A33

5.5K 670 7
                                    

MARYAM tahan rasa. Rasa geram, rasa marah, rasa kecewa. Dan paling dia tengah tahan sekarang adalah rasa sedih dan rasa nak menangis.

"Ya, babah. Tak perlu risau. Maaf ya?" Sesudah menelefon Encik Saidi, terus Maryam matikan telefon. Kemudian, berdiri statik pada tempat dia sedang berdiri sekarang dengan mata yang terpejam rapat.

'Tahan, Yam. Jangan menangis. Jangan menangis.'

Mueen gosok perlahan belakang tengkuknya bila lihat keadaan Maryam yang masih lagi membelakanginya dan berdiam diri.

"Kak Ya---"

"Diam." Satu patah perkataan yang diucap perlahan oleh Maryam itu terus mengunci mulut Mueen untuk terus mengeluarkan kata. Sunyi terus taman permainan di kawasan perumahan rumah teres ini. Kawasan sebelah kawasan flat mereka.

Irfan dan Subhi yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka Mueen pandang dan menggeleng kecil.

"Macam mana Maryam dan Mueen boleh ada kat situ?" Tanya Irfan kepada Subhi dalam nada berbisik. Maryam yang masih berdiri membelakangi mereka dia pandang tidak lepas.

"Aku pun tak tahu." Jawab Subhi ringkas. Sambil itu dia sentuh sikit hujung bibirnya yang pecah dan berdesis sakit.

Maryam menoleh. Mueen dipandang tak lepas sebelum adiknya yang duduk bak pesalah itu dia hampiri. Irfan yang melihat terus tegakkan badan.

Mueen pandang Maryam.

"Kak Yam."

Buk!

Menyeringai kesakitan Mueen dibuatnya bila Maryam tanpa kata terus mengetuk kepalanya. Kuat. Irfan dan Subhi yang melihat terus ternganga. Tak jangka pula itu tindakan Maryam.

"Kak Yam. Sakit!" Mueen bersuara. Macam nak menangis dah.

Maryam tetap berdiam diri. Ubat sapu, plaster dan pembalut yang dia beli tadi dia bawa keluar dari plastik. Tanpa kata, terus dia mencangkung di hadapan Mueen dan luka adiknya dirawat.

Irfan terdiam. Dadanya berdebar melihat sisi Maryam yang ini. Buat dia teringat masa dahulunya bersama gadis itu.

"Tadi... dia bukan marah ke?" Subhi menyoal pelik.

"Kak Yam." Mueen dah terharu. Air mata dah jatuh setitik. Ada dua sebab. Satu sebab terharu dan satu lagi sebab sakit dirawat.

"Aku benci kau, adik! Kau tahu tak macam mana perasan aku bila tengok kau kena belasah tadi? Kau tahu tak macam mana perasan aku bila tengok kau membelasah tadi?" Tertahan-tahan suara Maryam menyoal. Dalam mata yang dah berair itu, tangan masih laju merawat luka si adik.

Mueen diam. Air mata dia seka dan wajah Maryam yang dah merah nak menangis itu dia pandang.

"Kak Yam."

"Suka ek buat aku risau? Buat babah dan mak risau?" Soal Maryam lagi. Sedikit pun dia tak angkat muka sebab air mata yang dah mengalir membasahi pipi.

Mueen menggeleng. "Tak. Tak suka." Persis anak kecil Mueen menjawabnya.

Maryam seka air mata sebelum dia angkat wajah memandang Mueen. Irfan perasan tingkah Maryam itu.

'Dia menangis.'

Irfan telan liur yang tiba-tiba tersekat di kerongkong.

"Habis tu? Kenapa kau pergi bertumbuk tadi?" Soal Maryam. Sepasang mata Mueen dia cari namun adiknya itu pantas sahaja menunduk.

Maryam diam. Dia pandang langit dan mata dikerdipkan beberapa kali untuk elakkan air matanya jatuh lagi.

"Dia menangis ke weh?" Soalan Subhi, Irfan biarkan berlalu pergi. Maryam masih lagi tak lepas dia pandang.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now