SUNYI ruang tamu itu bila Johari dan Heng sudah terlentang tidur di atas lantai. Yang masih tinggal berjaga hanya Irfan dan Subhi sahaja. Masing-masing diam tidak bersuara sampailah kesunyian itu dipecahkan oleh bunyi petikan gitar yang dipegang Subhi.
Irfan menoleh dan dia lihat Subhi sedang bangun dari duduknya dan menuju ke ruang kolam renang mini di dalam rumahnya. Berkerut dahi Irfan.
"Dia nak melayan perasaan lagi ke?" Soal Irfan perlahan sebelum dia sama-sama ambil langkah menghampiri Subhi.
Subhi tidak perasan dengan kehadirannya di situ dan dia pun tidak mahu mengganggu kawannya itu. Jadi, dia labuhkan duduk di atas lantai, tidak jauh dari kedudukan Subhi yang masih lagi memetik gitar.
Sisi wajah Subhi yang tenang dia pandang. Dia tahu, ada sesuatu yang disembunyikan Subhi tapi dia tidak pasti apa. Tengok aje wajah dia tenang begitu, tapi dalam hati lelaki itu, jarang-jarang ada yang dapat menebak dengan tepat. Subhi pandai menjaganya dengan senyuman manih leting dia tu.
Irfan diam dan bersandar pada dinding bila telinganya menangkap perlahan suara Subhi menyanyi seiring dengan petikan gitar yang berbunyi perlahan.
Mengapakah kita selalu berjauh hati?
Selalu sendiri dan terasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi?
Berat bagiku... Berat bagiku
Badan Irfan tegak sudah. Dia pandang Subhi dengan pandangan yang pelik. Apasallah kawannya seorang ini suka menyanyi lagu broken akhir-akhir ini? Dah kenapa? Memang broken ke macam mana?
Apakah salahku kau buatku begini?
Selalu sendiri tinggal sendiri
Cinta yang ku pinta kau balas dengan dusta
Berat bagiku...
Irfan kembali bersandar pada dinding. Dia hanya biarkan sahaja Subhi melayan rasa, meluahkan semuanya melalui nyanyian perlahannya.
Melepaskanmu...
Bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Irfan toleh pandang Subhi dan melihat wajah Subhi yang bersungguh menyanyi seperti betul-betul menghayati bait lagu yang dinyanyikan, Irfan segera memalingkan wajah. Laju otak berfikir.
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidurku tak lena mengenangkanmu
Entah bagaimana, di celah-celah dia sedang berfikir tentang Subhi, fikiran terhadap Maryam muncul. Sedikit demi sedikit sehingga fikirannya hanya kepada gadis itu sahaja. Semerta, luka di tangan yang belum berbalut dan sudah kering dia pandang lama.
Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali menguasai diriku ini...
Satu persatu kenangan bersama Maryam muncul. Daripada kenangan sekarang, sehinggalah kenangan yang berlaku hampir lima tahun yang lalu, ketika dia di tingkatan satu.
Tika itu, dia baru sahaja turun dari kereta yang dipandu mummynya untuk ke sekolah. Dengan senyuman gembira kerana mummy menghantarnya ke sekolah sekian lama, dia melambai ke arah mummynya yang masih di dalam kereta dan mula melintas.
Gembira lebih menguasai sampai dia tak pandang kiri dan ke kanan. Walhal mummynya dah berlalu pergi setelah kembali membalas lambaiannya tadi.
Kereta mummy yang makin menjauh masih menjadi tatapan matanya. Bibir pun masih mengoyak senyum sampailah...
YOU ARE READING
C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)
Genç KurguALPHABET SERIES: A for ADORE 3# Apa pendapat kau tentang surat cinta di zaman serba moden ini? [C] November2018-Mei2020