HARI untuk Maryam bertugas di perpustakaan datang lagi. Sebaik sahaja habis kelas terakhir, dia terus mengorak langkah ke Surau Sekolah untuk menunaikan solat Zohor dan ke koperasi untuk beli makanan tengah harinya. Roti gardenia perisa coklat dah cukup untuknya. Selepas itu dia naik terus ke perpustakaan.
Beg sandang dia letak tepi dan macam biasa, perkara pertama yang dia capai adalah Buku Kedatangan Bertugas. Dia isi butiran seperti tarikh, nama dan masa dengan tenang. Dan macam biasa juga, dia akan semak laporan hari sebelumnya.
Halaman belakang diselak seketika sebelum buku itu ditutup laju dan kuat sehingga terhasil bunyi 'pak' yang kuat.
Maryam telan air liur. Terkebil-kebil matanya memandang terus ke hadapan padahal benda yang buat dia jadi macam ini ada di dalam Buku Kedatangan Bertugas ini.
Sekeliling dipandang. Pelajar yang datang berkunjung langsung tak memandangnya. Semua sibuk dengan buku masing-masing di meja.
"Okey, jangan panik." Bisik Maryam lembut pada dirinya.
Buku Kedatangan Bertugas yang dia tutup kuat itu dipandang tak lepas. Tak senang duduk jadinya bila dia pandang buku itu. Jadinya, dia bangun dari duduknya sambil jalan mundar-mandir di ruang kerja pengawas perpustakaan.
"Asal gelabah ni...?" Tanya Maryam pada diri sendiri. Tanpa dia sedar, dia dah gigit ibu jarinya. Mata tak lepas lagi pandang buku tadi.
Percayalah... semua orang akan ternganga tengok sisi Maryam yang ini. Tak pernah ditunjuk Maryam sisinya yang satu ini.
Muka gelabah. Jalan pun gelabah. Gigit jari pun gelabah.
Siapa sangka Maryam Robot ada sisi yang macam ni. Selalunya dia tak berperasaan, beku dan susah tunjuk perasaan. Apakah?
"Ish... bila masa dia ada?" Maryam duduk semula. Muka diraup tidak selesa.
"Bila dia hantar?" Soal Maryam perlahan. Buku dipegang penuh debaran.
"Jangan gelabah. It just a piece of paper." Maryam bagi semangat pada diri sendiri. Tangan digenggam rapat sebelum dia angguk kecil. Bersedia untuk buka semula helaian tadi dan baca semula isi kertas kecil yang ada di dalamnya.
Hujung bucu buku dipegang dan dengan lafaz basmalah dia buka perlahan helaian yang buat dia terkejut tadi.
Dada berdebar tiba-tiba.
"Woi!"
Terus terperanjat Maryam dibuatnya bila dia ditegur dalam keadaan dada dia berdebar hebat. Muka cuak ditayang habis sambil mata pandang si penegur tadi hadapannya.
Maryam pegang dada sendiri sebelum dia pejam mata rapat-rapat. Terkejut weh! Bagi dia tenang sekejap.
Tangan diangkat tinggi kepada lelaki yang menegurnya, isyarat suruh tunggu.
'Ya Allah... tak pernah aku macam ni... apa dah jadi?' Bisik hati kecil Maryam.
Nafas dihembus perlahan-lahan sebelum dia angkat wajah kembali. Muka tak berperasaannya ditayang kembali. Hilang dah muka gelabah dan cuak tadi. Dia kena professional. Hal peribadi jangan campur dengan hal kerja.
"Ya?" Tanya Maryam tanpa nada. Lelaki yang berdiri di hadapannya dia pandang. Asal dia nampak lelaki ni macam tengah tahan ketawa ek? Nak gelakkan dia ke apa?
"Nak photostat." Jawab lelaki itu sambil tangan tunjuk pada mesin photostat yang ada di belakang Maryam.
Maryam menoleh seraya mengangguk, bersetuju untuk berkhidmat kepada lelaki itu. Tak dihiraukan wajah lelaki itu yang masih menahan senyum.
YOU ARE READING
C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)
Fiksi RemajaALPHABET SERIES: A for ADORE 3# Apa pendapat kau tentang surat cinta di zaman serba moden ini? [C] November2018-Mei2020