KEPALA terasa berat dan badan pun lemah sahaja. Kerana itu, lambat-lambat Maryam bangun dari pembaringannya dan malas-malas dia bersandar di kepala katil. Tangan dibawa naik memicit pelipis dahinya. Mata tak payah cakap. Tak boleh buka. Hidung pun tersumbat menyebabkan dia tercungap-cungap mengambil nafas melalui mulut.
Dalam diam Maryam bertanya, apa yang dah berlaku sampai dia jadi macam ini? Nak kata demam, tidak. Dia cuma penat sahaja.
Walau berpinar matanya, digagahkan juga dia mencari jam kerana ingin melihat waktu. Bagus. Dah jam 9:36 pagi. Cik Noni pasti dah pergi kerja satu jam setengah yang lalu.
Maryam gelengkan kepala perlahan dalam cubaan menghilangkan rasa pening yang masih berbaki. Kemudian rambut yang menutup separuh wajahnya diraup ke belakang.
"Bangun lambat." Tutur dia perlahan dengan bibir senget mengukir senyuman kecil. Rasanya dah lama dia tak bangun sebegini lambat melainkan bila dia sakit.
Tanpa lengah, Maryam turun dari katil dan cadar serta selimutnya dirapikan. Perlahan-lahan dengan perbuatannya itu, pening di kepala beransur pergi.
Tuala diambil dari penyangkut dan kaki mula melangkah keluar dari bilik menuju ke tandas. Nak mandi. Dia rasa teruk sangat sekarang. Dalam itu kepala ligat berfikir.
'Apa aku buat semalam sampai rasa pening bangun pagi ni?'
'Apahal rasa tak semangat ek?'
'Ada benda yang berlaku ke semalam?'
Tak henti-henti soalan itu berlegar dalam kepala. Dari sebelum mandi, sampai dah habis mandi. Dari belum bersiap, sampai dah bersiap. Jawapan masih belum dia jumpa.
"Kau hilang ingatan ke apa ni, Yam?" Omel Maryam sendiri. Biasannya di cermin, dia pandang. Mata bengkak. Eyebag teruk.
"Aku menangis ke semalam?" Soalnya pelik. Muka dibelek dengan dahi yang berkerut seribu. Sumpah dia tak ingat apa-apa semalam.
Duduk dilabuhkan di katil. Memori tentang semalam dia kerah seboleh mungkin. Dan bayangan tentang semalam perlahan-lahan masuk.
"Okey. Mak kata kena duduk PP sampai ambik result." Satu persatu dia sebut keluar apa yang terlayar dalam kepala.
"Pastu call Cah, bagitahu sebab kena batalkan plan berjela tu."
Diam. Cuba ingat lagi.
"Oh!" Tepuk tangan sekali sebab ingat.
"Cah gossip pasal Dayang dengan Ir---" Mati terus kata. Terkebil-kebil mata kemudiaanya. Dalam kepala jelas nampak bayang dia geram. Kemudian nampak bayang dia bermundar-mandir macam orang tak betul. Gigit kuku banyak kali. Menangis tiba-tiba.
Maryam telan liur. Telefon yang tersidai di atas meja dia pandang. Memang dia tak sentuh dari tadi.
Bayangan dia mula menelefon seseorang dengan pipi yang dah basah dengan air mata.
"Kau sakit, aku pun sakit, Irfan."
Terus tegak badan Maryam. Telefon di atas meja dia pandang dengan mata yang membulat besar.
"Wait. Tak." Geleng perlahan kepala dia.
"Tak kan?" Gelengan makin laju. Sambil tu dia dah ketawa kecil.
"Gila ke apa aku nak cakap macam tu? Tak mungkin." Ayat sedap hati walaupun dia rasa dia macam buat aje benda tu semalam.
Gelengan kepala berhenti. Ketawa kecil mati.
"Aku buat kan? Aku call Irfan kan?" Maryam rasa macam nak menangis bila sedar memang itu benda yang dia buat.
"Ke... Tak?"
YOU ARE READING
C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)
Novela JuvenilALPHABET SERIES: A for ADORE 3# Apa pendapat kau tentang surat cinta di zaman serba moden ini? [C] November2018-Mei2020