BAB 11

1.9K 86 9
                                    

Zayyad teruja. Retinanya membesar merenung sepasang anak mata hazel milik Khayla di skrin telefon pintarnya itu. Menatap lama-lama keindahan wajah polos si gadis itu mula membuat jantungnya berdegup tanpa irama.

   Mata hazel itu cantik memukau.

  Sinar mata itu bagaikan pernah dilihat di suatu waktu dulu. Tapi di mana ya?

Mana mungkin dia boleh melupakan gadis secantik Khayla itu jika mereka pernah ketemu dulu. Hatinya kuat mengatakan mereka pernah bersua muka. Tapi kenapa tiada secebis memori yang dapat ditarik dari kotak ingatannya?

"Khayla, Khayla... di mana kita pernah jumpa sebelum ni?" Zayyad berbisik perlahan sambil menyandarkan belakangnya ke kerusi empuk di ruang pejabatnya itu.

Sinar mata hazel itu... amat indah. Bibir mungil itu menggoda naluri lelakinya. Zayyad menggeleng sambil tersenyum tipis. Kemudian dia memejam mata cuba mengulang tayang kembali pertemuan dengan si gadis jelita pagi tadi.

Ahh... lantaklah. Yang pasti dia tertarik dengan si gadis bermata hazel itu. Lupakan Tiara, lupakan Eva, lupakan Fira, si model kacukan itu. Dia sudah ketemu sasaran baru. Khayla, nama seindah tuan empunya diri.

Tok! Tok!

Bunyi ketukan di muka pintu pejabatnya mengganggu angan yang mula bercambah di dada Zayyad. Kelihatan terjengul muka Norman yang tersengih bagai kerang busuk itu.

"Jom lunch!" Ajak Norman sambil menapak ke dalam bilik Zayyad, teman rapatnya itu.

"Hmmm... aku busylah." Zayyad sudah ada rancangan lain. Dia bangun sambil mencapai dompet, kunci kereta sebelum disumbat ke kocek seluar jeannya itu.

"Kau ada lunch date dengan awek kau ke?" Usul Norman tidak berpuas hati. Nampak gayanya terpaksalah dia keluar makan tengah hari seorang diri. Dia tengah perang dingin dengan teman wanitanya yang bekerja di bahagian operasi.

"Siapa?" Zayyad pura-pura lupa. Dia tidak pernah ada steady girlfriend. Semuanya teman untuk berlibur di malam hari. Semua wanita yang mendampinginya itu sanggup buat segala-galanya kerana gilakan harta dan status sosialnya. Semua wanita itu umpama lampin pakai buang saja. Dia tidak pernah serius untuk bersama perempuan-perempuan murahan itu.

"Ish... kau tanya aku pulak? Manalah aku tau awek kau yang mana satu. Sekejap Eva, Dina, Fira... eh...aku dah tak cukup tangan nak kira tau." Tukas Norman menggerutu geram. Dia tahu sikap si Zayyad yang kaki berfoya-foya itu.

"Hahaha. Aku tak seriuslah dengan all the girls tu." Zayyad ketawa lepas. Dia menepuk bahu Norman sebelum melangkah keluar dari biliknya.

Terkebil-kebil Norman melihat tubuh kawannya itu menghilang. Orang kaya senang saja dapat perempuan! Dia melangkah lemah ke meja kerjanya dengan hati yang sebal. Seleranya untuk makan mula hilang.

Zayyad bersiul-siul kecil sambil melangkah keluar dari perut lif ke tempat kerja Khayla, di depan bilik Danish. Dia sudah berura-ura untuk membuat kejutan. Lagipun silap dia juga kerana tidak meminta nombor telefon si gadis cantik itu.

Namun siulannya mati. Pandangannya kosong. Hatinya diterjah kecewa. Si anak dara bertudung litup itu tiada di tempatnya. Zayyad mengeluh resah. Jam tangan dikerling melalui ekor mata.

"Baru pukul 11.50, ke mana dia pergi? Dia memang kena pecat dengan si Dan tu ke?" Zayyad mengerutkan dahinya. Jadi betullah si gadis bermata hazel itu tidak akan bekerja lagi di firma itu?

Dia mengeluarkan telefon dan mula menghubungi bahagian HR.

"Lina, boleh saya tahu pasal P.A baru Danish, nama Khayla. Dia dah kena pecat ke?" Zayyad menekap telefon ke cuping telinga kurang sabar.

SEPARUH CINTA SEPARUH DENDAM (READY STOCK)Where stories live. Discover now