HARI ini hari terakhir Maryam bersekolah di sini. Naik cuti sekolah nanti dia terus akan masuk ke sekolahnya yang baru di Pulau Pinang. Jauh betul mak dan babahnya hantar dia. Jauh daripada mereka. Jauh daripada kawan-kawannya dan jauh daripada semua kenangan dia yang terbina di sini.
Mengingatkan itu, Maryam lepaskan nafas berat. Suka tak suka, dia kena pergi juga. Mak dan babahnya dah berbincang lama tentang hal ini. Susah payah bersetuju dengan mak ciknya di sana tentang semua ini. Kalau ucap tak nak, rasa serba salah pula. Apa lagi pilihan yang dia ada kalau begitu?
Sekali lagi Maryam lepaskan nafas lemah. Hadiah-hadiah perpisahan yang dia terima daripada rakan-rakan yang elok bersusun di atas meja, dia pandang kosong. Tak pernah dia rasa sayu macam ini. Bayangkan... Sudah lama bersama, tiba-tiba kena berpisah begini. Hampir dengan perjuangan SPM mereka pula tu.
"Aku akan rindu korang."
Itu kata rindu dia yang pertama kepada rakan-rakan sekelasnya. Siap dengan tangisan kecil yang kemudiannya tak berhenti selepas itu. Jujur. Dia bukan seorang yang pandai meluahkan rasa, bahkan dia dijolok dengan gelaran 'tidak berperasaan' lagi. Tapi, jujur juga. Itu perasaan sebenar dia.
"Aku sayang korang."
Dan menangis berjemaah selepas itu. Habis dia dikerumuni dengan pelukan rakan-rakan perempuannya. Bila diingatkan kembali betapa dramanya tengah hari tadi, senyum kecil terbit di bibir Maryam.
Drama. Sedih. Tapi, manis.
Telefon diambil dan dia masukkan dalam poket hoodienya. Dia sudah siap. Sedia untuk luangkan masa dengan Mueen dan Aisyah malam ini. Hanya makan-makan sedikit. Dan semestinyalah tak boleh pergi jauh. Hanya di gerai Abang Fendi sahaja. Malam, bukan?
"Mueen." Panggil Maryam saat dia melangkah keluar dari biliknya. Kelihatan Mueen sudah pun menunggu di ruang tamu.
Dengar namanya dipanggil, Mueen angkat wajah dari telefon bimbitnya. Maryam yang sedang berjalan ke arah pintu dia pandang sebelum dia bangun dan ikut menuju ke pintu.
"Nanti mesti aku rindu nak dengar kau panggil aku macam tu, kak." Omel Mueen perlahan. Selipar hitamnya disarung tanpa memandang Maryam.
Maryam yang dengar hanya mampu kaku sahaja dengan sebelah sandal yang belum dipakai lagi.
Terharu? Ya. Sedih? Sangat!
Maryam berdeham dan kembali sedar bila Mueen menoleh memandangnya. Tanpa kata, terus dia luku kepala adiknya kuat. Sampai mengaduh Mueen dibuatnya.
"Apa ni?!" Memuncung panjang mulut Mueen tanda tak berpuas hati.
"Kau ni over tahu tak? Aku pergi PP aje. Bukan overseas. Tu pun nanti setiap bulan datang ziarah. Tak campur dengan phone kau yang boleh digunakan untuk call hari-hari tu!" Maryam buat-buat membebel sambil kaki dah mula ambil langkah menuju ke gerai burger.
Mueen buat muka. Langkah dia ambil seiring dengan Maryam. Niat nak membalas kata-kata Maryam tapi deringan telefon Maryam membantutkan niatnya.
Mueen tanpa lengah terus curi lihat nama si pemanggil di skrin telefon Maryam.Cah
"Dia tak jadi pergi ke?" Terus Mueen tebak. Jelingan tajam Maryam dia buat tak endah sahaja. What? Mungkin betul apa yang dia teka.
Sambil berjalan, panggilan itu dijawab.
"Dah sampai ke?" Tanya Maryam selepas salam Aisyah dia jawab.
"Weh..." Meleret 'weh' dari Aisyah. Terus Maryam kerling Mueen yang berjalan di sebelahnya.
Maryam lepas nafas perlahan. Mereka sudah berada di tingkat tiga dah ni. Boleh kata dah halfway.
YOU ARE READING
C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)
Teen FictionALPHABET SERIES: A for ADORE 3# Apa pendapat kau tentang surat cinta di zaman serba moden ini? [C] November2018-Mei2020