BAB 22

1.3K 41 5
                                    

           

BAB 22

Tugas berat. Khayla tidak senang duduk. Matanya melirik ke arah tubuh sasa si jejaka yang duduk di sisinya itu. Jantungnya melantun kuat. Rasa mahu pecah saja dadanya. Sesak nafas. Panik. Dia cuba fokus dengan pemanduannya menuju ke kediaman Danish.

Setelah lima hari terpaksa menghabiskan  masa di wad kerana kemalangan tempoh hari, hari ini Danish sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Tapi dia menolak keras arahan nenda yang menyuruhnya pulang ke rumah nenda. Tidak! Dia ingin berdikari. Kehadiran P.Anya itu membuatkan dia melarik senyuman nipis. Sejak beberapa hari berada di wad, hatinya semakin tertarik dengan Khayla. Gadis itu sebaik Humaira. Biarpun sedikit kalut dan cemerkap, tapi Khayla punya tarikan tersendiri. Dia mengerling sekilas ke arah Khayla yang fokus memandu itu.

Alis mata yang cantik. Hidung mancung yang terbentuk cantik. Bibir basah yang menarik perhatiannya. Oh tuhan, Danish rasa teruja. Air liurnya rasa tersangkut di kerongkong. Cantik persis bidadari. Lebih cantik daripada Humaira...

Leka memerhati, dia tidak sedar kereta yang dipandu oleh Khayla sudahpun memasuki perkarangan kediamannya. Segera Danish melarikan pandangan, cuba menyembunyikan perasaan aneh di hatinya itu. 

Khayla memarkir kereta sebelum berlalu ke sebelah pintu penumpang. Dia ingin membuka pintu kereta untuk Danish, tapi lelaki itu terlebih dulu menolak daun pintu kereta.

"It's okey, Khayla. I can manage." Rendah suara Danish membuatkan hati Khayla kembali diburu resah. Dia menundukkan wajah dan segera berlalu ke bonet kereta. Mengeluarkan beg berisi pakaian Danish sambil cuba menenangkan perasaan hatinya yang semakin tidak keruan itu. 'I can do this!' Janji dipahat dalam diam. Khayla menutup bonet kereta dengan satu azam baru. Biar apapun yang terjadi, dia akan menegakkan keadilan!

Mereka berdua melangkah ke dalam lif dengan perasaan yang amat kekok. Sedar hanya mereka berdua yang berada di dalam lif pada waktu itu. Rasa tegak seluruh bulu roma Khayla membayangkan dia terpaksa menemani Danish sehingga ke depan pintu rumah. Kenapalah boss dia bertegas untuk dihantar olehnya? Kenapa tidak pulang saja ke rumah nenda? Ramai orang yang akan membantu dan menjaga makan pakai lelaki itu. Tapi kenapa berkeras sangat nak balik kondo?

Sepasang mata Danish masih melekat di wajah Khayla. Segala gerak geri Khayla amat mencuit hatinya.

"Err...boss, ada apa-apa ke kat muka saya?" Khayla akhirnya bersuara. Agak perlahan. Sedikit kalut. Adakah Zayyad membuka cerita sebenar? Adakah Danish sudah mengetahui segala rahsianya?

"Hmm..." Hanya itu yang terzahir di bibir Danish. Selebihnya dia hanya tersenyum herot sebelum meluruskan pandangan ke depan. Janganlah si Khayla tu perasan yang dia sudah terpikat dengan lengguk gadis itu. Danish menggeleng, menafikan perasaannya sendiri. Tidak! Dia masih belum bersedia untuk jatuh cinta.

Sementara itu, Khayla semakin tidak tenang. Takut. Panik. Dahinya berkerut. Mukanya sudah berubah keruh. Mujurlah dentingan lif berjaya menyelamatkannya. Cepat-cepat dia meloloskan badan keluar dari perut lif. Fuh! Dia menghela nafas lega.

Danish sekali lagi tercuit dengan aksi Khayla. Kenapalah si Khayla ni kalut sangat? Dia memasukkan kedua belah tangannya ke kocek seluar. Dengan selamba dia hanya menuruti langkah kaki Khayla yang melangkah laju ke arah kondonya itu.

Sampai di depan kondo, Khayla memberi ruang untuk Danish memasukkan kata kunci. Daun pintu ditolak perlahan.

"Err...boss, beg boss." Khayla menghulurkan beg pakaian yang digalas sejak tadi kepada Danish.

"Masuk." Arah Danish sedikit tegas.

"Err...saya kena masuk ke boss?" Suara Khayla sudah berubah kalut. Nak masuk rumah boss? Dia dengan boss berdua dalam kondo? Nanti tak pasal-pasal kena tangkap khalwat! Tak nak! Nanti lain yang dirancang, lain pula yang jadi. Laju dia menggeleng kepala.

SEPARUH CINTA SEPARUH DENDAM (READY STOCK)Where stories live. Discover now