BAB 10

2.1K 62 3
                                    

Anisah melangkah masuk ke ruang legar di pejabat Danish. Mak Uda turut membontoti langkah majikannya itu dengan menjinjing pakaian yang diminta oleh Danish. Sungguh dia tidak menyangka rupa-rupanya Tengku Anisah tahu hajatnya untuk menemui Danish secara senyap-senyap sebentar tadi. Teruk juga dia dimarahi Anisah kerana tidak berterus terang tentang kepulangan Danish itu.

"Nenda..." Khayla berdiri menyambut kedatangan Anisah dengan senyuman nipis. Dia tunduk bersalaman dengan Anisah dan juga pembantu rumah bernama Mak Uda itu.

"Dan tengah buat apa? Teruk ke dia mengamuk dengan kamu?" Anisah memandang wajah mendung Khayla.

Laju Khayla mengangguk sambil membuka cerita. "Teruk nenda. Semuanya silap saya. Tertumpah coffee di atas baju Tengku sewaktu dalam lif tadi." Khayla terpaksa menggigit bibir kerana sedar dia telah membuka pekung di dada. Mulutnya selalu bertutur terlebih dulu sebelum sempat dia berfikir.

Anisah mengeluh hampa. "Habis tu, macam mana ni? Berapa kali nenda pesan semalam supaya berhati-hati dengan Dan? Dia sangat cerewet dan garang."

"Saya minta maaf nenda..." khayla tunduk memandang hujung kasut tumit tingginya itu. Rasa menyesal meresap masuk ke tangkai hatinya.

"Hmmm... tak apa lah. Nanti tahulah nenda nak buat macam mana. Just make sure, no more mistake. Nenda dah tak boleh tolong kamu nanti." Anisah memberi jaminan seraya menatap muka Khayla yang masih kelat itu.

"InsyaAllah nenda. Terima kasih sudi beri peluang untuk saya. Saya akan buat yang terbaik!" Janji Khayla bersungguh-sungguh sambil mengangkat sebelah tangan tanda berikrar. Dia memang amat perlukan peluang untuk mendekati Danish!

"Ingat, jangan buat silap lagi." Ujar nenda memaksa Khayla menelan air liur pahit.

"Okey nenda."

Anisah melangkah masuk ke dalam bilik kerja Danish setelah yakin dengan janji si Khayla. Kelihatan Danish sedang tekun menghadap komputer riba.

   "Dan..." suara Anisah itu mula menarik perhatian Danish.

   "Oh...nenda..." Danish mendongak memandang nenda yang sedang berjalan merapati meja kerjanya itu. Serentak helaan nafasnya menderu keras seiring dengan perasaannya yang cuak. 'Huh, baru pecat si Khayla tak sampai sejam, nenda sudah datang!'

   Anisah duduk di kerusi dengan muka masam mencuka. Geram dengan tindakan Danish yang menghilangkan diri selama seminggu tanpa khabar berita.

   "Ke mana kamu hilang Dan?"

    "Nenda... please. Not again! Give me some space. I need to clear my head!" Danish mengeluh resah dan meluruskan pandangannya ke depan. Dadanya kembali sesak.

"Nenda risaukan kamu, Dan. Nenda tak suka kamu buat perangai macam ni!" Anisah mencerun tajam membidik hujah cucu kesayangannya itu.

"Nenda, Dan dah dewasa. Dah 30 tahun, nenda. Dan tahu apa yang Dan buat." Danish bertegas dengan pendirian yang diambil. Dia tidak akan tunduk dengan kehendak nenda lagi.

"Nenda tahu kamu dah dewasa. Tapi nenda tetap risaukan kamu. Ke mana kamu pergi, nenda perlu tahu. Nanti kalau jadi apa-apa ke atas kamu, siapa yang susah? Nenda jugak... Dan kena ingat, Dan tu CEO Kerjaya Group. Jangan salah langkah. Ramai lagi nak tempat kamu ni." Anisah menekankan tanggungjawab yang digalas oleh Danish. Tindakan bodoh Danish itu umpama membuka ruang untuk si Zayyad menuding kesilapan Danish. Mana ada CEO syarikat gergasi menghilang tanpa khabar berita? Tengok saja berapa banyak projek yang tertangguh kerana tindakan si Danish itu.

"Ya. Sebab Dan ingat pasal tanggungjawablah Dan masuk office hari ini. Kalau tak, Dan mungkin tak balik lagi nenda!" Danish mula rimas ditekan sebegitu rupa.

SEPARUH CINTA SEPARUH DENDAM (READY STOCK)Where stories live. Discover now