HARI minggu datang lagi. Tapi, hari minggu kali ini, bukan masa untuk Maryam bersenang-lenang macam hari-hari minggu sebelum ini. Dia kena pergi sekolah. Terpaksa. Sebabnya ada latihan untuk persembahan pembukaan Hari Karnival Sekolah yang akan berlangsung tidak lama lagi. Biasalah... last minute baru nak buat latihan.
Maryam bersiap ala kadar. T-shirt lengan panjang berwarna putih dipadankan dengan tracksuit berwarna biru gelap. Tudung pula, dia sarung tudung ekspress jenis Syria aje. Malas melawa. Nak pergi sekolah aje, pun.
Puas hati dengan penampilan sendiri, Maryam tarik beg tote ke bahu dan dia keluar terus dari bilik. Nak telefon Aisyah, tapi telefon masih belum dibaiki. Jadi, kaki melencong ke bilik Mueen dahulu.
Pintu diketuk dan bila dia diberi keizinan, terus tombol pintu dipulas. Jajjan! Terpampang Mueen yang sedang sibuk bermain PS4 sendirian. Itu, dia beli guna duit sendiri sebelum kena tibai dengan mak. Beli tanpa minta izin macam tu lah jadinya. Tapi, lama-lama mak biarkan aje sebab Mueen langsung tak ambil remeh pelajarannya.
"Mueen, pinjam telefon. Nak telefon Cah kejap." Pinta Maryam di muka pintu.
"Ha, ambillah. Atas katil tu." Jawab Mueen tanpa pandang Maryam. Dia sibuk dengan skrin PS4 di hadapannya.
Tak berlengah, Maryam ambil telefon Mueen di atas katil dan terus dia masukkan nombor telefon Aisyah di ruang dial.
Tut... tut... tut...
Talian bersambung. Dan apabila talian masuk, Maryam terus beri salam dan beritahu dia sudah mahu bertolak. Sepatutnya tak perlu bagitahu. Tapi, Aisyah kan gedik. Kena bagitahu juga.
"Ha---" Tak sempat Aisyah balas, Maryam lebih dahulu mematikan talian. Tak mahu habiskan kredit Mueen. Kena bayar, sia-sia sahaja.
"Dah. Kalau kau free, nanti ambil aku di sekolah lepas Zohor ya?" Pesan Maryam. Dan Mueen hanya 'hmm' kan aje.
"Jangan lupa pula!" Maryam berpesan sekali lagi dan kali ini balasan Mueen 'ya' enam harakat. Mujur tak bertarannum.
Puas hati, Maryam mengatur langkah ke bilik menjahit maknya. Langsir diselak dan tubuh mak yang sedang sibuk menjahit labuci pada baju tempahan, memenuhi pandangannya.
"Mak. Maryam nak gerak dah ni." Kata Maryam sambil dia menghampiri Puan Nashiah. Mahu salam.
Puan Nashiah hanya 'hmm' sebelum tangan Maryam yang dihulur untuk bersalaman digenggam erat.
"Jangan galak sangat, ya? Yam tu perempuan." Pesanan Puan Nak entah untuk kali yang ke berapa menyapa telinga Maryam.
"Baik, mak." Sesudah itu, Maryam keluar. Okey. Dah boleh pergi sekolah.
TURUN sahaja dari bas yang dinaiki, Maryam tak terus menapak langkah ke sekolah. Sebaliknya, dia duduk dahulu di tempat perhentian bas macam orang yang sedang menunggu bas. Sebabnya, Aisyah sudah pesan tunggu dia dahulu. Nanti dia datang. Dan Maryam, menjadi seorang kawan yang baik, hanya menurut walaupun dia tak nak.
Lima minit menunggu, bayangan Aisyah masih belum kelihatan lagi. Maryam sudah bosan. Dah lah telefon tidak ada bersama dengannya.
"Mana pulak minah ni?" Omel Maryam di bawah nafas. Jam di pergelangan tangan dipandang.
"Jangan salahkan aku kalau kau datang, aku dah takde." Putus Maryam. Dia bangun dari bangku dan mula menapak langkah masuk ke dalam sekolah.
Baru sahaja tiga langkah melepasi pagar sekolah, telinganya menangkap satu jeritan kuat memanggil namanya. Terus dia menoleh. Okey. Siapa yang nak bagi dia femes hari Sabtu ni?
YOU ARE READING
C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)
JugendliteraturALPHABET SERIES: A for ADORE 3# Apa pendapat kau tentang surat cinta di zaman serba moden ini? [C] November2018-Mei2020