BAB 6

2.3K 75 3
                                    

            

    

TENGKU  Zayyad menjungkit kening ke arah bapanya, Tengku Ramzi yang sedang duduk menyilang kaki di sofa panjang di bilik studi Tengku Anisah itu. Tengku Ramzi yang sudah beruban putih yang memakai sut lengkap berwarna biru gelap itu turut melebarkan senyuman lebar. Melalui sinar matanya, Ramzi menghantar isyarat kepada Zayyad supaya menyerahkan tugas khas untuk meyakinkan bondanya itu terlaksana.

            Sementara itu, Anisah tertunduk lemah terkenang perangai Danish yang menghilangkan diri sejak lima hari yang lepas.

            "Bonda, saya bukan nak mengadu domba. Tapi perangai Danish yang sudah naik kepala itu menyusahkan semua orang. Tengok, disebabkan dia tak masuk office minggu ni, board meeting kita terpaksa kena tunda." Ramzi sengaja mengungkit tentang mesyuarat penting yang tergendala kerana Danish tidak dapat hadir. Anisah mengambil keputusan untuk menunda mesyuarat syarikat itu di saat-saat akhir. Ramzi semakin tidak senang dengan sifat pilih kasih bondanya itu. Si Danish itu juga yang selalu dimenangkan sedangkan anaknya si Zayyad itu sering dipandang sebelah mata saja.

            "Betul tu nenda. Itu belum lagi pasal dia sering mengamuk di pejabat sampaikan ada beberapa pekerja penting syarikat bertindak untuk berhenti kerja dan lompat masuk syarikat competitor." Sampuk Zayyad, anak muda yang berkulit sawo matang dan berambut kerinting itu. Sorotan Anisah beralih memandang wajah cucunya yang memiliki raut wajah seperti Remy Ishak itu. 'Tall, dark and handsome.' Memang tagline itu sesuai untuk menerangkan raut wajah cucunya itu. Kalau tidak disebabkan sikap nakal dan bebas Zayyad, sudah pasti dia memilih Zayyad sebagai ketua syarikat. Tapi sikap Zayyad yang diluar jangkaan menyebabkan dia memilih Danish, cucu yang lebih mendengar kata sebagai penggantinya. Dia perlukan seseorang untuk mengawal segala aset pemilikannya itu. Seseorang yang tidak banyak soal dan tidak melampaui batas seperti Danish, bukan Zayyad.

            "Bonda, apa lagi yang bonda pandang dengan si Danish tu? Disebabkan dia, kita kerugian berjuta-juta ringgit di dalam projek di Iskandar Malaysia tu." Panas cuping telinga Anisah mendengar kritikan yang keluar dari mulut Ramzi itu. Sesungguhnya Ramzi tidak tahu bahawa dialah yang membuat keputusan untuk melabur di Iskandar Malaysia walaupun telah ditentang sekeras-kerasnya oleh Danish. Tapi di mata orang luar, itu adalah keputusan yang dibuat oleh Danish.

            "Ramzi, that's enough. Biasalah adab dalam berniaga, ada untung ruginya. It's not a bad investment, it was due to change in government policy." Anisah cuba membela Danish tapi jauh di sudut hati, membela keputusannya sendiri.

            Ramzi tersenyum herot sambil menggeleng tidak percaya dengan jawapan bondanya itu. "Bonda, saya tahu bonda sayangkan Danish. Tapi bonda kena ingat, bonda ada Zayyad, cucu bonda yang perlukan layanan sama rata. Why don't you give him a chance to prove his credibility in running Kerjaya Group?"

            Kini giliran Anisah pula menjungkit sebelah kening sambil tersenyum nipis. Memang benar seperti telahan hatinya, kehadiran Ramzi dan Zayyad membawa maksud lain. Lantas sepasang matanya dilarikan ke arah Zayyad yang sedang melebarkan dadanya beriak bangga di alur wajahnya. Segera Anisah menggeleng laju. Dia tidak percayakan Zayyad dan juga Ramzi yang terlalu gilakan kuasa itu. Pasangan duo itu tidak boleh diberi peluang, bimbang akan melebihi kuasanya mula.

            "Ramzi, bonda tahu apa yang bonda buat. Bonda masih mahu beri peluang kepada Danish. Dia yang paling dengar cakap bonda bukan macam Zayyad atau kamu sendiri, Ramzi." Anisah menempelak sinis sehingga mengundang rasa geram di hati Ramzi.

            Manakala Zayyad mula berkisar tempat duduk. Sedikit resah ditempelak sebegitu rupa oleh nenda sedangkan dia baru saja melanggar arahan bonda beberapa hari lepas. Dia berdehem seketika sebelum membetulkan kedudukannya yang duduk berdepan dengan nenda dan bapanya itu.

SEPARUH CINTA SEPARUH DENDAM (READY STOCK)Where stories live. Discover now