A54

5.3K 606 27
                                    

KETENANGAN Maryam sedang mengulangkaji pelajaran Biologi di tapak perhimpunan diganggu dengan sergahan tiba-tiba daripada Aisyah. Terkejut dia dibuatnya! Rasa mahu tercabut jantung ni. Bersama jelingan tajamnya, Aisyah yang tersenyum tanpa ada rasa bersalah itu dia pukul perlahan. Dah pukul, jam di pergelangan tangan dia pandang.

"Awal pula kau datang hari ni. Selalunya, sebelum lima minit pagar nak tutup, baru nampak kau terkedek-kedek berlari masuk barisan." Dalam bertanya, sempat Maryam memerli.

Aisyah bersila di sebelah Maryam. Dia buat tidak peduli aje dengan perlian Maryam. Ada sesuatu yang lebih penting daripada perlian Maryam sekarang.

"Memandangkan kau manusia, aku tak boleh halanglah apa yang kau nak cakap. So..." Di akhir kata Aisyah jongketkan bahu sahaja.

Maryam pandang atas bawah Aisyah di sebelahnya. Sudah berubah kah kawannya ini? Selalunya, tak boleh kacau sikit. Pasti tarik muncung itik dia yang boleh sangkut 20 hanger di situ. Tapi, pagi ini tenang semacam pula.

Maryam mengangguk. Okey lah kalau Aisyah dah cakap macam tu. Dia kembali fokus kepada buku di ribanya. Nanti ada Pop Quiz untuk subjek ini. Jadi, dia nak keputusan dia bagus seperti biasa.

Aisyah pandang Maryam, kemudian pandang buku di ribaan Maryam pula. Berulang-ulang Kali dia buat begitu tapi tumpuan Maryam langsung tak terganggu. Dia pula yang tak senang hati. Terus dia pukul perlahan peha Maryam, meminta perhatian gadis itu seketika.

Maryam menoleh. Kening dijongket mahu bertanya apa.

"Kau takde apa-apa nak cerita dengan aku?" Soal Aisyah. Dia tengah tahan diri daripada memulakan topik utama dahulu.

Maryam berkerut pelik seraya menggeleng perlahan.

"Takde. Kenapa? Ada apa-apa yang aku perlu cerita ke?" Soal Maryam semula. Tak lepas mata pandang Aisyah yang seperti cacing kepanasan sekarang.

"Betul takde? Mesti ada. Takkan tak ada kot?" Aisyah diam-diam memaksa. Tangan Maryam dipegang kejap.

"Kau okey ke tak ni? Aku cakap takde, kau nak aku cerita apa? Apa yang aku kena cerita?" Soal Maryam pula. Dia dah tutup buku yang sedari tadi terbuka. Daripada buku itu berterusan baca dia, baiklah dia tutup aje kan?

Aisyah menggeleng laju seraya menggoncang pula badan Maryam. Sampai Maryam rimas dibuatnya.

"Hei, hei! Apa benda kau ni?" Maryam lepaskan pegangan Aisyah pada lengannya sebelum dia menolak kasar Aisyah ke tepi. Jauh daripada dia, please?

"Eee! Kau memang sengaja nak aku buka topik dulu kan? Sebab tu kau off phone semalam, nak mengelak daripada aku. Kan?" Aisyah berkata geram. Lengan Maryam menjadi sasaran sepit ketamnya.

Maryam makin rimas. Campur sakit sekali. Dah sampai had limit sabarnya untuk pagi ini, terus dia pukul peha Aisyah kuat. Sampai mengaduh kawannya itu dan sampai beberapa pasang mata yang berada di sekeliling mereka, menoleh pelik ke arah mereka.

Tapi, Maryam being Maryam. And Aisyah being Aisyah. Buat tak tahu aje lah.

"Ish! Kau sengaja kan nak elak daripada gossip hangat sepanjang 17 tahun hidup ni?"

Bebelan Aisyah buat Maryam tercanggung. Tak faham. Blur.

"Apa benda yang kau merepek ni? Gossip apa ni?" Tanya Maryam kebingungan.

Aisyah julingkan mata ke atas. Lengan Maryam dipegang kemas dan penuh tajam matanya memandang Maryam.

"Semalam kau date dengan siapa?" Lurus soalan Aisyah. Takde belok-belok.

"Date dengan siapa? Apa ni?" Maryam jadi makin bingung.

"Semalam lepas habis sekolah, kau date dengan siapa?" Ulang soalan sama walau terang-terang kawan tu tak faham.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now