HABIS sahaja waktu bertugas, Maryam segera bergerak ke Bilik Kaunseling untuk mengambil semula telefon pintar yang dia bawa ke sekolah pagi tadi. Tak sengaja bawa. Buka beg sahaja, nampak benda petak warna hitam itu di celahan buku teks Pendidikan Islamnya.
"Terima kasih dan minta maaf, cikgu." Ucap Maryam dengan sopan sebaik sahaja telefon pintarnya dipulangkan semula oleh guru bertugas.
Sambil sarung kasut, dia belek telefon yang dipegang. Agak-agak ada bateri lagi tak?
Hentak kasut sekali dua, Maryam bangun cangkungannya. Mata masih pada telefon walaupun kaki dah mula mengatur langkah.
Punat on di tepi telefon ditekan. Dan-dan tu juga telefon menyala. Sengih kecil terukir. Ada penemanlah dalam bas nanti.
Buk.
Badannya terlanggar sesuatu yang keras. Dan telefon terus terlepas dari tangannya seiring dengan badannya yang dah menyembah tanah.
'Atau takde peneman.' Monolog Maryam dalam hati bila nampak telefon yang dah cium lantai.
"Berapalah kena bayar untuk baiki nanti." Bisik Maryam perlahan sambil mata tak lepas pandang telefon sendiri.
"Ish. Lain kali jalan pandang depan." Suara asing yang kedengaran seperti geram menarik perhatian Maryam.
Dengan wajah kosong dia angkat muka, mendongak memandang orang yang bersuara.
Seorang pelajar lelaki.
'Rasa macam aku langgar tiang tadi. Orang rupanya.'
Terkebil-kebil matanya memandang wajah yang sedang menunduk memandangnya.
"Tak bangun lagi kenapa? Tulang punggung kau patah ke?"
Wajah takde riak Maryam terus berubah jengkel. Heh. Mamat ni. Takde budi bahasa agaknya. Dah lupa pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan lah tu.
"Tak patah. Aku okey aje. Terima kasih bertanya." Balas Maryam senada sebelum dia bangun dari jatuhnya. Sebelum berdiri tegak, Maryam capai dahulu telefon yang dah cium lantai tu.
"Maaf." Usai berkata sepatah dengan pelajar lelaki yang tidak dia kenali itu, Maryam terus berlalu pergi. Malas berlama. Nanti terlepas bas.
PUNAT on ditekan berkali-kali, tapi telefonnya itu langsung tidak menyala. Oleh sebab itu, Maryam hembuskan nafas berat. Macam mana dia nak berhubung dengan Aisyah untuk bincang pasal kerja Komsas yang perlu dibuat secara berpasangan ni?"Adoi... kenapa lah aku tak minta ganti rugi tadi." Ucap Maryam lemah sebelum dia sandarkan badan pada dinding.
Jeda seketika. Otak kembali mengulang tayang kejadian berlanggar tadi.
"Tapi macam tak boleh minta ganti rugi aje sebab aku yang salah. Jalan tak pandang depan." Bebel Maryam kecil.
Jeda lagi.
"Tapi, takkan dia tak nampak aku kot? Entah-entah dia pun jalan tak pandang depan." Cebik Maryam bila kepalanya terfikirkan akan kemungkinan yang satu itu.
"Kau membebel apa?" Maryam terus alihkan pandangan ke muka pintu. Mueen yang sedang bersandar di muka pintu dipandang dengan riak kosong.
Perkenalkan. Muhammed Mueen. Adik lelaki yang muda dua tahun daripadanya.
"Kau nak apa?" Tanya Maryam. Terbang melayang terus kejadian petang tadi. Fokus kembali terarah pada buku Komsas yang terbuka luas. Satu idea datang.
YOU ARE READING
C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)
JugendliteraturALPHABET SERIES: A for ADORE 3# Apa pendapat kau tentang surat cinta di zaman serba moden ini? [C] November2018-Mei2020