A21

6.2K 753 11
                                    

KAKI Subhi terus melencong dari nak pergi ke meja yang diduduki Heng dan Johari, terus ke meja yang diduduki Maryam dan seorang lelaki. Amboi! Pak we Maryam ke? Ini... nampak dek Irfan, mahu frust menonggeng dia! Tiba-tiba rasa kelakar bila gambaran Irfan sebegitu muncul.

Maryam tarik muka menyampah. Mamat Subhi ni lagi. Apalah malang sangat nasib dia sampai kena jumpa dia ni dua kali dalam sehari?

"Dating ke, Yam?" Subhi bertanya. Selamba dia tarik kerusi di sebelah Mueen dan duduk di situ. Tongkat dagu dan pandang Maryam dan Mueen silih berganti dengan senyum tak lekang dari bibir.

"Dating apa? Saya adik dia." Mueen perkenalkan diri. Dia hulurkan tangan untuk bersalaman.

Subhi pandang huluran tangan Mueen seketika sebelum dia sambut. Mulut membentuk 'O' sambil angguk kecil. Melepas nampaknya nak tengok wajah frust Irfan. Owh man!

"Kawan kakak?" Mueen bertanya.

"Tak!"

"Ha'ah!" Serentak Maryam dan Subhi menjawab. Dan serentak juga Maryam buat riak wajah.

Maryam masam. Subhi manis. Eh?

"Apa-apa aje lah. By the way, abang tak ingat saya?" Tanya Mueen. Dari pandangan Maryam, betapa dia dapat lihat pandangan penuh 'idola' Mueen.

'Jangan cakap Mueen respect budak macam gini.'

Mueen alihkan pandangan daripada Maryam. Mueen ditatapnya dari atas ke bawah berulang-ulang kali. Sampai naik menyampah Maryam dibuatnya.

"Si---"

"Wei, Subhi Sakai! Sini lah! Kau buat apa kat situ?!" Satu suara yang melaung tidak jauh dari arah belakang Maryam, buat kata-kata Subhi mati dengan brek. Serentak tiga pasang mata memandang belakang.

Subhi senyum penuh makna. Senyum menyakat pun ada juga.

"Irfan!"

Wajah Maryam kosong tanpa riak tika matanya bertembung dengan sepasang mata kaku Irfan. Entah kenapa, Maryam tak rasa nak alihkan pandangan sahaja.

"Irfan, meh sini lah!" Dan jeritan Subhi berjaya membuatkan dia menoleh ke hadapan semula. Meluat.

"Kau tak payah nak menjerit lah. Dia bukannya 3 batu jauh pun. Dan tak payah panggil pun. Ni meja kitorang." Kata Maryam, sengaja nak sakitkan hati Subhi dalam pada masa yang sama, mencuba untuk halau Subhi dari sini. Semak!

Maryam pandang Mueen. Nak jatuh rahang dia bila nampak Mueen melambai dan mengajak Irfan ke sini. Biar betul adik dia ni?!

"Irfan!"

"Irfan!"

"Irfan!"

Pak! Berhenti terus suara Subhi yang menjerit memanggil Irfan di belakangnya. Dia pandang Subhi tajam kemudiannya buat Subhi kaku terus. Aura hitam tiba-tiba menyelubungi meja itu.

"Err..." Subhi tak tahu nak cakap apa. Terkejut kejap. Tak tahu lah pula crush Irfan ini boleh jadi menakutkan macam ini.

"Kau kalau nak bising, sila pergi!" Sedas Maryam beri.

"Kau ingat dia pekak ke sampai kau nak menjerit menganggu ketenteraman aku nak makan burger ni?" Dua das. Piew! Piew!

"Ada mulut, kepoh macam perempuan!" Dush! Subhi mati kata.

Irfan di meja sendiri dah facepalm. Buat malu air muka betul lah kawan yang seorang itu. Johari dan Heng yang dah sengih-sengih di sisinya pun satu juga. Irfan pasti, dalam kepala otak mereka berdua, ada lah benda 'boek' yang mereka akan buat untuk 'menampakkan' dia di hadapan Maryam.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now