A97

4.9K 611 135
                                    

OMBAK yang menghempas gigi pantai, Maryam lihat tanpa rasa. Lurus pandangannya mengikut pergerakan ombak yang datang dan pergi. Diam-diam dari bersila, dia mula memeluk lutut sendiri. Pandangan dah dilemparkan jauh ke tengah lautan yang tanpa indah memantulkan warna matahari senja.

Dia diam, tapi hakikatnya dalamannya sangat bising. Otaknya sedang berperang dengan hati sendiri. Dia pun tak tahu mana yang akan menang dengan hujjah masing-masing. Dan dia pun tak tahu macam mana Irfan boleh jadi tajuk perang otak dan hatinya.

Runsing, Maryam sembamkan wajah pada lututnya. Tak terasa nak tengok laut mahupun matahari dah. Makanan pun dia tak hendak nak jamah. Takde selera.

"Kau kenapa, Yam?" Dirinya disoal sendiri sebelum dia diam. Lama.

"Kenapa dengan Irfan?"

Diam lama.

"Apa yang kau rasa ni, Yam?"

Diam lama.

"Yang kau nak sedih kenapa?"

Diam lama.

"Apa benda kau nak sebenarnya?"

Diam lama. Dan perlahan-lahan dia angkat wajahnya. Dagu bertongkat pada lutut dan matahari yang dah mula nak 'memasuki' laut dia pandang.

Ting!

Notifikasi WhatsApp buat mata Maryam beralih arah. Telefon di sisi dia pandang seketika sebelum lambat-lambat dia mengambilnya.

Annoying
Come here.

Maryam blue tick sahaja. Tak rasa nak membalas. Dia nampak Irfan typing... tapi dia biarkan sahaja. Menunggu apa lagi yang Irfan nak hantar.

Annoying
Or else, I run to you

Sekali lagi Maryam biarkan sahaja WhatsApp Irfan dengan bluetick. Irfan kembali typing... lagi.

Annoying
Aku datang sana, k?

Bluetick lagi. Dan dia nampak last seen Irfan. Telefon kembali diletakkan di sisi. Malas mahu fikir Irfan betul-betul datang atau tidak. Dia malas mahu fikir. Malas mahu ambil tahu. Yang dia tahu dia tengah celaru.

"Maryam!" Jeritan itu buat Maryam menoleh. Berkerut sekejap dahinya. Takkan baru offline dah sampai kut? Dia teleport ke?

Entah kenapa bila nampak Subhi yang memanggilnya tadi, hati jadi kecewa tapi dalam masa yang sama lega. Lega Subhi yang datang sebab bukan Irfan. Kalau Irfan datang, dia mungkin akan lagi celaru rasanya. Tapi kecewa kerana ia bukan Subhi. Separuh hatinya berharap yang lelaki itu datang kepadanya.

'Kau sejak bila jadi complicated ni?' Bisik hati Maryam sendiri.

"Hei." Mengah-mengah Subhi menegur dan Maryam hanya lempar senyum kecil sahaja buat lelaki itu.

"Kau lari ke macam mana?" Tanya Maryam. Subhi yang dah terbaring penat tidak jauh darinya dia pandang pelik.

"Yalah. Kau tu jalan ke apa? Laju betul sampai aku kena lari nak kejar kau." Maryam dipandang dan nampak gadis itu hanya senyum hambar aje.

"Mana aku tahu kau kejar aku. Kenapa kau kat sini?" Tanya Maryam. Dia pandang arah Subhi datang. Mana lah tahu yang lain juga ikut serta tapi lambat sedikit sampainya daripada Subhi.

Dari berbaring, Subhi mula bangun dan labuhkan duduk di sebelah Maryam. Mungkin bagi Maryam kedudukan mereka agak rapat, jadinya gadia itu jarakkan sedikit kedudukan mereka.

"Kau tu yang buat apa kat sini. Kenapa kau duduk kat sini pulak? Kata nak jalan-jalan kejap aje." Subhi memulangkan paku buah keras. Sisi wajah Maryam dia pandang.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now