A83

4.7K 640 37
                                    

SENYUM tidak lekang dari bibir Maryam. Dialah orang yang paling bahagia sejak sepuluh minit yang lalu. Dan sebabnya pastilah keluarga tercintanya sudah pun berada di hadapannya sekarang. Tak payah cakap macam mana pelukan dia tadi kepada mereka. Ketat dan lama. Tak nak lepas kalau boleh. Tapi, gila lah kan kalau buat macam tu.

"So, macam mana. Semua okey?" Encik Saidi bertanya. Maryam yang duduk di sebelah Mueen dipandang.

"Okey aje, babah." Balas Maryam. Mueen dipandang sekilas. Adiknya itu tak henti sengih pandang dia. Dan selamba terus Mueen link tangan dengan dia.

"Kak. Rindu lah. Makin lawa pulak aku tengok kau." Mueen tiba-tiba memuji.

"Haah. Kurus pun ya. Kurang makan eh? Noni?" Puan Nashiah bertanya. Adik iparnya dipandang.

Cik Noni tersenyum. "Kurang makan apa bendanya? Boleh tahan kuat makan juga. Tapi, rajin bersenam. Pagi-pagi aje dah lesap pergi taman. Berjogging."

"Oh. Jogging?" Encik Saidi semacam tak percaya. Puan Nashiah dan Mueen juga. Macam bukan Maryam aje. Siapa yang kenal Maryam, pasti tahu yang Maryam bukan jenis suka bersukan, bersenam. Lagi, dia tak suka keluar rumah. Hanya berkepit dengan buku-buku dia sahaja.

"Dah lain betul. Bagus lah Pulau Pinang ni." Puan Nashiah senyum pandang Maryam.

"Apa yang lainnya mak? Mak jangan tambah tempoh 'berkurung' Yam, ya?" Maryam dah risau mendengar statement Puan Nashiah tadi. Bukan boleh jangka si mak ni.

Puan Nashiah hanya senyum sahaja.

"Akak! Jom tengok hadiah daripada fans-fans kau." Mueen mengajak tiba-tiba. Lengan Maryam ditarik berkali-kali.

"Fans?" Berkerut dahi Maryam.

"Kawan-kawan kau lah. Dorang dapat tahu daripada Kak Cah yang kitorang nak melawat kau. Tu yang ada kirim macam-macan kat kau." Beritahu Mueen. Tangan Maryam ditarik buat kesekian kalinya.

"Cakap pasal Aisyah, dia sepatutnya nak ikut, buat surprise. Tapi, mama papa dia tak izinkan pula sebab dia kena attend kelas tuisyen. SPM tak lama dah, kan?" Puan Nashiah memberitahu.

Maryam mengangguk-angguk sahaja. Tak sempat dia membalas, Maryam dah bawa dia pergi. Puan Nashiah, Encik Saidi dan Cik Noni hanya menggeleng sahaja melihat gelagat adik beradik itu.

"So... Abang dengan kakak ada plan nak berjalan ke hari ni? Alang-alang dah sampai sini ni."

PANDANGAN diangkat daripada skrin telefon bila Mueen masuk ke dalam biliknya. Bersamanya ada dua beg plastik berwarna kuning separuh besar. Melihatkan itu, membulat mata Maryam.

"Banyaknya!" Ucap Maryam.

"Mana ada banyak. Satu plastik ni aje. Ni, aku yang bagi kat kau." Beritahu Mueen sambil tangan mengangkat plastik yang dipegang tangan kirinya. Yang dia bagi.

"Baiknya hati kau nak bagi aku hadiah." Perli Maryam. Dua beg plastik yang dihulur Mueen diambil dan diletak di hadapannya.

Mueen duduk berhadapan degan Maryam. Wajah beku kakaknya dipandang. Beku-beku pun, dia dapat kesan perasaan suka pada wajah itu. Satu sahaja Pulau Pinang tak dapat ubah Maryam. Muka beku tu. Rasa macam forever beku!

"Aku punya ni... Nanti aku dah balik baru kau buka lah. Ni... Buka yang kawan-kawan kau bagi dulu."

Maryam pandang Mueen.

"Balik hari ni juga ke?" Tanya Maryam.

"Takde lah. Pagi esok. Mungkin lepas Subuh. Babah tak boleh lama-lama lah. Kerja." Beritahu Mueen tanpa memandang Maryam. Tak nak lah tengok muka sedih kakaknya ini.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now