A94

4.8K 659 76
                                    

DESTINASI kedua mereka adalah Wonder Food Museum, Penang. Ikutkan Irfan, Subhi, Johari dan Heng tidak mahu ikut serta kerana bagi mereka 'Apa kelas kau tengok aje makanan. Baik pergi makan!'. Dan Maryam mahupun Aisyah tidak peduli pun samada empat orang lelaki itu mahu ikut ataupun tidak. Mereka boleh aje playing tourist berdua tapi entah kenapa pula keempat-empat mereka berubah fikiran dan rela hati mengikuti mereka berdua. Angkat bahu sahajalah. Tak rugi dan untung apa-apa pun.

Jadi, di sini mereka berdiri di pintu masuk Wonder Food Museum dengan tangan masing-masing memegang tiket.

Maryam mahu teruskan jalan, tapi Aisyah being Aisyah yang acah-acah nak jadikan IG dia sebagai travel IG, mereka semua dipaksa untuk mengambil gambar tiket bersama-sama. Tak cukup gambar, Boomerang pun dia buat sekali.

"Alah. Benda ni lepas keluar hilang jugak!" Johari merungut tak puas hati dengan perilaku Aisyah. Apo semua nak diambil gambar. Tak faham den.

Dan Aisyah menjadi Aisyah, dia hanya buat tak tahu sahaja. Alah, bising-bising Johari, lelaki itu tetap hulur juga tiketnya ke hadapan kamera untuk beri Aisyah ambil gambar. Melihatkan itu, Maryam tersenyum sendiri.

"Comel." Gumamnya perlahan sebelum dia beredar masuk ke pameran yang disediakan.

"Wow! Aku jadi lapa lah!" Baru sahaja melangkah masuk, Maryam dapat dengar suara Heng sebelum semuanya hilang sebab dia dah fokus melihat satu-persatu arca makanan yang dikumpulkan dalam bekas pameran.

Aisyah dia tak tahu dah kat mana. Yang lain pun sama. Yang dia tahu dia seronok sangat melihat pelbagai jenis makanan dari pelbagai jenis negeri dan etnik.

Sesekali Maryam keluarkan telefonnya dan beberapa arca makanan yang mengiurkan dirakamkan gambarnya. Boleh tunjuk pada keluarganya nanti. Bila-bila masa mereka boleh ke sini lagi nanti.

"Itu hanya arca. Yang sampai nak meleleh air liur kau keluar kenapa?" Suara yang menegur buat Maryam spontan lap mulutnya dan pandang orang yang menegur tadi.

Dan dan.... Klik! Bunyi shutter kamera berbunyi. Terkebil-kebil Maryam jadinya melihat Irfan yang hamburkan tawa kecil sambil skrin kamera DSLR ditatapnya.

"Tengok ni! Kelakar gila muka kau!" Kata Irfan selamba sebelum dia menghampiri Maryam dan skrin kameranya ditunjukkan kepada gadis itu.

Berada dekat dengan Irfan sambil telinga jelas mendengar tawa lelaki itu yang belum habis mengejeknya, detak jantung Maryam mula berubah rentak.

Telan air liur untuk neutralkan semula degupan jantungnya sebelum dia pandang skrin kamera yang ditunjuk Irfan.

Tengok gambarnya sendiri, memang dah hilang habis debaran tadi. Jatuh rahang melihat betapa kelakarnya dia.

"Kau betul-betul lap air liur ke? Asal lengan baju kau ni basah?" Irfan tanya bersama sisa tawanya. Selamba dia pegang dan tarik-tarik lengan baju Maryam.

Maryam merentapnya spontan. Apa ni main tarik-tarik lengan baju anak dara orang?

"Kau lapar ke?" Irfan mengejek lagi. Maryam yang sedang menjelingnya dia pandang sekilas.

"Sibuk lah kau ni. Sana lah." Kata Maryam sebelum dia berlalu pergi dari situ. Nak tengok pameran makanan di tempat lain pula.

Irfan senyum kecil sebelum langkah Maryam diekori. Maryam berhenti di sini, dia turut berhenti di sini. Maryam ke sana, dia juga ke sana. Maryam tangkap gambar makanan di situ, dia tangkap gambar Maryam yang sedang tangkap gambar makanan di situ. Entah Maryam perasan atau tidak. Rasanya tak kut. Dia kan bila dah fokus tak kesah dah hal sekeliling.

Sampai lah...

"Kau boleh berhenti ikut aku tak?" Maryam yang sedang menilik arca ABC gergasi tiba-tiba bersuara. Irfan terkebil-kebil. Maryam tak pandang dia pun tapi Maryam tahu dia ada di situ.

Maryam menoleh dan Irfan yang sedang berdiri tidak jauh darinya dia pandang dengan wajah bosan.

"Hah?"

"Jangan ikut aku." Ulang Maryam.

Irfan mencebik. "Kita kat tempat yang sama kut. Yang kau accuse aku ikut kau kenapa? Tu..." Jari Irfan tunding pada Subhi yang sedang sibuk berposing di arca makanan, ditemani Heng yang setia menjadi photographer tak berbayar.

Maryam terkebil-kebil pandang gelagat dua orang kawan itu.

"Ha. Yang tu..." Jari Irfan sekali lagi tunding pada Aisyah yang sibuk menilik arca makanan di hadapannya.

Maryam pandang kosong juga kawannya.

"Dan tu." Irfan sekali lagi tunjuk Johari yang sedang merapati Aisyah. Mungkin Johari nak minta Aisyah ambilkan gambar sebab nampak lelaki itu serahkan telefonnya kepada Aisyah.

Pandang mereka berdua buat Maryam tarik senyum. Fikiran nakal muncul dalam kepalanya. Minta ambil gambar tu satu alasan aje mungkin. Mungkin sebetulnya Johari nak berada dekat dengan Aisyah.

Irfan menggeleng kecil melihat Johari yang try hard tackle Aisyah. Mujur Aisyah tu cukup baik hati untuk melayan. Kemudian dia pandang Maryam. Dahi berkerut lihat senyum Maryam.

"Yang kau ni dah kenapa?" Tanya Irfan pelik. Memanglah senyum Maryam cantik, tapi yang ini senyumnya macam senyum gatal pula. But still, tetap cute di mata Irfan.

Maryam pandang Irfan sekilas.

"Kau tak rasa ke yang Johari sengaja nak suruh Aisyah ambilkan gambar dia sebab dia nak dekat dengan Aisyah?" Soalan terus dia tuju tanpa pandang Irfan. Tak sedar yang lelaki itu dah jatuh rahang dengar soalan dia.

"Comel." Puji Maryam spontan sebelum dia bergerak menuju ke ruang pameran lain, meninggalkan Irfan yang tak tahu nak beriak macam mana.

Maryam yang dah menghilang di sebalik dinding dia pandang. Kemudian, Subhi dan Heng yang baru tiba di sisinya dipandang kosong.

"What? Maryam cakap apa kat kau sampai kau kaku macam ni?" Tanya Subhi sambil gelak kecil. Kamera DSLR di tangan Irfan diambil selamba.

"Macam mana dia boleh perasan effort Joe yang nak dekat dengan Aisyah sedangkan dia tak perasan pun effort aku yang nak dekat dengan dia dari kat pintu masuk tu lagi?" Irfan berkata tidak percaya.

"Guys! Aku ada gambar dengan Aisyah!" Johari yang baru tiba dengan senyuman lebar buat wajah Irfan cemberut terus.

"Guys?" Johari memanggil bila lihat muka masing-masing yang dah berlainan riak tiap satunya.

Irfan masam sambil jeling dia tak puas hati.

Subhi geleng kecil simpati, yang dia rasa tu lakonan aje. Yang sebetulnya kawannya itu nak gelak.

Heng pula tengah tahan suara daripada terkeluar sebab Johari tahu kawannya itu nak gelak tapi situasi tak mengizinkan.

"Pahal ni?" Johari bertanya.

Irfan julingkan mata kemudian terus berlalu dari situ. Pergi sahaja Irfan, Subui dan Heng terus hamburkan tawa tak bertapis.

"Weh, apa benda ni?" Johari bingung. Dia biarkan sahaja bahunya dipaut kiri dan kanan oleh Subhi dan Heng.

"Irfan jeles sebab Maryam perasan effort kau nak ngorat Aisyah tapi tak perasan effort dia." Terang Subhi.

Johari gelak juga. Tak tahu lah nak kesian ke macam mana.

"Apasal Maryam lembab sangat weh? Betul ke dia budak Kelas 3?" Selamba Johari mengutuk. Mereka ambil langkah tapi langkah Johari yang tiba-tiba terhenti buat langkah Subhi dan Heng juga terhenti sama.

"Pahal?" Heng bertanya. Riak terkejut Johari dipandang.

"Maryam tahu aku suka Aisyah?" Terkejut dia bila otak cerna semula penerangan Subhi tadi. What?! Macam mana Maryam boleh tahu?

Subhi dan Heng lepaskan pautan dari bahu Johari. Mereka berpelukan bahu sesama sendiri

"Semua orang boleh tahu lah, noob!" Kata Subhi.

"Kecuali Aisyah sebab dia lembab juga macam Maryam." Sambung Heng disambut dengan ilai tawa seterusnya. Mereka berdua selamba pergi dari situ meninggalkan Johari sendirian.

"Semua perempuan memang lembab ke?" Johari bertanya perlahan pada diri sendiri. Ya, kaum hawa. Jangan kecam dia sebab dia pun lembab. Sekian.

*Hambar? Well, trying my best 😭 Malam ni kalau ada masa sis update lagi.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now