LUKA yang jelas nampak pada kekura tangannya, Irfan pandang kosong. Begitu juga dengan kesan calar pada lengannya akibat bergeser dengan jalan tar tadi. Pergaduhan kali ini, tidaklah teruk mana. Tak mencabar pun. Satu lawan satu dan yang satu adalah lopek. Nak lawan dengan dia yang takde mood ni, memang kenalah sekali.
Pada mulanya, dia buat bodoh aje tak mahu bergaduh, tapi Izu budak nakal tingkatan empat provok dia pula. Walhal, dia dah minta maaf dah pun. Dan tindakannya menyepak batu di jalanan sampai terkena pada belakang badan lelaki itu, bukan satu perkara yang disengajakan. Tak sengaja. Tapi, Izu kata dia nak cari pasal pula.
Sudahnya, bila lelaki itu layangkan penumbuknya, dia pun membalas sekali. Sungguh lah Si Izu ni ada isu. Benda kecil macam ni pun dah layang penumbuk. Kalau benda besar, mahu parang yang melayang.
Telefon yang bergetar dalam poket seluar menyedarkan Irfan. Dengan sebelah tangan lagi, telefon itu dikeluarkan. Nama pemanggil buat dia senyum senget. Panggilan dijawab.
"Sayang, kat mana?" Mendengarkan suara itu, Irfan senyum senget lagi sekali.
"Kat sekolah lagi. Kau curi motor aku kan, Subhi? Ambil aku sekarang." Arah Irfan. Dia buat tak endah aje dengan lakonan Subhi.
Subhi gelak.
"Mana ada curi, yang. Pinjam."
"Tak kesah lah. Ambil aku cepat. Penat ni." Balas Irfan. Langit yang makin mendung dia pandang. Janganlah hujan. Nanti Subhi malas nak ambil dia.
"Oho. Sayang kerja OT ya hari ni? Kenapa tak ajak ayang? Siapa?"
Irfan julingkan mata. Sumpah dia geli dengan lakonan Subhi. Buang tebiat apa ni? Ke ada orang lain yang Subhi perlu impresskan di sebelahnya? Sebab tu macam ni?
"Izu."
Mata Subhi membulat. "Izu budak form four tu? Amboi, berani cari pasal dengan senior?"
Irfan jongketkan bahu.
"Lantak dia lah. Ambil aku cepat."
"Eh, kau menang kan? Balik sendiri lah. Datang rumah aku. Dah mula hujan ni."
Masa tu, Irfan pandang langit sekali lagi. Ya, dah mula hujan. Dia dah tahu kenapa banyak sangat Subhi bercakap ni. Jelas dia nak mengelak daripada mengambil dia di sekolah.
"Sial lah kau."
Subhi ketawa besar.
"Balik rumah ayang, ya? Mak ayang masak sedap ni." Dan tak sempat Irfan nak membalas lanjut, panggilan dah dimatikan. Rasa nak campak aje telefon ke lantai bus stop ni.
Irfan letak telefon di sebelahnya dan langit yang makin lebat mencurahkan hujan dia pandang.
Dia nak tunggu bas datang. Takde mood nak redah hujan ke rumah Subhi. Dia takde mood sungguh hari ni sebab dapat menonton wayang percuma Maryam dan Shauqi pagi tadi.
Mata dipejam. Dia nikmati bunyi rintikan hujan sekarang ini. Nak tenangkan hati yang bergelora dengan cemburu ni.
"Save!" Jeritan kecil itu buat mata Irfan terbuka. Lambat-lambat dia palingkan wajah memandang gerangan yang baru berteduh di bus stop ini. Bila pandangan mata mereka bertembung, Irfan hela nafas perlahan.
Oh, no. Not save, My Yummy.
▩▩▩
ATAS bawah Maryam tilik Irfan dari jauh. Tengok muka, okey aje. Mata dah surut lebamnya. Kaki pun okey, takde kesan seluar koyak atau luka. Tapi, tangan tu. Ada kesan calar pada lengan lelaki itu juga sedikit luka pada kekura tangan lelaki itu. Tak payah fikir panjang, Maryam dah tahu dari mana luka dan calar itu datang. Jatuh? Tak. Gaduh? Ya.
YOU ARE READING
C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)
Novela JuvenilALPHABET SERIES: A for ADORE 3# Apa pendapat kau tentang surat cinta di zaman serba moden ini? [C] November2018-Mei2020