A35

5.9K 685 11
                                    

CIKGU FARRA tidak hadir hari ini. Jadi Puan Halimah selaku Guru Ganti hari ini ambil alih kelas mereka selama 45 minit. Dan macam biasa, bila Puan Halimah yang jadi guru ganti, pasti dan pasti kelas tersebut perlu duduk di perpustakaan. Dan ini buatkan hampir semua pelajar Kelas 5-3 merungut. 45 minit kau bertapa dalam perpustakaan yang langsung tak boleh bising tu. Are you kreyji?

Tapi, bagi Maryam dan Aisyah itu adalah satu keseronokan. Bukan mereka sahaja lah. Ada lagi beberapa orang rakan sekelas yang lain. Dan mereka ini lah yang dipanggil dengan gelaran Nerd Worm dalam kelas. Ehehehe. Peduli apa? Ia hanya gelaran.

"So, kau nak rawat buku atau kau nak buat benda lain?" Soal Aisyah dalam perjalanan mereka nak pergi ke perpustakaan.

Maryam senyum kecil.

"Rawat? Tak nak. Aku nak buat tu petang nanti. Yang sekarang ni, aku nak penuhkan Buku Nilam aku, sekali gus dengan penuhkan otak aku." Rangka Maryam. Dapat dia bayangkan bagaimana fokusnya nanti di dalam perpustakaan itu. Oh! Lama rasanya tak rasa begitu!

Aisyah julingkan mata.

"So, aku takde peluang nak ganggu kau lah ni?" Aisyah bernada jengkel. Maryam ni. Kacau plan! Baru nak ajak usyah senior batch lepas dalam majalah sekolah.

Maryam geleng sambil buat muka mengejek.

"Kalau dapat, dapat lah. Kalau tak, wassalam aje lah." Senyum senget satu kali sama dia. Buahahaha.

Aisyah julingkan mata. Dia malas dab nak berbalas kata dengan Maryam. Balik-balik, dia juga yang kalah. Lagipun, mereka dah sampai dah depan perpustakaan. Tak boleh bising-bising.

"Okey. Pelajar Kelas 5-3, macam biasa saya nak pesan. Di samping kamu isi masa ini dengan perkara yang berfaedah, tolong jangan bising ya? Ini perpustakaan. Nanti, ada kelas junior kamu nak masuk juga. Jadi, berikan contoh yang terbaik." Pesan Puan Halimah sebelum mereka sama-sama berpecah mencari favourite spot masing-masing.

Maryam dan Aisyah dah melangkah ke tempat belakang perpustakaan. Tempat yang mereka pilih, tersorok sedikit dek rak-rak buku yang besar dan tinggi. Senang. Maryam boleh fokus pada Nilamnya dan Aisyah...

"Aku nak tidur. Dah habis masa, kau kejut eh?"

... ya. Fav spot untuk dia tidur. Ceh. Mentang-mentang sini tempat tersorok. Boleh pula dia buat macam tu. Baru tadi Puan Halimah kata beri contoh terbaik. Apakah?

Maryam dah menggeleng lihat Aisyah yang dah tidur berbantalkan lengan sendiri. Lantak. Malas nak kacau. Asalkan member tu bahagia dan paling penting, tak ganggu dia dan fokusnya.

Rak buku dihampiri dan beberapa buah buku yang menarik tajuknya, dia ambil. Tak lupa juga dia untuk ambil beberapa buah buku puisi kegeramannya.

Klasik sangat Maryam ni.

Kaki nak melangkah ke meja tadi, tapi dihalang laju oleh Faris yang tiba-tiba sahaja berdiri tegak di hadapannya.

Maryam pandang Faris atas bawah sebelum dia buat muka tanya 'pahal'. Tiba-tiba aje sekat jalan dia. Motif?

"Aku nak cakap dengan kau sekejap." Berkerut dahi Maryam dengar kata-kata berupa bisikan daripada Faris.

"Cakap apa? Aku nak buat nilam lah." Maryam enggan. Si Faris ni... bila Aisyah dah angkat bendera putih tak mahu ganggu dia, dia pula nak angkat bendera merah.

Faris berdecit. Dia menggamit Maryam masuk di sebalik rak. Tak mahu mereka berdua jadi perhatian orang. Mulanya Maryam tak mahu, tapi bila Faris asyik menggesa, dia mengalah. Mengalah sebab rimas.

Buku-buku diletakkan seketika di atas meja sebelum dia pergi berjumpa semula dengan Faris yang masih menunggu di celah rak.

"Apahal kau ni?" Soal Maryam bila lihat Faris pandang kiri kanan.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now