A34

5.8K 701 18
                                    

MARYAM dah berjalan agak jauh di hadapan Irfan pandang sebelum dia ambil langkah untuk mengekori dalam diam. Bahaya betul kalau dibiarkan Maryam berjalan sendirian begitu nak ke rumah Aisyah. Dah lah dah malam. Kawasan sini pun boleh tahan sunyi juga.

"Eh, kau nak pergi mana? Rumah Heng kat sini lah." Tanya Subhi sekadar berbasa-basi. Dia dah tahu ke mana arah tuju kaki Irfan pun.

Irfan berhenti dan menoleh pandang Subhi seketika.

"Nanti lah aku datang. Kau pergi dulu ek? Suruh Heng tinggal kunci bawah karpet ke. Nanti aku sampai tak yah kejut korang." Balas Irfan dengan mata yang sekejap-sekejap pandang Maryam yang makin jauh.

"Aku pergi sorang lah ni?" Tanya Subhi lagi sengaja nak bagi masa Irfan lengah. Walhal kawan tu dah bergerak nak berlari dah tu.

Irfan toleh pandang Subhi sebelum bahu Subhi ditumbuk sederhana kuat. Subhi yang menerima hanya mengaduh sambil gelak sahaja. Itu pun dia beriaksi selepas Irfan dah buka langkah lari.

Irfan yang sedang berlari itu dia pandang sebelum senyuman kecil terukir di bibir. Kaki dibawa menapak langkah ke belakang dan dia teruskan berjalan.

"Jelesnya aku kat orang ada crush ni."

Langkah diteruskan. Sesekali kepala menoleh memandang belakang, memandang Irfan yang sudah mula berjalan tidak jauh dari belakang Maryam.

"Setahun sudah ku menunggu dirimu, akhirnya engkau tinggalkan aku." Dan mulut terus menyanyi di sepanjang jalan.

KEPALA tunduk pandang kaki sendiri sebelum dia pandang Maryam yang masih berjalan lambat-lambat di hadapan sana. Walaupun bosan dia rasa kena jalan sama kelajuan macam kura-kura sekarang ini, dia terima kerana fikir akan keselamatan Maryam. Gadis itu pun, bila berjalan terus pasang earphone di telinga. Lagi lah tak perasan kiri kanan, depan belakang.

"Haish. Jauh lagi ke rumah Cah ni?" Irfan merungut sendiri sambil kaki menyepak tanah. Tapi bila buat begitu, terus dia meringis kesakitan. Lupa pulak kaki dia ni sakit akibat dipijak dan disepak tadi.

"Sumpah mamat gendut tu aku cari nanti. Berani dia pijak kaki bertuah aku ni? Takde tempat lain ke dia nak sepak? Kaki juga yan---"

I need you baby
And if it's quite all right
I need you baby

Kaki terus berhenti melangkah dan mulut terus ternganga kecil. Apa yang dia dengar tadi? Ke dia salah dengar? Maryam yang masih di hadapan dia pandang, menanti.

To warm the lonely nights
I love you baby
Trust in me when I say

Irfan terus melangkah lebih laju ke hadapan bila dengar nyanyian halus itu semula. Dia tak salah dengar. Dia pasti. Dia pasti nyanyian itu daripada Maryam sendiri.

Oh pretty baby
Don't bring me down I pray
Oh pretty baby
Now that I've found you stay
And let me love you, baby
Let me love you

Tanpa lengah terus dia memotong langkah Maryam dan berdiri depan Maryam macam patung. Tak fikir apa. Yang dia nak lihat sekarang adalah Maryam yang menyanyikan lagu dari 'surat layang' yang sering dia hantar.

Maryam berhentikan langkah mendadak. Irfan yang sedang berdiri kaku di hadapannya ini dipandang dengan pandangan kosong. Hati tertanya-tanya kenapa lelaki ini boleh ada di hadapannya.

Earphone dicabut dari telinga. Music pun dia dah tekan butang pause kemudian tentang pandangan Irfan semula.

"Pahal? Kenapa kau boleh ada kat sini?" Tanya Maryam. Dia toleh belakang nak melihat yang lain. Maksud yang lain adalah Subhi. Yalah. Mereka kan kawan.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now