A28

6K 691 15
                                    

BEG sekolah, Maryam letak di atas kerusi sebelum dia labuhkan duduknya di situ. Pandang meja sebelah, Aisyah masih belum ada. Pandang jam di hadapan kelas, berkerut terus dahinya. Dah nak 7.30 pagi, mustahil kalau Aisyah tak datang lagi. Luar kelas dia pandang untuk mencari kelibat Aisyah.

"Eh, Aisyah tak datang ke?" Soalan Hawwa buat Maryam menoleh memandang kawannya itu.

"Tak tahu lah. Tak pernah pun dia lambat macam ni." Kata Maryam kurang bersemangat. Kalau betul lah Aisyah tak datang hari ni, sumpah harinya akan bosan. Siapa aje nak buat dia menyampah satu hari kalau bukan Aisyah?

Hawwa senyum. "Dia takde bagitahu apa-apa ke semalam?"

Maryam menggeleng. Kalilah yang baru sahaja tiba dipandang dengan lemparan senyuman hambarnya.

"Risau pasal Aisyah tak datang ke?" Kalilah terus bertanya bila nampak wajah monyok Maryam. Jelas sangat lah ekspresi wajah Maryam kalau berkaitan dengan Aisyah.

Hawwa angguk sebagai jawapan 'ya'. Nak harap Maryam, gadis itu dah terjenguk-jenguk memamdang luar semula.

"Alah, tak payah risau. Tadi nampak dia jumpa Cikgu Ghazali. Ambil bahan mengajar cikgu kut." Kata-kata Kalilah berjaya buat Maryam senyum kecil.

"Ya ke?"

Hawwa dan Kalilah senyum sahaja. Aiseh. Sejak persembahan pembukaan Hari Karnival Sekolah kelmarin, Maryam kelihatan comel pula di mata mereka.

"Ya. Tak payah risau. Baik siap sedia. Hari ni kan hari Jumaat. Kelas Cikgu Ghazali kan, kelas gabung. Jangan buat malu tak dapat jawab soalan kuiz pula nanti." Hawwa mengingatkan seraya mengeluarkan buku teks Sejarah Tingkatan Lima dari dalam beg sekolahnya.

Memandangkan Cikgu Ghazali adalah cikgu tunggal untuk subjek Sejarah Tingkatan Lima, memang kelas mereka akan bergabung dengan kelas tingkatan lima yang lain. Dan Hari Jumaat menjadi pilihan cikgu itu sebab itu hari terakhir dalam minggu. Nak buat latihan. Dan kelas gabungan adalah kelas mereka bersama dengan kelas tingkatan lima yang lain, secara berselang-seli. Yang tak bergabung tu, biasanya cikgu arahkan untuk buat latihan sendiri. Kemudian cikgu akan periksa.

"Oh, haah! Lupa pula." Ucap Kalilah sebelum dia pun turut mengeluarkan buku teks dari begnya.

Maryam pula hanya angguk. Mujur dia dah buat ulang kaji ringkas semalam. Pagi ini, tinggal nak ingat semula sahaja. Buku teks dikeluarkan dan muka surat yang baru sahaja mereka semua belajar Isnin lepas dibuka dan dibaca sekilas.

"Eh, hari ini kelas mana ya yang gabung?" Soalan Hawwa mematikan seketika fokus Maryam pada pembacaannya.

"Haah. Minggu lepas kelas mana?" Kalilah pula bertanya sebelum masing-masing buat muka berfikir. Dah nyanyuk sangat nampaknya. Padahal, baru minggu lepas.

Tak sempat masing-masing nak mencari jawapan dalam memori masing-masing, Cikgu Ghazali dah masuk dalam kelas.

Maryam sengih bila nampak Aisyah dan Faris yang berjalan di belakang Cikgu Ghazali bersama tangan masing-masing penuh membawa bahan mengajar cikgu beranak tiga itu.

Usai memberi salam semua pelajar diminta duduk dan terus Aisyah serta Faris mengambil tempat masing-masing. Bila Aisyah dah duduk di sebelah, terus Maryam buat-buat tak endah. Ceh. Ingat dia nak tunjuk perasaan kehilangan dia tadi? Jangan harap lah!

"Okey. Mana pelajar kelas gabungan? Minggu ni kelas mana?" Soal Cikgu Ghazali di hadapan kelas. Wajah tegang cikgu itu dah tunjuk yang mungkin kelas pada pagi ini akan jadi sedikit serius. Err... atau banyak? Tak boleh nak jangka.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now