BAB 24

1K 41 2
                                    

BAB 24

"TAPI...tapi kenapa boss?" Suara Khayla tersekat-sekat. Resah. Gelisah. Dia memberanikan diri menikam sinar mata hitam si jejaka di depannya itu.

Danish menggeleng kasar sambil menyimpul bibir. Dadanya berombak kencang. Biarpun sudah ada sekelumit perasaan suka terhadap gadis cantik itu, dia nekad untuk membuat keputusan muktamad. Dia tidak ingin terjebak dalam masalah cinta. Perempuan itu tidak layak untuk menjadi rebutan di antara dirinya dan Zayyad. Sekali menjadi kekasih Zayyad, dia tidak akan sesekali menyukai orang yang sama. Dia rela membuang rasa kasih yang mula bercambah itu. Dia rela.

"Boss? Kenapa boss nak pecat saya? Apa saya salah saya kali ni?" Nada suara Khayla sudah naik satu anak tangga. Dia perlukan penjelasan. Adakah Zayyad sudah berterus terang? Bermakna Danish tahu rahsia dirinya? Sebab itu dia dipecat oleh Danish? Huh! Dia rasa macam nak cekik saja leher Zayyad!

"You're fired! Final! Fullstop!" Kasar suara Danish menoktahkan titik pertemuan antaranya dan Khayla. Melantik Khayla sebagai pembantunya adalah satu kesilapan besar.

"Tapi kenapa...? Boss dah tahu...?" Seketul air liur Khayla tersangkut di kerongkong. Dadanya rasa mahu pecah saja. Adakah segala rahsia yang cuba diselindunginya sebelum ini sudah sampai ke pengetahuan Danish?

"Huh! Tahu yang kau tengah hangat bercinta dengan Zayyad?" Panas hati. Danish bingkas bangun bercekak pinggang. Rahangnya dikacip sekuat hati. Kalau ikutkan rasa sakit hatinya itu, mahu saja dia menghalau Khayla keluar dari bilik kerjanya!

Khayla terperanjat besar. Matanya membulat, terkejut sakan dengan tuduhan liar Danish itu. Sejak bila pula dia bercinta dengan Zayyad?

"Err...saya tak bercinta dengan Tengku Zayyad. Sumpah!" Khayla mengangkat sebelah tangan umpama berikrar. Sedikit rasa lega menjalar masuk setelah menyedari kemarahan Danish adalah kerana lelaki itu menyangka dia sedang bercinta dengan Zayyad. Nasib baik Zayyad tak beritahu hal yang sebenar. Kalau tak, habislah rancangannya itu.

"Huh! Kau tak perlu tipu aku Khayla. You're fired. Tak faham bahasa ke?" Danish membentak marah. Muka polos yang tampak cukup naif itu semakin menggugat kesabarannya.

"Dan!" Suara Anisah melantun kuat menyebabkan Danish dan Khayla berpaling ke arah nenda yang sedang berdiri di muka pintu bilik CEO itu.

Anisah merenung tajam kedua anak teruna dan dara yang sedang bertegang leher sedari tadi. Sejak tadi Anisah menjadi pemerhati perang mulut antara Danish dah Khayla. Dia perlu masuk campur. Jelas di mata tuanya bahawa si Danish itu cemburu buta. Takkan lah Zayyad keluar makan tengah hari dengan Khayla pun Danish boleh mengamuk sampai mahu pecat pembantunya itu?

"Nenda..." Khayla berlari anak mendapatkan Anisah yang sedang melangkah masuk ke medan pertempuran itu. Dia yakin Anisah dapat menyelamatkannya daripada api amarah Danish itu.

"Dan! Apa yang Dan tengah buat ni? Dan tak boleh pecat Khayla!" Nenda mengambil tempat duduk di kerusi di depan meja kerja Danish. Sementara itu, Khayla berdiri di belakang kerusi nenda. Masih takut dengan reaksi negatif Danish yang mendengus marah itu.

"Nenda. Keputusan Dan muktamad. Kalau nenda sayang sangat kat Khayla tu, nenda ambik lah dia jadi P.A nenda!" Tegas suara Danish memuntahkan keputusannya. Dia tidak akan membiarkan Khayla memporak perandakan perasaan dan fikirannya lagi. Semua perempuan sama saja! Gatal merenyam tak bertempat!

"Dan...cuba cerita dengan nenda, apa salah Khayla?" Anisah bersuara setenang mungkin. Riak wajah cucunya itu diperhati penuh minat. Setiap kerutan di dahi serta mimik muka cucunya itu sudah dapat diagak. Huh...orang muda zaman sekarang...

SEPARUH CINTA SEPARUH DENDAM (READY STOCK)Where stories live. Discover now