SUBHI hanya mampu geleng kepala. Maryam yang masih serius itu dia pandang sebelum dia letuskan tawa kecil. Tak tahu lah nak rasa apa sekarang. Campur baur. Marah ada, kelakar ada, suka ada, kecewa ada. Macam-macam lah hanya sebab satu ayat Maryam yang dia dengar tadi.
"Kau ni memang lembab." Tak berlapik, ayat itu terus dia tuju pada Maryam. Peduli lah gadis itu nak terasa ke apa.
Maryam senyum senget. Subhi yang dah bangun dari duduknya dia pandang.
"Aku tak akan ajar kau." Serius Subhi tutur kata. Maryam dipandang juga dengan serius.
"Aku rela kena dumped bukan untuk dengar soalan kau tadi." Katanya sebelum dia berlalu pergi. Maryam ditinggalkan tanpa dia menoleh lagi.
Maryam hanya biarkan Subhi pergi. Dia tak merasa nak menghalang. Buat apa pun untuk halang? Subhi ada hak untuk pergi dan dia pun ada hak untuk tidak menghalang lelaki itu.
Mata dipejam sebelum dia selamba baring atas pasir. Langit yang bertukar warna dia pandang sebelum dia pejam semula matanya rapat. Bagi dia berehat sekejap. Penat lah perang dalaman yang dia alami ni.
"Kenapalah nak compliated sangat? Kau baru tujuh belas tahun kut." Omel Maryam perlahan.
"Hmmm."
Maryam diam. Lengan diletak atas dahi dan mata masih lagi pejam. Kata-kata Subhi dia putarkan kembali dalam ingatan, dimainkan berkali-kali di telinga. Semacam kaset rosak dan dia tak bosan.
"So..."
Diam.
"Kau suka dia."
Diam.
"Kau suka lelaki bernama Irfan tu."
Mata dibuka dan langit yang separuh warna orennya sudah pergi dia pandang.
"Itu kan? Siapa lelaki yang kau suka pandang lama-lama tanpa sedar? Tengok-tengok kau sedar mata kau dah pandang dia?" Maryam soal diri sendiri.
"Irfan." Dia jawab sendiri soalan itu. Memang sejak akhir-akhir dia selalu tersedar yang dia tiba-tiba pandang Irfan. Dahulu tidak pula begitu. Maksudnya tak sekerap ini. Sejak Irfan berada di Pulau Pinang dan kira sepanjang hari ini, mesti dia sedar-sedar aje dia tengah pandang Irfan dan Irfan tengah pandang dia.
"Okey. Siapa yang kau cari-cari bila dalam crowd?" Soalan Subhi yang kedua tadi ditanya semula pada diri sendiri.
Diam.
"Irfan lagi." Jawab Maryam perlahan.
Dia sedar yang sejak Irfan ada di Pulau Pinang, dia rasa semacam teruja nak pergi kerja. Hampir boleh dikatakan dia akan datang awal dari waktu yang sepatutnya dia datang. Mungkin dalam 15 minit sebelum waktu kerjanya. Dan dia perasan yang bila Aisyah datang hotel untuk ajak Irfan dan kawan-kawan buat aktiviti, entah kenapa matanya akan automatik pandang lif kemudiannya. Aisyah dia pandang sekilas gitu aje. Itu tak cerita lagi bila Aisyah masuk hotel lepas habis playing tourist dengan mereka. Lagilah mata ni tak berhenti cari batang tubuh Irfan. Muka yang ceria itu pasti dia akan cari siap akan tunggu pula tu. Gila.
"Okey. Kau suka tengok dia senyum kan?"
Terus raut Irfan yang bergelak ketawa dan tersenyum bersama kawan-kawannya sepanjang hari ini menerjah masuk dalam kepala tanpa henti. Dan dia baru sedar yang dia banyak kali kena tegur dengan Aisyah hari ini.
"Kau ni dah kenapa senyum sorang-sorang?"
Ya. Dan setiap teguran tu dia dapat setiap kali ya, setiap kali dia pandang Irfan yang sedang senyum sama. Padahal lelaki itu jauh tau dari tempat dia dan Aisyah. Gila tak gila? Dah macan orang tak betul.
YOU ARE READING
C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)
JugendliteraturALPHABET SERIES: A for ADORE 3# Apa pendapat kau tentang surat cinta di zaman serba moden ini? [C] November2018-Mei2020