HARI pertamanya bekerja berjalan dengan agak lancar. Haih. Rasanya kalau tidak kerana kehadiran Irfan, makin lancar kut. Jenuh juga satu hari ini dia mengelak daripada bertembung dengan lelaki itu. Kalau bertembung, cepat-cepat dia larikan diri.
Maryam mengeluh perlahan. Pandang bias wajahnya di cermin, Maryam rasa nak mengeluh lagi. Berkali-kali. Tak pernahlah dia rasa uncool macam ni.
"Maryam lari daripada orang? Fuh!" Bucu tudung bawalnya ditiup kuat. Bibir tarik senyum sinis.
"Selalunya, orang yang lari daripada Maryam. But now... What happened?!" Sebut Maryam tidak percaya.
Menggeleng perlahan dia sebelum paip dibuka dan tangan dibasuh. Tidak dihiraukan mereka yang keluar masuk ke dalam ruang tandas hotek itu.
Bias wajah dilihat sekali lagi. Dalam diam, dia menilik penampilannya biar nampak kemas. Pelembab bibir juga dioles sedikit pada bibir yang agak kering. Betulkan tudung. Betulkan baju.
Ting!
Tersedar, badan Maryam tegak terus. Mata dah terkelip-kelip laju memandang biasan sendiri di cermin.
"Apa kau buat Maryam? Kau berkemas-kemas untuk siapa ni?" Dengan nada tidak percaya, Maryam menyoal diri sendiri.
"Apa kau ni? Siapa kau?" Jari dah terketar-ketar tunjuk bias cermin. Tak sedar dia sudah menarik perhatian beberapa pasang mata ke arahnya.
"Err... Dik?"
Ting! Maryam tersedar buat sekian kalinya. Terus toleh kanan memandang kakak yang menegurnya tadi.
"Ya...?" Lambat dia bagi respon. Nampaklah kakak itu pandang dia dengan wajah risau.
"Adik okey tak ni? Ada masalah?" Tanya kakak itu. Yalah. Dah nampak Maryam lain sangat. Sedari tadi lagi. Duk bebel deoan cermin. Pastu nampak macam normal, tiba-tiba macam tak betul semula.
Maryam senyum kekok.
"Okey. Okey. Saya okey." Dengan senyum kekok itu, dia menjawab. Lantas, laju sahaja Maryam keluar dari tandas. Tak tahan nak bagi muka dia merah lama-lama dalam tu.
Berdiri di luar tandas, Maryam hentak kaki sekali dua sebelum panggilan telefon mematikan perbuatannya. Laju sahaja tangan menyeluk masuk ke dalam beg mencari telefon yang masih berdering.
Aisyah menelefon.
"Hello." Masam dia menjawab. Masih tak puas hati sebab dia jadi tak cool dan tak betul dalam tandas tadi. Merepek. Macamlah ada Irfan yang tengok bila dia berkemas-kemas begitu.
"Wait, what? No!" Agak kuat Maryam menjerit bila dengar suara kepalanya sendiri.
"Apa yang tiba-tiba no nya? Kau tak nak balik ke?" Suara Aisyah yang bertanya pelik menyentakkan Maryam.
"Ha?" Pandang sekeliling. Ada beberapa pasang mata yang memandang ke arahnya dengan pelik.
Maryam tundukkan kepalandan berjalan pergi dari situ. Kuat dia menyumpaj seranah dalam hati untuk diri sendiri.
"Yam? Hello?"
"Ya, ya. Aku nak balik ni. Kau kat luar, kan? Tungg--- argh!" Percakapannya diganti dengan jeritan kecil bila dia terlanggar sesuatu yang keras. Berdenyut kepalanya.
Angkat kepala dan rasa nak cekik diri sendiri dengan apa yang dia lihat di hadapannya.
"Apasal ada tiang pula kat tengah-tengah ni?" Omel Maryam dengan marah dan tak puas hati. Jadi tak betul dah hari dia hari ini!
Kaki dihentak sekali dua ke lantai. Tangan di sisi dah mengepal penumbuk. Mata dah pejam rapat, menahan diri sendiri. Kalau tak kerana ada mata yang memandang, dia rasa nak buat high kick aje kat tiang ni. Biar hilang rasa sesaknya. Biar dia puas.
YOU ARE READING
C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)
Genç KurguALPHABET SERIES: A for ADORE 3# Apa pendapat kau tentang surat cinta di zaman serba moden ini? [C] November2018-Mei2020