A9

7.4K 681 3
                                    

SEBAIK sahaja Miss Dina keluar, Cikgu Ghazali terus masuk ke dalam kelas Tingkatan 5-3. Semua pelajar tercengang sebab semua dah tahu bahawa sekarang bukanlah waktu Cikgu Ghazali. Jadi apakah yang sedang berlaku sekarang?

Cikgu Ghazali geleng kecil lihat riak cengang para pelajarnya.

"Ha, Khairul. Kenapa tak bagi salam lagi? Saya dah masuk kelas ni." Tegur Cikgu Ghazali bila Khairul, Si Ketua Kelas tidak menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa.

Khairul apa lagi... terus gelabah bangun bila ditegur begitu. Dengan segera dia memberi salam kepada Cikgu Ghazali. Yang lain hanya mengikut.

"Waalaikumussalam. Baik, duduk!" Arah Cikgu Ghazali dan pelajar-pelajar kelas 5-3 patuh.

"Cikgu salah masuk kelas ke?" Khairul bertanya memandangkan semua dah pandang-pandang ni. Tanda mengarah. Ceh. Tak rasa macam ketua kelas langsung!

Senyum kecil Cikgu Ghazali dengar pertanyaan Khairul. Beliau tidak menjawab, sebaliknya beliau membawa kerusi guru di hadapan kelas, bawah kipas. Sejuk.

Pelajar kelas 5-3 makin pelik.

"Apa cikgu buat tu?" Maryam berbisik, bertanya kepada Aisyah di sebelah.

Aisyah jongketkan bahu sahaja sebagai jawapan dia tidak tahu apa yang sedang guru kelas mereka lakukan sekarang. Soalan Khairul yang masih belum dijawab menimbulkan banyak pertanyaan dalam fikiran masing-masing.

"Baik. Cikgu tak salah masuk kelas, pun. Dan cikgu juga bukan ganti waktu cikgu yang sepatutnya masuk sekarang." Soalan Khairul, Cikgu Ghazali jawab. Beliau sudah siap duduk bersilang kaki lagi.

"Habis tu?" Faris pula bertanya.

"Habis tu, cikgu nak masuk. Cikgu masuk lah!" Selamba Cikgu Ghazali menjawab dan itu menimbulkan bunga-bunga rungutan dari para pelajar sebab masing-masing tak berpuas hati dengan jawapan yang diberi. Tanda tanya tak hilang lagi ni!

"Cikgu tengah try hard buat lawak ke, Yam?" Kali ini, Aisyah pula berbisik, bertanya kepada Maryam.

"Hah?" Tak jumpa mana bahagian 'try hard lawak' yang dikatakan Aisyah tadi.

"Dah, diam!" Mati terus rungutan tadi. Semua pandang Cikgu Ghazali di hadapan.

Senyum kecil terukir di bibir sebelum Cikgu Ghazali berkata tenang dan selamba.

"So, macam mana dengan peperiksaan kamu semua? Okey?" Tanya Cikgu Ghazali.

"Okey, cikgu!" Semua menyahut, menjawab soalan yang ditanya walaupun semua masih tak faham kenapa Cikgu Ghazali masuk pada waktu yang sepatutnya Mrs. Liew yang masuk.

"Senang ke soalan Sejarah yang cikgu bagi tu?" Tanya Cikgu Ghazali lagi. Wajah pelajarnya dipandang satu persatu.

"Susah!"

"Saya tak ingat fakta!"

"Otak saya jammed cikgu!"

"Eleh, celah gigi aje!"

Bercampur-baur jawapan yang diterima untuk soalan yang satu tadi. Dan Cikgu Ghazali hanya mendengar sambil kepala terangguk-angguk. Layan aje rungutan kelas kesayangannya ini.

"Bagus lah tu... sekurang-kurangnya, kamu semua takkan terkejut dengan soalan masa SPM nanti." Rumus Cikgu Ghazali pendek bila kebanyakan pelajarnya memberi jawapan 'susah'.

"Jangan cakap SPM, cikgu. Tak best!" Suara kecewa Zuhair kedengaran. Dan itu buat yang lain hanya gelak kecil dan geleng. Cikgu Ghazali pun sama. Faham sangat dengan Zuhair yang anti dengan SPM.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now