BAB 9

2.1K 50 5
                                    

WAKTU bagaikan berhenti berputar. Hanya panahan mata masih bersabung beradu pandang. Si dara menanti dengan penuh debar. Si jejaka menyimpul bibir sambil matanya terus menikam tepat ke anak mata hazel itu.
      Ada satu tali halus yang mula berkait. Ada satu rasa aneh yang mula menyelusup masuk. Kedua-duanya bagaikan tenggelam dalam satu rasa yang sukar digambarkan oleh kata-kata.
     Namun, ada ego yang menghalang. Ada jati diri yang membenteng diri daripada ditarik ke dalam kolam rasa yang cukup aneh itu. Danish tersentap dengan bisikan hati kecilnya. Segera dia berdehem sambil menggeleng.
       "No. The answer is no. I'm not going to hire you as my P.A!" Tegas suara Danish memberi kata putus. Muktamad!
      "What? Apa maksud awak? Maknanya awak sanggup kalau saya upload foto-foto awak tu?" Khayla semakin berani mengugut. Dia sendiri kurang pasti. 'Adakah foto-foto separa bogel lelaki itu wujud?'
     Danish jugkit kedua belah bahunya serta mencemik bibir. "Ya silakan Cik Khairunnisa Khayla. Just remember one thing, you'll face my lawyer. You're breaching my privacy here!"
     Khayla telan air liur pahit. Dahinya berkerut-Kerut memikirkan peluangnya semakin tipis. Belum apa-apa, dia sudah ketemu jalan buntu. Lelaki di depannya itu bukan calang-calang orangnya. Ugutannya tadi langsung tidak berbekas di hati Danish!
    "But you owe me something. So in return, you need to hire me!" Khayla terjerit kecil. Perasaannya semakin tidak keruan.
    Sekali lagi Danish tersenyum sinis. Perempuan ni memang psiko!
    "Hmmm... about your phone, I'll compensate you. Double!" Danish angkat dua jari sambil digoyangkan beberapa kali di depan muka si minah sewel itu.
     Khayla semakin dipagut resah. Dendam yang memuncak di dadanya itu semakin menekan kamar hatinya. Kalau diikutkan hati yang sakit, mahu saja dia tampar muka lelaki jahannam itu. Mukanya sudah pijar merah menyala.
     Danish sudah malas membazir masa bertekak dengan perempuan otak tiga suku itu. Dia positif dia tidak boleh bekerja dengan perempuan itu. Lantas dia memusingkan badan meninggalkan gadis itu terpinga-pinga di depan muka pintu biliknya.
     Khayla mengekori langkah kaki Danish yang bergerak ke meja kerjanya itu. Ruang kerja lelaki itu amat luas. Terdapat sebuah meja kerja di satu sudut bilik. Di kirinya terletak sofa panjang yang mengililingi meja kaca dan membentuk empat segi.
    Danish menukar haluan sebaliknya menuju ke tempat dia menyangkut baju-baju kerjanya. Dia rasa tidak selesa ditatap sepasang mata hazel itu.  Baju kemeja yang berkedut itu terpaksa disarung ke badan.
      Khayla menelan air liur sewaktu melihat otot-otot di belakang lelaki itu yang bergerak selari dengan gerakan  Danish yang sedang menyarung kemeja itu. 'Khayla, wake up! Dia musuh kau!'. Sebelah tangannya menampar kecil mukanya. Cuba menyedarkan diri bahawa dia tidak sepatutnya tergoda dengan tubuh sasa yang amat seksi di matanya itu.
    "Dah puas skodeng aku?" Tempelak Danish dengan suara yang amat angkuh. Dia melarik senyuman herot ke kiri sambil menatap lirikan mata si gadis yang sedang memerhati tubuhnya itu.
    Khayla tersentak. Panahan matanya bersabung dengan renungan Danish yang sedang menangkap gerak gerinya itu melalui cermin tinggi setinggi lelaki kacak itu. Segera dia melarikan wajahnya yang sudah rentung seperti dibakar dalam oven itu. 'Mati aku!' Khayla menggigit bibir.
    Danish tertawa kecil sambil membutang baju kemejanya. Entah kenapa dia mula terhibur dengan aksi malu kucing perempuan itu. Kemudian barulah dia bergerak ke meja kerjanya.
   Khayla masih berharap. Dia memandang muka Danish yang tunduk menulis sesuatu itu. "Tengku, please. I really need this job. Please..." Khayla sanggup merayu-rayu, merendahkan maruahnya demi Zulaikha. Yang pasti, dia perlu memastikan lelaki itu masuk perangkap yang bakal dicipta olehnya.
     Si jejaka tetap dengan keputusannya. Dia tidak akan lemah dengan godaan perempuan. Apatah lagi si gadis lawa di depan matanya. Dia bimbang  andai dirinya akan terperangkap lagi dalam sandiwara gadis cantik yang sudah pasti akan menyusahkan hidupnya nanti.   Cukuplah sekali dia membiarkan si Damia bermain wayang di belakangnya.
     "Nah." Danish menghulurkan sekeping cek bernilai sepuluh ribu ringgit kepada Khayla.
    Buntang mata Khayla melihat cek di depannya itu. Bertambah terkejut tatkala melihat angka yang tertera. Hatinya semakin terbakar hangus. 'Dia ingat aku ni pokai sangat ke sampai terhegeh-hegeh mintak duit?' Maruah Khayla tercabar. Dia berbolak balik. Kalau diikutkan hatinya yang marah, mahu saja dia melangkah pergi dari medan debat itu. Mahu saja dia mencantas peluang untuk membela nasib Zulaikha. Tapi...
    "Hei, kau tak nak duit ke Cik adik oiiii?" Sergah Danish kurang sabar.
     Khayla menggeleng laju sambil menatap sinaran mata hitam Danish yang amat dingin itu.
    "Saya perlukan kerja Tengku Danish. Berilah saya peluang untuk bekerja walaupun sebulan. Saya sanggup." Si gadis masih bersungguh-sungguh menagih simpati Danish. Maruah diri terpaksa ditolak ke tepi. Dia perlu berkorban!
    "Take it! Aku tak suka berhutang!" Danish menghela nafas keras sambil mencapai tangan Khayla dan meletakkan cek itu ke telapak tangan si gadis.
   Khayla menolak seraya menjerit kecil. "Please Tengku... saya janji saya akan buat yang terbaik. I really need this job!"
    "Huh, but I don't need you here young lady. Now, go!" Danish bersuara tinggi.
    Khayla masih terpaku di tempat dia berdiri di tengah-tengah ruang kerja Danish.
   "Go! Keluar sebelum aku panggil sekuriti!" Danish menjerkah dengan suara yang kuat bagaikan halilintar. Mukanya kelihatan amat bengis dan menakutkan sekali. Tangan kanannya menuding ke arah muka pintu.
    Bergetar dada Khayla tersentap dengan tengkingan jantan keparat itu. Di matanya si Danish itu memang layak dilanggar treler saja. Berlagak, angkuh, bongkak dan amat garang sekali!
   "Take the cheque and go away!" Jerit Danish kuat sehingga menampakkan urat-urat di lehernya.
   Sekeping hati Khayla semakin terusik diherdik sebegitu rupa oleh lelaki itu. Dia meramas cek di tangan menggambarkan kemarahan hatinya. Dia menentang renungan tajam Danish dengan pandangan berapi-api. Namun, otak warasnya menegah lidahnya daripada meluahkan isi hati yang terbuku itu.
     Danish merengus marah dengan aksi Khayla yang begitu berani melawan pandangannya itu. Biasanya semua orang akan takut jika dia mencerlung marah. Tapi lain pula dengan aksi gadis itu.
    Khayla menarik nafas panjang dan mengangguk laju. Dia ada cara tersendiri untuk memaksa Danish mengambilnya bekerja. Lalu dia mengundur diri keluar dari bilik CEO tanpa berkata apa-apa.
   Danish tercengang-cengang dengan aksi Khayla itu. 'Huh, perempuan semua sama. Nak kikis harta aku saja. Sama macam Damia!' Getus hati kecil Danish di saat tubuh Khayla menghilang di sebalik daun pintu.
   Khayla menutup muka dengan kedua tapak tangan. Entah kenapa hati kecilnya terguris dilayan bagaikan perempuan hina oleh Danish. Urat lehernya terasa amat tegang akibat bertikam lidah dengan seteru No. 1 dalam hidupnya itu. Adakah dia silap perhitungan? Karakter lelaki itu amat sukar untuk dijinakkan! Bagaimana dia ingin meneruskan niatnya itu? Dia buntu!
   Lama berfikir dia akhirnya memutuskan untuk menghubungi Tengku Anisah.
    "Assalamualaikum nenda..."
    "Khayla, dah mula kerja hari ni kan?" Suara Tengku Anisah bertanya membuatkan Khayla semakin gelabah. Sanggupkah dia berdepan dengan orang-orang penting di dalam hidup Danish setelah dia membalas dendam nanti? Mampukah dia mengkhianati kepercayaan nenda?
     "Err... ya nenda. Tapi... saya ada masalah besar. Tengku Danish tak nak terima saya sebagai P.A dia. Dia pecat saya." Adu Khayla dengan suara yang sayu.
   "Hmm... tak apa. Nanti nenda ke pejabat Danish ya." Jawapan nenda itu berjaya membuatkan Khayla menarik nafas lega. Dia mengangguk laju.
   "Terima kasih, nenda."
    Talian telefon dimatikan. Khayla menggenggam tangan cuba mencari kekuatan di dalam diri. Dia memandang tas tangan dan beg sandangnya yang diletakkan di atas meja kerja di luar bilik CEO itu. Segera dia melangkah ke arah tas tangan dan mengambil minyak cap kapak sebelum disapu ke pelipisnya yang terasa sakit itu.
    Kemudian dia menjeling jam di tangan kirinya. Mungkin masih sempat untuknya keluar mencari ketenangan diri daripada  ruang kerja yang amat menyesakkan dadanya itu.
   Kakinya melangkah ke arah taman mini di atas rooftop itu. Di situ, dia menarik nafas panjang dan memejamkan mata rapat.
   "I can do it! I can do it. I can do it!!!"jerit Khayla sekuat hati, meyakinkan dirinya sendiri yang berbolak balik dengan keputusannya untuk menegakkan keadilan bagi pihak kakaknya itu.
    Seorang lelaki yang sedang leka menghisap rokok tersentak mendengar jeritan seorang perempuan di hujung sana itu. Dia memanjangkan lehernya mengintai si gadis yang terlindung dengan beberapa pohon bunga yang sedang kembang mekar itu.
   "I know I can do it!!!" Khayla mengulang kembali lafaz janjinya dengan menggenggam kedua tangannya.
    Zayyad tergelak kecil melihat aksi gadis muda bertubuh tinggi lampai itu. Hatinya mula tertarik untuk mengenali si gadis yang begitu berani ke taman mini Danish itu. Hanya dia yang berani menceroboh taman mini sepupunya yang amat sukakan privasi itu. Dia sering lepak di taman mini itu sambil menghabiskan beberapa putung rokok. Danish tahu dia seorang saja yang tak makan saman!
   Dia memijak putung rokok sehingga mati apinya sebelum melangkah ke arah perempuan cantik itu. Hmmm...sisi muka si gadis itu tampak cukup cantik. Hidung mancung. Kulit putih bersih.
   "I. Can. Do. It!!!" Sekali lagi Khayla menjerit sekuat hati ke arah puncak-puncak bangunan yang berceracakan menujah awan. Dadanya beralun seiring dengan ikrarnya itu.
   " I believe you can do it!" Seru Zayyad dengan senyuman nakal.
   Khayla terlompat kecil seraya berpaling ke arah suara serak basah yang menyapa telinganya itu. Serentak kakinya berundur ke belakang terkejut beruk dengan teguran lelaki bertubuh tinggi dan berkulit sawo matang itu. 'Syarikat ni ambil semua lelaki kacak bekerja di sini ke? Kacak!'
   "Awak siapa? Kenapa awak boleh ada kat sini?" Khayla memberanikan diri menyoal jejaka tampan yang berbaju Tshirt lengan pendek serta berseluar jean itu.
   Zayyad melarik senyuman seksi sambil menyelak rambutnya yang berterbangan diterjah angin itu. "Saya yang sepatutnya tanya awak siapa dan kenapa awak boleh ada kat sini?"
   Khayla terpana seketika mendengar suara pemuda itu yang amat rendah itu. "Err... saya Khayla. P.A baru tuan CEO." Dia lebih suka berterus terang.
   Senyuman mesra Zayyad mati tiba-tiba. 'Huh, P.A Dan rupa-rupanya.' Keinginannya untuk berkenalan dengan si Khayla itu kuncup. Lalu dia mengangguk lemah sambil menyeluk saku seluarnya.
   "Boleh saya tahu encik siapa?" Khayla ingin memanjangkan perbualan singkat itu. Manalah tahu jika pemuda kacak itu boleh dibuat teman sewaktu bekerja di syarikat gergasi itu.
   "Saya Zayyad. Kerja di bahagian marketing." Sengaja Zayyad tidak berterus terang tentang statusnya di syarikat itu. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman.
   Khayla menggeleng seraya meletakkan sebelah tangannya ke dadanya tanda dia menjaga adab antara bukan muhrim. Bibirnya dijungkit ke atas mempamerkan sebaris gigi putihnya yang tersusun rap itu.
    Zayyad tertawa kecil sambil mengepal tangannya yang tergantung di udara itu. Khayla turut ketawa kecil.
    'Cantik!' Zayyad terpukau dengan sinar mata hazel yang berkilau indah itu. Senyuman itu juga mula mengocak hatinya.
    Dia kembali menyeluk saku seluar. "Awak baru masuk kerja hari ni ke Khayla?"
   "Ya. Hari pertama. Nervous! Boss garang sangat." Tanpa sedar, Khayla mengadu tentang Tengku Danish.
   "Hahaha. Hati-hati. Boss you tu telan orang." Bisik Zayyad dengan suara dan mimik muka serius.
    Khayla membulatkan mata seiring dengan helaan nafas yang agak keras. "Maksud awak...?"
    "Awak akan dipecat dalam masa 24 jam!" Sahut Zayyad selamba.
   Mulut Khayla semakin berpasir. Jadi dia masuk sarang singa? Dia telah dipecat dalam tempoh kurang dari sejam.
   "Err...saya baru kena pecat." Luah khayla dengan nada syahdu. Dia tunduk menekur lantai. 
   "Hahaha" Tawa Zayyad terburai. Geli hati melihat reaksi gadis ayu itu.
   Segera Khayla mengangkat muka, memandang Zayyad dengan perasaan geram. Tak pasal-pasal dia kena gelak dengan lelaki yang sedang curi tulang itu.
   "Tak baik tau gelakkan saya."
   "Sorry, sorry. It is so funny. Dan is the worst CEO ever." Sempat lagi Zayyad mengutuk sepupunya itu.
   "Dan...?"
   "Yes. Dan is my cousin." Ujar Zayyad bersahaja.
   Sekali lagi berubah riak muka Khayla. Jelas terperanjat dengan maklumat yang baru didengarinya itu. 'Cis, patutlah handsome, spesies mamat sekor tu ke?' Cemuh Khayla, mula sakit hati kerana rasa dipermain-mainkan oleh Tengku Zayyad itu.
   "Don't worry young lady. Kalau Dan tak nak ambil awak bekerja dengan dia, awak boleh jadi my P.A." Zayyad mengenyit mata nakal. Dia boleh jadikan Khayla sebagai 'Pembantu Peribadi', peneman di kala sunyi nanti. Barulah tidak bosan bekerja di syarikat itu.
   "Thanks for your offer Tengku Zayyad. But I really need this job. Nenda dah lantik saya sebagai P.A Tengku Danish." Khayla bersuara tegas.
   Sekali lagi Zayyad ketawa lepas. Si gadis itu amat menarik di kaca matanya. Dia semakin terhibur.
   "This offer stands Khayla. Come to me when he fires you again." Seru Zayyad dengan sebelah kenyitan mata yang amat nakal.
   Khayla mencemik geram. Zayyad mengeluarkan telefon pintarnya sebelum merakam wajah gadis bermata hazel itu.
   Klik! Klik!
  Khayla melarikan wajah yang berona merah jambu itu. "Tengku Zayyad, please... saya tak selesalah." Khayla menghadang aksi Zayyad dengan lima jarinya.
   "Hahaha. Awak cantik." Puji Zayyad sambil meneruskan aksinya merakam foto Khayla itu.
   "Tengku, please..." rayu Khayla semakin resah.
   "Okay. I'm so sorry. You're just so beautiful." Zayyad mula masuk jarum. Khayla tertunduk malu dipuji oleh lelaki kacak itu.
     "Here's my card. You can contact me anytime." Ujar Zayyad seraya menghulurkan kad perniagaannya.
   Khayla terlongo memandang tulisan yang tertera di kad perniagaan itu. 'Group Chief Marketing Officer'. Dia terkebil-kebil memandang muka Zayyad.
   "Call me..." Zayyad menunjukkan telefon pintarnya ke arah Khayla sambil tersenyum mesra. Dia berjalan mengundur seraya terus menunggu reaksi Khayla.
   Si gadis melarikan wajah kerana tidak sanggup melihat senyuman nakal lelaki itu. 'Wow, hidupnya akan berubah dengan kehadiran Tengku Danish dan Tengku Zayyad. Dua-dua kacak, tapi perangai jauh berbeza. Bagai langit dan bumi saja. Ketara perbezaannya.'

💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖

Hope you all like it. Happy Readings!

24 August 2018
5.45 pm

SEPARUH CINTA SEPARUH DENDAM (READY STOCK)Where stories live. Discover now