Zulaikha. Sudah tidak sabar untuk melaksanakan rancangan sulitnya. Beberapa helai rambut Danish sudah berada di tangannya.

"Err...Khayla jumpa dia kat mana?"

Sedikit gugup dan resah suara yang keluar dari kerongkong Zulaikha. Dia menelan air liur kelat. Tidak pernah menyangka adiknya itu akan berbicara secara terbuka tentang Tengku Danish, lelaki yang merampas maruah dirinya itu.

"Khayla kerja dengan dia sekarang. Khayla nak balas dendam dengan dia. Sebab dia dah hancurkan hidup akak dan Daniel!"

Si adik memberanikan diri memberitahu agenda sebenarnya mendekati Danish. Dia akan menegakkan keadilan bagi pihak Zulaikha dan anak saudaranya itu. Mereka berdua tidak sepatutnya dihukum oleh abah.

Khayla yakin, lelaki itu perlu disedarkan tentang tanggungjawab dan pentingnya maruah seseorang. Api kemarahannya yang hampir terpadam itu kembali membara. Mungkin Danish berhati mulia kerana sanggup menyelamatkan nyawa Pak Andi. Tapi dia ada sisi gelap yang disembunyikan daripada khalayak ramai. Khayla akan menyelidik dan membongkarkan segala rahsia yang disimpan kemas oleh lelaki itu.

"Khayla... how is he?" Suara Zulaikha berjaya menarik perhatian Khayla yang sibuk memikirkan Danish yang terbaring di hospital itu. Kasihan tapi lelaki itu perlu membayar setiap dosa masa silamnya itu.

"Dia garang gila akak. Macam singa lapar je. Serius, moody memanjang." Tanpa berfikir panjang, laju saja lidah Khayla mengumpat si Danish.

"Hmm..." Zulaikha berpura-pura tidak berminat mendengar cerita Khayla. Namun, hatinya bergetar hebat. Luka lama kembali berdarah. Pedih. Sakit.

"Akak tak nak balik KL? Tell him the truth?"

Melihat perubahan air muka kakaknya yang semakin keruh itu, Khayla segera melontar soalan paling penting di dalam hidupnya itu. Adakah Zulaikha tidak pernah berdendam dengan Danish? Lelaki itu adalah pemusnah masa depan Zulaikha. Kerana Danish, mereka terpisah. Keluarga mereka pincang sejak pemergian Zulaikha. Mak memendam rasa. Abah kecewa. Dia tersepit, kehilangan kasih sayang daripada kakak kesayangannya.

"Khayla...akak tak nak panjangkan kisah lama. Biarlah dia dengan hidup dia."

Lemah saja tutur bicara Zulaikha. Dia sendiri belum mampu memaafkan diri sendiri. Jika terpaksa berdepan dengan sejarah silamnya itu, mampukah dia membenteng tembok hatinya daripada terus menaruh perasaan terhadap Danish? Sumpah, dia bencikan Danish. Tapi pada masa yang sama, ada benih kasih dan cinta yang terpahat di dasar hatinya.

"Akak...takkan akak nak biarkan dia lepas macam tu saja. Mana aci. Kesian kat Daniel. He should pay for what he did to you and Daniel! He is super damn rich, he should at least pay for his sins!" Tinggi suara Khayla bertingkah, menyuarakan suara hatinya yang tersembunyi selama ini. Dia tidak puas hati dengan jawapan Zulaikha.

SEPARUH CINTA SEPARUH DENDAM (READY STOCK)Where stories live. Discover now