A71

5K 652 86
                                    

MATA tak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang. Buku-buku yang semalam disimpan rapi di dalam laci mejanya telah berselerakan di atas lantai. Pembalut mejanya yang semalam masih cantik membaluti mejanya, sudah habis dikoyak dengan ganas. Kerusi yang semalamnya bersih, tiba-tiba ada cairan seperti gam di atasnya.

Semua gamam melihatkan itu. Takde siapa yang bersuara dan semua memandang Maryam dan tempatnya berulang-ulang kali.

"Apa dah jadi ni?" Khairul selaku ketua kelas mula memecahkan sepi. Maryam dihampiri dan sisi gamam gadis itu dia pandang sekilas.

"Siapa yang buat ni?" Soal Khairul seraya menebarkan pandang kepada rakan-rakan sekelasnya. Wajahnya masam mencuka dan berubah garang.

"Come on? Siapa yang busuk hati dengan Maryam ni?" Tanya Khairul lagi dan kali ini pertanyaannya sedikit lantang dan kuat, menggerunkan rakan-rakan sekelas yang lain.

"Takde sesiapa rasanya. Maryam okey aje dengan kitorang, dan kitorang pun okey dengan dia." Zuhair menjawab dengan berani membela diri dan kawan-kawannya.

"Habis tu? Ni..." Khairul tunjuk tempat Maryam yang berselerak.

"Manalah kitorang tahu. Semalam semua balik awal kan? Takde yang stay sekolah. Lagipun dah nak dekat periksa ni, siapa ada masa nak buat benda tak siuman macam ni." Diana pula bersuara. Dari tengah kelas, Maryam dihampiri dan dia sama-sama mengusap bahu itu seperti Aisyah yang juga gamam seperti Maryam sedari tadi.

Semua terkejut.

"Dah lah. Tak payah cari salah siapa dulu sekarang. Itu buat kemudia. Sekarang, baik kita tolong Maryam bersihkan tempat dia, lepas tu bersedia untuk kelas. Nanti kita lapor kepada Cikgu Ghazali." Imani bersuara bernas dan memandang rakan-rakan sekelasnya. Dia rasa, mulakan hari seperti biasa dahulu adalah pilihan yang baik sekarang. Tidak mahu mereka semua dibebeli Puan Zahrah walau dia cukup bersimpati kepada Maryam.

Maryam menggeleng. "Takpe, aku boleh buat sendiri. Dan... Tak perlu kut lapor pada cikgu. Aku okey." Maryam pecahkan kebisuannya bila beberapa orang rakan sekelasnya datang untuk membantunya.

"Mana boleh, kau kena bagitahu cikgu. Ini, dah macam kes buli tau?" Aisyah merengus tidak puas hati.

Maryam hanya menggeleng. Dia malas mahu fikir siapa punya angkara dan mengapa orang itu berbuat begitu. Lagipula macam Diana kata tadi, peperiksaan semakin hampir. Benda ni cukup remeh kalau nak dibandingkan dengan peperiksaan yang akan berlangsung nanti.

"Maryam, mari aku tolong basuhkan kerusi kau." Khairul menghulurkan bantuan tapi cepat Faris datang dan menghalang. Dua lelaki itu, Maryam pandang silih berganti.

"Takpe, ini aku buat. Aku rasa baik kau pergi panggil Cikgu Zahrah dulu. Nanti lambat jemput, dia bising." Cadangan Faris diterima Khairul dan mereka terus melakukan tugas tanpa mempedulikan Maryam.

"Yam, kemas cepat." Aisyah menyuruh sambil tangan ikut sama mengemas dibantu oleh Hawwa dan Kalilah sedikit.

Maryam mengangguk. Buku-buku yang berselerak dikutip satu persatu. Sedih bila lihat buku baru yang dia jaga dengan sangat rapi itu dah berkeromot teruk. Penat dia jaga gantian pemberian Irfan ini.

"Kau tak syak siapa-siapa ke, Yam?" Hawwa bertanya seraya menghulurkan buku kepada Maryam.

Maryam ucap terima kasih dan menggeleng.

"Entah. Aku malas nak fikir. Siapa pun dia, lantak lah. Daripada aku runsingkan siapa dia, baik aku runsingkan pasal pelajaran aku." Kata Maryam tenang.

"Hmm. Tapi, ini pun ada kena mengena dengan pelajaran kau. Emosi kau terganggu macam man---"

"Aku okey lah. Mana ada emosi terganggu. Ada nampak aku meraung melolong ke sekarang?" Tanya Maryam memintas kata-kata Aisyah.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now