A61

5.2K 660 68
                                    

BAS yang dah berlalu jauh Maryam pandang sahaja sebelum dia kalih ke sebelah kirinya. Ada Irfan yang berdiri tegak dengan tangan dimasukkan ke dalam poket dan mata pandang dia tak lepas. Maryam alihkan pandangan ke arah lain. Ke arah hadapannya pula.

"Care to explain why we're here?" Soal Maryam. Dahi yang gatal dia garu perlahan kemudian dia hadang sinar matahari yang perit dengan tangan yang sama.

Irfan tunjuk lurus premis kedai yang jauhnya lebih kurang 400 meter dari tempat mereka berdiri sekarang. Jari ajak hala ke situ, mata masih lagi pandang Maryam di sebelah.

Maryam mengangguk. "Ya. Aku tahu. Tu Pustaka Rakyat. Kenapa kita kat sini?" Tanya Maryam. Sebelah tangan yang bebas naik memeluk tubuh. Dia dah pening.

Irfan angguk juga. "Aku pun tahu. Mungkin kau kut yang tak tahu."

Maryam menjeling. Lelaki ni tengah nak cari pasal ni. Tengok aje muka kerek dia. Nak aje bagi Hi-5 maha kuat di muka tu.

"Apa ni? Aku tak faham. Aku nak balik. Aku nak tidur." Maryam tutur kata dan dah pusing badan nak menuju ke bus stop semula. Tapi cepat sahaja Irfan menghalang dengan tangannya. Dia depangkan tangan di hadapan gadis itu buat Maryan terus brekkan kaki.

"Aku boleh terangkan kalau tak faham. Nak balik? No, no. Nak tidur, kat sini ada hotel. Boleh tidur sana."

"Kepala hotak kau!" Laju kaki bergerak nak sepak Irfan kemudiannya tapi lelaki itu lebih pantas mengelak. Sempat senyum boyish lagi tu.

Sekali lagi. Maryam geli. Urgh!

"Kita tempah bilik asing-asing lah. Tak nak aku satu bilik dengan kau."

Maryam mengerang menyampah. Lelaki ini lah kan? Cakap benda molek sikit tak boleh ke? Habis hangat muka dia sekarang.

Irfan gelak kecil. Dia gerakkan tangan menggamit Maryam menghampirinya. Maryam enggan pada mulanya tapi bila lihat sekali lagi Irfan menggamitnya dengan wajah acah-acah suci tu, buat Maryam mengalah. Malas-malas dia menghampiri.

Maryam. Kenapa jinak sangat ni?

"Tu Pustaka Rakyat kan?"

"Kau buta huruf ke?"

Irfan jeling Maryam. Yummylicious ni lah!

"Tu kedai buku kan?"

"Kau tak pernah masuk ke? Kesian."

Sekali lagi Irfan menjeling geram. "Marah lagi ni."

Maryam menjongket bahu perlahan dan mencebik kecil. No comment untuk kata-kata Irfan yang tak berubah lagi tu.

"Buku kau rosak kan?" Bangkitkan hal buku rosaknya, Maryam pula yang menjeling Irfan. Panas hati terus tiba-tiba.

"Sebelum kau nak perli melepaskan marah dan merajuk kau tu, aku nak minta maaf okey." Lemah Irfan tutur kata. Dia tunduk pandang kaki sendiri. Jatuh ego. Untuk Maryam, biar lah.

Maryam terkejut kejap. Irfan dipandang tidak percaya.

"Kau orang pertama aku ucap maaf setelah sekian lama aku hidup. Kau patut rasa terharu." Irfan sambung kata dengan muka kereknya ditayang di hadapan Maryam.

"Yeay. Teharunya." Tanpa nada, tanpa riak, Maryam ucap kata-kata itu.

Irfan tak dapat tahan, terus dia pukul perlahan lengan Maryam dengan botol air yang ada di tangannya. Budak ni. Tak tahu lah nak kata adorable ke annoying. Dua-dua rasanya.

"Urgh. Kau nak beli buku apasal ajak aku? Nak aku jadi kaunselor kau ke macam mana?" Maryam peluk tubuh dengan bosan. Mereka tak bergerak ke mana-mana lagi dari tadi dan dia masih belum nampak pencahayaan terang kenapa dia boleh sesat ada di sini. Dengan Irfan pula tu.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now