A20

6.6K 703 28
                                    

SELESAI sahaja Maryam menolong Puan Nashiah melipat baju di dalam bilik, terus Maryam keluar. Tadi, dia ada minta izin untuk keluar membeli burger memandangkan Puan Nashiah tak sempat masak untuk malam ini. Yalah. Tak sempat pun sebab sibuk siapkan pakaian untuk peragaan fesyen karnival sekolahnya. Masa berbaki tinggal dua hari sahaja lagi. Tadi pun Cikgu Aidah panggil sebab nak tambah lagi sehelai baju serta nak tambah perhiasan.

Nampak gaya, dia pun kena berjaga malam juga hari ini menolong Puan Nashiah apa yang patut.

"Mak, Maryam pergi dulu ni!" Beritahu Maryam sebaik sahaja dia sudah siap dengan hoodie hitam di kepala. Nak tutup baju tidur dia yang berlengan pendek. Seluar tidur dia tak tukar. Malas.

"Ya! Ajak Mueen, jangan pergi seorang diri! Belikan mak dengan babah nasi bungkus ya?" Pesan Puan Nashiah dari dalam bilik sebelum bunyi mesin jahit ditekan kedengaran.

Maryam angguk sahaja walau tahu Puan Nashiah tak akan nampak. Terus dia dapatkan Mueen yang ada di dalam bilik. Tadi dia nampak Mueen tengah bermain PS4 Tu... takde kerja sekolah lah tu. Sebab tu boleh main masa tengah minggu macam ni. Tahu ke mak... naya!

"Mueen!" Tombol pintu dia buka selepas pintu diketuk kuat tiga kali. Tak berkunci, maknanya keadaan Mueen okey.

Mueen yang dengar suara Maryam, terus kabut mematikan PS4 miliknya. Dan bila dia pandang Maryam, sengih kerang dia ukirkan.

"Kak... jangan bagitahu mak, eh?" Sedikit merayu nada Mueen. Tahu dia dah langgar peraturan tak boleh main PS4 masa hari sekolah.

Maryam berpeluk tubuh sahaja. "Ini kali terakhir. Aku tahu lagi, memang kena buang dek mak." Maryam bersetuju untuk kamceng dengan Mueen buat kali yang terakhir.

"Okey! Okey! Janji!" Mueen dah gembira. Terus dia datang menerpa ke arah Maryam sebelum tangan Maryam dikucup banyak kali.

Maryam rimas. Sekali dua kucup, okeylah. Ni... dah sampai nak basah belakang tangannya. Geli tahu tak?!

"Dah lah tu." Kata Maryam jengkel. Tangannya terus ditarik dan kepala Mueen ditolak menjauh.

Mueen hanya sengih. Kemudiannya dia pandang Maryam atas bawah. Apasal macam nak keluar sahaja penampilan kakaknya yang seorang ini.

"Jom. Burger." Belum sempat Mueen nak bertanya, Maryam dah menjawab dahulu. Dan jawapan advance Maryam buat mata Mueen bersinar terus.

"Serius lah? Mak bagi?" Mueen bertanya suka. Dalam pada masa yang sama, dia dah sibuk sarungkan hoodie hitam macam Maryam semata-mata nak tutup baju tidur yang dia pakai.

Ya. Rumah dia, peraturannya bila malam hari, kena pakai baju tidur. Sejak dulu memang begitu.

Maryam julingkan mata.

"Kalau mak tak bagi, takde lah aku ajak kau. Kan mak tak masak sebab nak siapkan baju. Mak suruh bungkuskan sekali." Beritahu Maryam. Dah nampak Mueen sudah siap dan masukkan purse ke dalam poket hoodie, Maryam terus berlalu pergi.

"Mak, kami pergi dulu!" Maryam dengar Mueen memberitahu Puan Nashiah walaupun tika itu dia sudah sarungkan kasut di hadapan pintu.

Tapi, dah bagitahu pun, Mueen lambat lagi keluar dari rumah. Entah apa lagi dia bersembang dengan mak. Tak. Rasanya bukan bersembang, tapi mak beri khidmat pesanan. Kan dah malam ni? Mana elok nak keluar. Jadi, berjelalah pesanan yang kena dengar.

Sementara menunggu Mueen, Maryam bawa keluar telefonnya dari poket hoodie. Ha... ini buat di sengih. Encik Saidi baikikan telefon dia tau sempena hadiah ulang tahun kelahirannya. Bila entah si babahnya itu ambil telefon ini, dia pun tak tahu. Tahu-tahu aje babah dah hulurkan dengan senyuman.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now