A25

6.1K 751 33
                                    

TARIK nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. Kemudian Maryam teguk air. Itu lah yang dia lakukan sejak lima belas minit yang lalu. Dia gementar. Kurang dari sepuluh minit, acara pembukaan Hari Karnival Sekolah akan bermula. Sekarang ini, Tuan Pengetua, Encik Abrahin sedang memberi ucapan. Habis sahaja ucapan beliau, majlis perasmian akan dilakukan kemudian giliran mereka buat persembahan.

"Dah-dah lah tu minum air." Kata Aisyah seraya merampas terus botol mineral 1500ml daripada Maryam. Air dalam botol tu, dah tinggal suku aje tau!

Maryam pandang Aisyah. Minta simpati melalui wajah yang tak berperasaannya kini. Entah menjadi, entah tidak. Cuba nasib.

"Uh-oh. Don't give me that look of yours, Siti Maryam." Kata Aisyah seraya pipi Maryam ditunjal dengan jari telunjuknya.

"Alah. Boleh lah. Kita tukar posisi. Aku ambil kau punya, kau ambil aku punya. Bukannya kita tak hafal part orang lain. Kan?" Maryam masih memujuk. Lengan Aisyah dipegang dan dihayunkan bersama.

Aisyah julingkan mata sahaja.

"Kau, kalau nak memujuk rayu, bukan dekat aku tau. Tu." Bibir Maryam terus memuncung ke satu arah. Arah di mana Mior dan Khairul berbincang sekali. Tak jauh pun dari tempat mereka.

Maryam ikut pandang.

"Tu. Mior dan Khairul. Pergi pujuk dorang. Kau pun satu. Dari dulu tak mahu tukar, sekarang baru nak menyesal apa semua." Omel Aisyah. Sambil itu dia buat gaya flip hair guna tudung bawal merah yang dipakainya.

Aisyah jadi Air Tembikai. Heh.

"Kau gila? Aku belum bersedia nak tidur atas katil hospital." Tepis Maryam sambil kepala dah menggeleng perlahan. Ngeri dengan Khairul.

Aisyah senyum sinis sahaja dengar kata Maryam tadi. "Dah tu? Redha aje lah. Apa lagi."

Maryam geleng. Lengan Aisyah dipegang.

"Tak yah eh. Kau cakap dengan dorang aku sakit perut ke, aku... aku morning sickness ke. Ek?" Maryam tukar plan daripada memujuk kepada memberi alasan.

"Ish, ish. Bapak tak cool. Bukan kau selalu kata, apa kelas tak dapat selesaikan tanggungjawab ke?" Oh. Maryam rasa macam dia kena tembak satu das tepat ke hati. Aisyah ni memang lah. Memang boleh bagi dia sentap. Guna ayat dia pula tu.

"So... kau tergolong dalam golongan takde kelas lah kan?" Dua das lagi kena tembak. Bam! Bam!

"Hah?"

Maryam dah rasa tercabar. Ini tak boleh jadi. Dia tak boleh biarkan bibir Aisyah makin panjang dengan senyuman sinis kepadanya. Terus semangat datang.

"Eh, hello! I'm still in my class eh! Jom!"

USAI tamat sahaja persembahan, Maryam tak pandang kiri kanan dah. Lurus sahaja dia berlari ke tandas dengan tangan dah menutup muka. Dia malu! Malu sangat-sangat. Dua puluh minit di atas pentas tadi adalah dua puluh minit paling memalukan sepanjang tempoh dia hidup ini. Tidak!

"Yam! Kau nak pergi mana tu?" Aisyah menegur kuat tapi Maryam buat tak tahu. Kaki makin laju berlari ke tandas. Kalau boleh, dia nak kurung diri satu hari dalam tu.

Buk!

Malang. Dia tersadung kaki sendiri. Tengah kumpulan manusia yang ada kat koridor tu pula. Dan kumpulan manusia itu adalah pelajar-pelajar lelaki. Riuh sebelum dia terjatuh depan mereka terus hilang sebaik sahaja dia landing cantik depan mereka semua.

Maryam rasa nak menangis. Tanpa lengah, terus dia bangun dan berlari dengan lebih laju lagi. Sempat dia dengar jeritan, siulan dan gelak tawa mereka.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now