DUDUK bersendirian di padang sekolah sewaktu rehat, Maryam bersandar di bawah pokok. Aisyah dia biarkan berehat sendirian, juga membiarkan gadis itu sangka dia di perpustakaan seperti biasa. Buat pertama kalinya, dia rasa dia mahu bersendirian. Bersendirian tanpa ada gangguan daripada sesiapa pun. Termasuk Aisyah.
Padang rumput yang menghijau, Maryam pandang sepi. Jauh dia lemparkan semua pemikirannya di tengah padang sana. Kalau dibuat animasi, memang satu keluar satu persatu fikiran dia di tengah padang itu.
Runsing. Dia masih tak dapat nak faham dengan apa yang berlaku di dalam bas pagi tadi. Antara dia dan Irfan.
Kenapa dia bagi aku dengar lagu tu?
Itu jawapan untuk apa?
Irfan ada minta dia cari apa-apa ke sampai lagu tu mungkin ada jawapannya?
Dan banyak lagi. Sampai ke diri dia pun termasuk sekali dalam fikiran dalam dia sendiri.
"Teruja?" Sebut Maryam perlahan seraya tangan naik memeluk lutut sendiri. Kemudiannya dia sandarkan kepala pada lengan sendiri.
"Kenapa nak kena teruja dengan Irfan?" Soalnya lagi.
Maryam tutup mata. Tak faham sungguh lah dia. Asal sebut nama Irfan, berdebar aje jantung macam dia baru habis berlari. Tak cerita lagi pasal perut dia yang tiba-tiba mengecut kegelian.
Melepaskan lutut sendiri, Maryam tekan perut sendiri. Kononnya nak hilangkan rasa kecut geli tu. Banyak kali juga dan mujur menjadi. Nafas lega dia helakan. Cuma... jantung ini aje. Nak tekan juga ke?
"Kenapa ni?" Soal Maryam sendiri lagi. Tangan dia lekap pada dada dan mengusapnya perlahan, cuba mengurangkan kadara debarannya.
"Dia takde. Irfan takde. Tak payah lah nak berdebar sangat. Dan kalau dia ada... yang kau nak bekerja lebih daripada had kenapa?!" Marah Maryam sambil tangan makin laju mengusap dada sendiri.
Sedar yang perbuatannya tak bagi apa-apa kesan pun, Maryam putus asa. Dia kembali bersandar pada pokok dan kaki dia biarkan menlunjur lurus.
Dompet dia keluarkan dari poket baju kurung kuning cairnya. Perlahan-lahan dia tarik zip ruang yang menempatkan nota-nota tak berguna yang dia tak boleh nak buang. Semua dia dah lipat jadi macam-macam bentuk origami. Takde lah rasa membazir sangat kan?
Banyak. Banyak dah dia dapat surat kecil ini daripada I.D. yang sampai sekarang dia masih tidak tahu siapa. Tapi itu lah... Dalam tak tahu tu, mesti teruja tu datang juga bila surat kecil ini muncul tiba-tiba tertampal di mana-mana.
Sebuah origami berbentuk burung dia buka lipatannya. Bait katanya dia baca dalam hati dengan senyum kecil terukir di bibir.
Can't take my eyes off you, Yummy
I.D."Yummy."
Maryam senyum dan dia buang pandang ke arah langit.
'Maryam.'
Suara Irfan memanggil namanya berlegar dalam kepala tiba-tiba. Entah kenapa tiba-tiba kepala dia buat perbandingan dengan dua nama itu.
Maryam? Yummy? Choose your fighter.
"Sama aje. Dua-dua nama aku." Omel Maryam perlahan sambil pandang kertas di tangan.
"Dan ini... Nama baru." Senyum senget satu kali. Jujur lah. Pertama kali dapat gelaran Yummy yang tak pernah disebut tapi hanya ditulis aje ni, ada lah geli dan creepy tu. Yalah. Dia manusia kut dan bukannya makanan sampai nak kena ber-Yummy bagai. Tapi lama-lama, dia rasa nama itu comel.
YOU ARE READING
C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)
Teen FictionALPHABET SERIES: A for ADORE 3# Apa pendapat kau tentang surat cinta di zaman serba moden ini? [C] November2018-Mei2020