A23

5.8K 674 4
                                    

WELL. Si pemilik baju yang tak tahu malu tu minta 'esok' tapi disebabkan aral melintang yang datang seperti mesin basuh rosak, hujan tiga hari berturut-turut dan baju dipakai semula oleh Mueen selepas dia berjaya keringkan, akhirnya. Hari ini. Iaitu, empat hari selepas itu, baru dia berjaya bawa baju ini ke sekolah untuk dipulangkan kembali kepada Irfan.

Huh! Seksa betul! Nak hantar baju sehelai aje pun. Tapi, aral melintangnya macam nak pergi panjat bukit!

Maryam pandang beg kertas yang mengandungi baju putih Irfan. Memang putih bersih lah! Wangi terlajak pun ia juga. Mana tahu, bila terhidu bau haruman lavender softner yang dia letak, Irfan tak jadi nak buat jahat ke dia.

Masih segar lagi amaran Irfan di telinganya.

"Kalau tak, siap kau!"

Huish! Ingat semula pun buat Maryam berdebar sendiri. Dah lah dia tu gangster sekolah. Bagi amaran kepada dia yang memang ala-ala nerd berjaya ni.

Sebenarnya, Maryam tak ada lah takut mana. Cuma bila dah dengar rekod Irfan daripada orang sekeliling terbang lah jugak rasa acah-acah tak takut tu.

"Wei, mana dia?" Soalan Aisyah menyentakkan lamunan Maryam. Aisyah yang dah berwajah masam dengan air kotak epal di tangan, Aisyah kerling.

"Manalah aku tahu. Yang kata Irfan selalu lepak kat sini masa rehat tu, kau. Bukan aku. Pergi tanya aku buat apa?" Maryam balas semula.

"Ish, leceh lah! Buang masa aku aje!" Rungutan kecil Aisyah kedengaran lagi, buatkan Maryam julingkan mata.

"Ada aku suruh kau ikut ke?" Soal Maryam. Macam biasa, jawapannya mestilah Aisyah yang gedik nak mengekor. Bukan stail dia lah ajak-aja teman ni. Tapi jujur lah. Sedikit sebanyak rasa lega bila Aisyah ikut tu, ada juga.

Aisyah menjeling geram. Kalau balas kata dengan Maryam, memang dia tak akan dapat menang. Menyampah!

"Macam tak ada aje. Pergi kelas dia aje lah." Ajak Aisyah, dah berura-ura nak melangkah pergi.

"Tapi, mana boleh naik ke kelas. Sekarang kan waktu rehat?" Soal Maryam, masih berdiri di tempatnya tadi.

Aisyah, Maryam perasaan sedang julingkan mata sambil tayang muka 'like duh~' dia.

"Hello, Miss Maryam. We're talking about Irfan here. Dia siapa? Budak cemerlang ke sampai nak ikut semua peraturan sekolah? Sedangkan kesalahan besar-besar dia dah langgar, ini kan pula setakat duduk dalam kelas masa rehat." Panjang Aisyah membebel dalam mengutuk Irfan dengan selamba.

Maryam dalam diam membenarkan juga kata-kata Aisyah. Sudahnya, dia mula menurut langkah mengekori Aisyah yang dah melangkah selangkah dua ke hadapan.

Tapi, tak sampai tangga lagi, ada satu suara melaung nama Aisyah dari arah belakang. Menoleh terus Aisyah dan Maryam serentak. Dan tiba-tiba Maryam pun jadi Aisyah juga ketika itu.

"Aisyah, Cikgu Hasnah panggil dekat bilik guru." Kata pelajar itu yang Maryam memang tak tahu langsung kewujudannya sebelum ini. Ini hari baru tahu.

Aisyah pandang Maryam kemudiannya dan belum sempat Aisyah nak berkata-kata, Maryam dah angkat tangan betul-betul depan wajah Aisyah.

"Pergi aje lah. Jumpa kat dewan nanti." Dan sejurus selepas itu, mereka terus bertukar arah.

Maryam ke tangga, Aisyah ke bilik guru.

MARYAM rasa macam banduan yang nak melarikan diri dari penjara pula sekarang ini. Sudahlah dia sedang langgar peraturan yang ditetapkan sekolah sekarang. Buatnya pengawas yang meronda tangkap dia macam mana? Atau lagi teruk, Cikgu Haznam yang tangkap dia. Uish! Dapat bayanglah rotan tebal dia tu.

C | 𝐀𝐃𝐎𝐑𝐄 (ft. FUTURE)Where stories live. Discover now